Rawat Kulit Muka Dengan Piolang 24K Gold Wrapping Mask

Mask atau topeng muka salah satu produk wajib untuk awak-awak semua yang sangat mementingkan kecantikan kulit muka. Kenapa? Memakai mask salah satu kaedah rawatan  muka  dan terapi muka untuk mengekalkan kecantikan kulit muka dan meremajakan kulit. Kalau kau orang perasan artis Korea suka dan memang rajin pakai mask.

Sekarang memang trending perempuan suka pakai mask dan juga produk kecantikan Korea ( K-Beauty). Biasanya dia orang akan pakai sheet mask lah sebab lebih mudah pakai buang. Dipasaran pun ada bermacam-macam jenis lambakan jenis mask seperti clay mask, peel off mash, sheet mask dan lain-lain lagi. Tapi Fiza recommend pada kau orang untuk cuba pakai Piolang 24K Gold Wrapping Mask.

Piolang 24K Gold Wrapping Mask sejenis mask yang bukan biasa-biasa dipakai. Nama pun gold, rasa muka sangat berharga kalau pakai mask ini. Terasa mewah dapat buat rawatan muka dengan emas. Emas kan memang mahal harganya, jadi kos rawatan emas diluar sana sudah tentu lah mahal harganya. Tak payah susah-susah, buat rawatan emas di rumah je dengan Piolang 24K Gold Wrapping Mask ini pun boleh.

Piolang 24K Gold Wrapping Mask 99% PURE GOLD

Piolang 24K Gold Wrapping Mask adalah mask jenis peel off yang mengandungi 99% pure gold. Seriously 99% gold? Yes! Fungsi utama Piolang 24K Gold Wrapping Mask ini adalah untuk membuang sel kulit mati, mencerahkan, memperbaiki keanjalan dan meremajakan kulit. Mask ini juga dibuat dengan bahan pelembap untuk menghalang terjadinya kulit mengelupas akibat kulit kering.

mewah dengan emas!

Kandungan 99% gold tu pun dah buat Fiza excited nak mencuba mask ini. Siapa yang tak seronok dapat emas walaupun hanya gold mask. Hablur emas tu mampu buat muka kau orang nampak lebih berseri muda remaja tau. Eh, kau orang jangan tak tahu yang emas ini banyak manfaat untuk merawat kecantikan kulit sejak zaman dulu lagi. Contohnya Ratu Cleopatra yang telah mengamalkan perawatan kulit  menggunakan emas untuk tujuan kecantikan dan rahsia awet muda. 

Kau orang boleh nampak sendiri mask ini penuh dengan gold sangat. Memang berkilau dan bersinar-sinar mata memandang. Penggunaan emas pun dah banyak digunakan secara meluas dalam bidang kecantikan dan kosmestik yang dihasilkan dalam produk serum, penyegar, wangian, scrub, juga serum dan sabun mandi. 

KENAPA PIOLANG 24K GOLD WRAPPPING MASK PATUT DICUBA

Bila usia makin meningkat ini mulalah nampak kedutan garis halus tu. Walaupun tak ketara tapi sebagai seorang perempuan mesti inginkan kecantikan macam kulit zaman remaja. Of courselah kan! Siapa je yang tak nak kulit cantik. Semua orang nak! Kalau macam tu, jom cantikkan kulit dengan Piolang 24k Gold Wrapping Mask super best ini.

1. CARA PAKAI MASK YANG MUDAH

Fiza kalau pakai sesuatu produk tu mesti nak pakai yang jenis mudah dipakai. Yang leceh-leceh memang malas nak pakai. Bila mula pakai, mulalah tak konsisten. Bila tak konsisten memang lambat lah nak nampak hasilnya. Piolang 24k gold ini boleh dikategorikan sejenis mask yang mudah pakai sebab disediakan sekali dengan spatula spoon untuk memudahkan kau orang pakai dan meratakan mask pada bahagian muka tu.

CARA PAKAI PIOLANG 24K GOLD WRAPPING MASK

  • Dengan menggunakan spatula spoon, sapukan gold mask pada bahagian muka dalam keadaan kulit muka kering.  Terpulang lah sama ada nak pakai tebal atau nipis. Pada Fiza pakai nipis-nipis pun memadai, janji sapu rata senang nak peel off.
Plastick Spatula Spoon untuk pemakaian mask lebih mudah dan sempurna
  • Selepas selesai sapu rata pada kulit muka, biarkan kering sehingga 10-15 minit. Biasanya Fiza pakai dalam 15 minit lama sikit sebab nak pastikan mask betul-betul kering.

