Y.E.T's Hello Aloe Vera Soothing Gel Murah je!

Aloe Vera atau lidah buaya tidak perlu diperkenalkan lagi kelebihannya dalam kecantikan dan kesihatan sejak dari zaman berzaman. Kini dah banyak digunakan untuk pelbagai jenis produk kesihatan dan kecantikan. Bahagian yang banyak manfaatnya adalah gel aloe vera tu sebenarnya. Pokok aloe vera ni mudah nak tanam di Malaysia ni. Tapi iyalah kan, kalau nak juga secara asli hari hari leceh juga dan berhadapan dengan gel yang berlendir tu.

Nak cepat, kita gunakan je produk aloe vera yang dah siap lebih mudah. Jadi, rajinlah sikit nak menggunakan tu. Dalam memilih produk aloe vera tu kau orang jangan terus beli je kalau tengok harga murah. Lebih baik tengok dulu kuantiti aloe vera yang terdapat dalam produk tersebut. Kalau hampir 100% kandungan aloe vera tu kira bagus lah.


Dalam banyak-banyak jenis produk Aloe Vera, Fiza suka dengan Y.E.T's Hello Aloe Vera Soothing Gel dari Althea Korea ni. Nak tahu apa sebab Fiza beli dan suka pakai Y.E.T's Hello Aloe Vera Soothing Gelni? 

KANDUNGAN ALOE VERA 98%

Macam yang Fiza bagitau tadi, nak memilih produk aloe vera ni biarlah kandungan aloe vera dia banyak supaya hasil penggunaannya pun lebih bagus. Lebih kurang kita gunakan produk semulajadi lah kiranya macam tu. Faham?

HARGA MURAH RM11 JE!

Apa yang membuatkan Fiza nak sangat beli sebab harga dia sangat lah murah berbanding di Malaysia yang dijual dengan harga RM20 free postage! Alang-alang kalau membeli di Althea tu boleh masuk bakul Hello Aloe Vera Soothing Gel ni sekali. Boleh jimat RM9 tu kan. 


TIDAK BERLENDIR DAN TIDAK MELEKIT

Kalau guna yang asli memang lagi bagus. Tapi memang tak rajin nak menyediakannya. Tambah lagi lendiran aloe vera tu sedikit berbau. Jadi, guna produk yang mengandungi aloe vera yang telah siap ni kurang lah lendiran tu. Nak pakai pun lebih rajin dan selesa. Oh ya, lagi satu gel ni jenis mudah menyerap dan tidak berminyak, of courselah!

98% Aloe Vera tanpa pewarna tiruan

PELBAGAI GUNA

Y.E.T's Hello Aloe Vera Soothing Gel boleh digunakan untuk rambut, kuku dan badan. Aloe Vera membuatkan kulit menjadi hydrate, cool dan soothe. Boleh digunakan sebagai hair mask, face mask, rawatan kulit terbakar atau untuk melembapkan kulit. 

As a face mask- Apply a generous layer onto the skin and leave on the skin for 20-30 minutes before washing off.
As a moisturizer- Apply a thin layer onto the skin and gently pat in for better absorption.
As a hair mask- Apply a generous layer onto your hair and leave on for 30 minutes before rinsing off.

BAHAN SEMULAJADI DAN SELAMAT DIGUNAKAN

Kau sendiri tahu yang di pasaran terdapat pelbagai produk yang membahayakan kesihatan. Jadi, beringat untuk memilih produk yang mengandungi bahan yang selamat digunakan. Y.E.T's Hello Aloe Vera Soothing Gel tidak mengandungi bahan pewarna tiruan dan tidak mengandungi bahan yang membahayakan supaya boleh digunakan untuk semua jenis kulit walaupun kulit sensitif.

Selepas menggunakan Aloe Vera Soothing Gel nampak kulit tidak kering berbanding kawasan yang tidak disapu aloe vera.

BEKAS JAR BESAR

Dengan harga yang murah RM11, kau orang boleh dapat 300ml 98% Aloe Vera dalam bekas jar yang besar. Sangat berbaloi harga dan kuantiti tu. Terfikir juga entah bila nak habis pakai ni kalau tak pakai hari-hari. Nak kongsi pakai dengan husband pun takde hal lah. Boleh restock lagi sebab harga pun murah kan.


Pada kau orang berbaloi tak? Kalau ya, ini salah satu produk kecantikan yang Fiza suggest kau orang patut ada. Dapatkan Y.E.T's Hello Aloe Vera Soothing Gel dengan harga murah di Althea Korea. Siapa suka K-beauty haruslah terjah Althea cepat.

RATINGS
Smell : ⭐⭐⭐⭐
Texture : ⭐⭐⭐⭐⭐
Packaging : ⭐⭐⭐⭐⭐
Effectiveness : ⭐⭐⭐⭐⭐
Price : So cheap!
Value For Money : Absolutely!

14 comments:

  1. kat rumah wajib ada aloevera gel ni, kadang panas pun sha sapu aloevera gel haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat multipurpose aloe vera ni kan. bagus untuk merawat kulit juga

      Delete
  2. nak beli la utk lembutkan bahagian siku, lutut dan tumit..bahagian yang selalu kering ni kena pakai aloe vera

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesuai sangat melembapkan bahagian yang selalu kering tu.

      Delete
  3. murah ... berbaloi ni.. tapi sayang saya tak sesuai pakai aloe vera.. tak kira la brand apa pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang berbaloi. ada sesetengah orang memang alahan dengan aloe vera.

      Delete
  4. Selalu ana guna yg face shop tu tp melekit. Skrg ni guna AT Fox punya ok lah walau 96% jer aloe vera dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang melekit memang tak best pakai kan..rasa rimas je

      Delete
  5. best pakai alovera gel ni , time time panas apply jer pada kulit , sejuk

    ReplyDelete
  6. saya pakai yang asli sebab banyak nau pulak tumbuhnya di rumah tu :D

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.