Terpersona Dengan Kemewahan The Muraka Maldives Yang Luar Biasa

Dua tiga hari ni sangat kecoh di media sosial tentang Neelofa bercuti dan menginap di The Muraka Maldives. Katanya Neelofa merupakan orang ketiga di dunia yang menginap di The Muraka Conrad Maldives Rangali Resort, Vila mewah dengan harga penginapan RM200, 000 semalam. Wow! Bukan calang-calang orang mampu nak menginap di sini dan bukan calang-calang tempat ni. Harga selari dengan kemewahan yang dipamerkan.


Sejak Neelofa expose tentang The Muraka ni, baru lah tahu tentang kewujudan Vila mewah dan unik macam ni. Kalau tak expose memang tak tahu lah tentang The Muraka ni walaupun kalau tahu pun kewujudan tempat ni, peluang untuk stay di sini memang jauh tersasar lah agaknya. Tak semua orang boleh let go harga sebegitu dengan satu malam sahaja melainkan kau orang golongan bangsawan dan jutawan. Tepuk poket tanya bajet masing-masing lah ye.

Sempat jugalah Fiza layan InstaStory Neelofa hari tu dan memang terpersona lah dengan kemewahan The Muraka Vila dua tingkat tu. Kalau live ada kat sana lagilah sejuta kali terpersona kot. Kalau boleh memang nak rakam 24 jam masa stay kat situ. Pertama sekali paling terpegun dengan reka bentuk moden Vila tu.


Kau orang boleh menikmati permandangan keindahan laut di tingkat atas dan permandangan dasar laut di tingkat bawah terutamanya bila dapat bilik tidur di bawah laut tu tidur bersama ikan-ikan. Kalau Fiza tak tidur malam sebab asyik tengok ikan-ikan je. Rasa macam banyak pula mata-mata memerhati. Macamana tu? Segan lah kita awak, lagi-lagi bilik air tu ha.

Well, kalau kau orang nak tahu, Vila The Muraka ni merupakan penginapan pertama di dunia yang menawarkan pemandangan dasar latu di dalam ruang bilik tidur, restaurant dan beberapa ruang lagi kalau tak silap Fiza masa view InstaStory Neelofar haritu. Memang cantik dan awesome sangat lah The Muraka ni.

Rezeki Neelofar lah dan adik dia lah dapat menginap di sini. Pada Fiza, sehari pun dah cukup lah dapat merasai pengalaman di The Muraka ni. Mampu tengok pun dapat menikmatinya juga kan. Layan lah video ni, boleh dapat feel sikit. Termimpi bercuti di The Muraka Conrad Maldives Rangali Resort pun satu kenikmatan juga.

with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. katanya disponsor utk promote tempat tu.
    tp mmg rezeki dia la dpt jejak kt situ kan.

    tp kalau bagi kita, kita tak nak tidur kt katil yang bawah air tu. hahha.. seram gila rasa..
    takut cermin kaca tu pecah bila-bila.

    mmg cantik la THEMARUKA ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rezeki dia tu. Beruntung sangat. Itulah terfikir juga ketakutan tu.memang tak tidur lah agaknya

      Delete
  2. Untung neelofa dapat rasa tido dekat situ. Teringin jugak tapi entah bila dapat peluang kan. Haha. berangan je la mampu. tgk ig story dia, rasa cm woww. dalam tandas pun mmg nampak ikan. fuh.

    Ika datang singgah sini. https://ikashoid.blogspot.com/2018/10/harry-potter-mug-ceramic-tiles.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang untung sangat dia. berangan pun takpe mana tahu ada peluang.

      Delete
  3. seronok tengok dia enjoy dengan tempat tu. teringin jugak nakpi hahaha takde yang nak sponsor keee :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. sapa yang tak seronok kalau dapat stay kat tempat best tu. untung ada sponsor

      Delete
  4. Tak tengok pun IGStory Neelofa sebab memang tak follow dia. Tapi kalau tengok gambar-gambar dia yang orang update dekat twitter, nampaklah gah gila hotelnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang gah sangat the muraka ni. explore sehari pun tak puas rasanya.

      Delete
  5. dengarnya disponsor penginapan di situ. memang beruntunglah Neelofa kan dapat stay kat situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul tu. dia disponsor. rezeki dia dan sangat beruntung kan

      Delete
  6. aduii...bertuah betul nealofa kan..tapi akak pulak rasa seram bila memalam ..kot terjaga tengah malam,tetiba pulak nampak banyak ikan...seram wehh..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. rezeki dia kan kak..tapi tu lah macam seram pula nak tidur sini.

      Delete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.