Unboxing Althea Beauty Haul 5.0

Yeay! Kotak pink datang lagi. Berbunga-bunga hati kalau nampak abang courier bawa kotak pink muncul depan rumah. Kotak apa lagi kalau bukan kotak pink Althea terbang dari Korea tu. Inilah nama dia rezeki bila berpeluang jadi Althea Angels. Boleh merasa produk exclusive terbaru daripada Althea  Korea. Jadi, haruslah gunakan peluang ni untuk mencuba produk yang best-best dari Korea untuk naik taraf kecantikan kulit.


Dalam masa dua tiga hari tak sampai seminggu Althea Beauty Haul 5.0 ni dah sampai ke tangan. Kenapa 5.0? Sebab ini kotak kelima Althea dalam koleksi Beauty Box Fiza. Orang lain mungkin dah berkotak-kotak dah dan kalau belum mencuba shopping K-beauty di Althea, cubalah shopping sekali mesti lepas tu terjebak nak shopping lagi sebab barang murah sangat walaupun dari Korea. Dah lah shipping free pula tu.

Part unboxing tu paling excited sebab nak tahu apa yang ada dalam box tu secara live walaupun barang apa dalam tu. Well, apa yang Fiza dapat selepas unboxing Althea Beauty Haul 5.0 ni adalah : 
  • 1 x Petal Velvet Sunaway SPF50+ PA++++
  • 3 x Petal Velvet Powders in #0, #23, and #Pink Lavender
  • 1 x super cute Althea hologram pouch

Semua ni adalah rangkaian Petal Velvet produk exclusive daripada Althea. Apa yang menarik tentang produk-produk ni, tunggu lah Fiza buat update full review setiap produk Petal Velvet Series nanti ye. Kalau kau orang sejenis yang suka warna pink mesti terus jatuh cinta dan packaging Petal Velvet yang super cute dengan warna soft pink.  


Okay, not too short and not to quick entry. Fiza sambung next entry yah. See you when I see you again.

with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. Cantik packaging dia.
    Tak pernah mencuba lagi barangan dari Althea ni tengok ramai blogger citer kisah unboxing macam best jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. packaging daripada Althea tak pernah mengecewakan setakat ini. Nanti cubalah shopping. free shipping if buy 2 items and above

      Delete
  2. ramai betul dah jatuh cinta dgn althea beauty ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, memang..siapa je yang tak jatuh cinta dengan produk macam ni kan.

      Delete
  3. adooo.. nicenyaa betul packing dia.. ♥♥

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.