Review | PUREDERM Charcoal Makeup Remover Cleanser Towelettes

Seperti yang Fiza janjikan, Fiza akan review sikit satu lagi tisu basah yang lain daripada yang lain. Tisu basah yang biasa kita nampak warna putih kan? Kali ni Fiza memilih untuk cuba guna tisu basah warna hitam jenama PUREDERM pula. Itupun lepas ternampak dan tergoda masa shopping dekat drugstore Watsons.


Apa yang Fiza tahu jenama PUREDERM ni ada 3 jenis tisu basah iaitu Charcoal Make-up Remover Cleansing Towelettes, Argan Oil Remover dan Tea Tree Make-up Remover Cleansing Towelettes. Masa Fiza tengah kira kira nak membeli tu cuma ada 2 jenis je charcoal dan argan oil. Disebabkan nak mencuba yang charcoal tu, Fiza terus grab yang charcoal je lah.

Senarai bahan-bahan Purederm Charcoal Makeup Remover cleanser Towelettes
Kebetulan masa tu tengah harga promo iaitu RM8.50 member price daripada normal price RM11.90 kalau tak silap. Agak berbaloilah juga masa tu. Fiza grab 2 packs terus. Saja lah buat stock tisu basah. Senang nanti-nanti tak gelabah bila stok dah nak habis.

Tarikan Utama PUREDERM Charcoal Makeup Remover Cleanser Towelettes

WARNA HITAM


Ye, disebabkan ia warna hitam itulah yang membuatkan Fiza nak beli. Ia unik lain daripada tisu basah yang lain yang bewarna putih kebiasaanya. Jadi, bila bersihkan kotoran tu taklah nampak jelas kotoran tu walau hakikatnya memang tisu tu akan jadi kotor dan dibuang. Saja nak buat gempak guna lain dari yang lain sesekali tu kan.

  ENRICHED WITH CHARCOAL & BLACK FOOD COMPLEX

Hitam bukan sebarang hitam tapi hitam adalah disebabkan kandungan arang yang ada disetiap helai tisu basah ni. Didatangkan dengan Skin Purifying & Detoxifying formula enriched with charcoal & black food complex. Jadi boleh membersihkan wajah secara maksima dan membuang segala kotoran pada kulit. Memang mudah untuk menghilangkan kotoran makeup dengan sehelai tisu basah sahaja.

WANGI

Walaupun katanya mengandungi arang tapi tisu basah ni tidaklah bau seperti arang. Bau dia sama seperti tisu basah yang lain. Tetap wangi! cuma Fiza tak pasti bau apa tapi baunya lembut mesra hidung lah kiranya.

LEMBUT


PUREDERM Charcoal Makeup Remover Cleanser Towelettes sejenis tisu basah hitam yang sedikit tebal, basah dan lembut. Tidak menyakitkan atau menyebabkan alahan pada kulit selepas penggunaan. 

So far Fiza sangat puas hati dengan PUREDERM Charcoal Makeup Remover Cleanser Towelettes ni. Memang best guna dan akan restock lagi. Tapi yang tak bestnya harganya agak mahal. Tapi berbaloi jugalah kot dengan 30 helai dalam satu pack. Sesekali kalau ada bajet why not beli barang yang kita suka guna kan. Kalau kau orang ada bajet lebih, cubalah satu di Watsons atau beli secara online.


with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. Eh..eh..menarik la..macam best jer..charcoal kan bagus kan...Fiza beli kat mana ni

    ReplyDelete
  2. wah..bestnya. mcm bersih jer muka bila guna..:)

    ReplyDelete
  3. yg ni xpnh try. hat yg biasa jenama ni pnh try..

    ReplyDelete
  4. Menariknya. Lain dari yang lain. Nak try cari lah.

    ReplyDelete
  5. Kalau masuk Watson, memang rambang mata ­čśů

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe, yang takde dalam list tiba² boleh jadi ada..hehe

      Delete
  6. ada dijual kat drugstore kan , ccl ada ternampak tapi tak terbeli pun, bila baca review ni terus jer nak cuba

    ReplyDelete
  7. Mmg rare sangat ni Fiza. Tak pernah tengoklah tisu hitam cenggini. Sekarang agaknya tgh musim arang kot ek. Hakak ni pulak tgh berkira kira nak beli pemutih gigi arang D herbs hihi


    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin juga musim arang sebab banyak dah produk berasaskan arang di pasaran.

      Delete
  8. haritu nak beli yang ni takde jadinya beli yang biasa je huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haritu pun ada stok sikit je. memang terlajak laris agaknya kot

      Delete
  9. eh..menarik ni, akk suka tisu utk buang make up..cepat kerja !

    ReplyDelete
  10. Hai,jemput join segmen saya!!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2018/10/segmen-saya-nak-buku-free-by-cuya.html

    ReplyDelete
  11. Wah unik pulak tisu ni. Tak pernah tengok lagi... Hehe.

    ReplyDelete
  12. aida ni berlambak wet tissue kat umah.
    putih or pink.
    yg ni hitam legam! hi hi hi... rare!

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.