  • Selepas 15 minit tu pastikan topeng mask tu betul-betul kering supaya mudah nak peel off. Pastikan nak peel off tu mulakan dari bahagian bawah dagu dan ke tarik ke atas.

2. MASK YANG TAK MUDAH DITANGGALKAN TANPA SAKIT

Kalau jenis peel off mask mesti kau orang terbayangkan rasa sakit bila nak tarik tanggalkan mask tu kan? Azab weh kalau nak tanggalkan mask kuat melekat pada kulit. Boleh keluar air mata dibuatnya. Tapi kalau kau orang pakai Piolang 24k Gold Mask ni susah nak cari dimana sakitnya sebab tak sakit lansung dan memang mudah sangat nak tanggalkan. Boleh tengok video yang Fiza kongsikan dalam IGTV di instagram Fiza.



3. KULIT LEBIH BERSINAR DAN LEMBAP

Selepas menggunakan mask selama 15 minit tu, Benda pertama yang Fiza rasa kulit lebih lembap, lembut dan fresh. Then pandang pada cermin kulit nampak bersinar/glowy sangat. Nampak beza sebelum dan selepas pakai.


Seriously suka teruk dengan Piolang 24k Gold Wrapping Mask. Kulit serius nampak glowing dan lembap lepas pakai. Rasa nak pegang je kulit yang dah cantik lepas pakai mask. Kurang sikit kedutan dan nyah kau kulit kusam. Bukan senang nak beranikan diri tampil dengan muka no makeup ni. Tapi kalau kulit muka cantik, why not? Peparut lama je payah nak hilang akibat muka breakout teruk satu masa dulu. Haihh..malas nak cerita.


Emas bersifat berkilau sehingga efek pemakaian emas pada perawatan kulit akan menimbulkan dampak kulit nampak bercahaya. Emas akan memberikan tambahan efek tampilan pada kulit akibat refleksi cahaya oleh kulit sehingga kulit nampak lebih cerah dan bersinar. 

4. MEMBERSIH DAN MENCERAHKAN KULIT

Pemakaian Piolang 24k Gold membuatkan kulit nampak lebih cerah selepas mask membuang sel kulit mati yang ada pada bahagian lapisan luar kulit. Dengan kandungan emas tu sendiri membuatkan kulit nampak lebih cerah. 

5. SESUAI UNTUK SEMUA JENIS KULIT

Piolang 24k Gold Wrapping Mask sesuai untuk semua jenis. Produk yang patut kau orang cuba untuk rasakan sendiri keistimewaannya. 

UNTUK PEMBELIAN

Untuk K-Beauty Products, of course lah dapatkan di ALTHEA KOREA kalau nak harga yang berpatutan sebab free shipping walaupun dari Korea. Kau orang boleh dapatkan Piolang 24K Gold Wrapping Mask: 80ml dengan harga RM69. Ini antara best selling product. Cepat sold out sangat. Sila letak dalam wishlist siap-siap ye.




gold = emas
with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. Uiiii betul2 warna gold la. Emi tak pernah try mask yg gold mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg gold awak. Trylah yang ni nanti. mesti puas hati

      Delete
  2. Bestnya bila pakai nampak perbezaan tu. Sebelum pakai kulit fiza kusam. Dah guna, bersinar gitu.
    Tak sangka pulak ni produk dari Althea. Patutlah best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kusam teruk sebelum pakai tu..lepas pakai puas hati tengok

      Delete
  3. Makin berseri la muka pakai mask gold ramai Kata bagus

    ReplyDelete
  4. Menariknya... Gold gold macam ni.. nak Cuba jugak ­čśŹ

    ReplyDelete
  5. ohhh...peel off mask ke...Sally tak pernah dengar nama jenama ni...tapi rasa macam nak g jual muka je dah tepek emas banyak tuuu...hahahaha

    ReplyDelete
  6. Eh macam best je mask piolang ni. Hah boleh recce jugak ni.. Masuk list

    ReplyDelete
  7. wah.. yang piolang gold ni jenis mask macam ni ye. ingatkan wash off punya mask tu. bestnyaaa .. rasa nak cuba juga sebab tak sakit kan

    ReplyDelete
  8. Tgok mask dy mcm best sbb pekat² kan... Wawa suka emas pure utk rwtn muka...

    ReplyDelete
  9. Wow, emas kat muka. Baguslah fungsi dia paling berkenan sebab boleh menghilangkan tnda penuaan. Hmm boleh try la

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.