FREE Sample Kotex® Total Protection Pads + Kotex® Daily Liners

Perempuan kalau masa datang bulan risau sangat kalau 'kebocoran' pad tembus kena pakai seluar atau kain yang dipakai. Lagi satu risau kalau ada bau bauan yang tidak menyenangkan masa datang bulan. Mujurlah zaman sekarang tak perlu pakai 'kain batik' macam orang dulu-dulu pakai masa datang bulan. Kalau masih ada pakai kain memang jenuh nak tukar kain pad tu dan memang tak perasan kalau kebocoran masa heavy flow. 

Sekarang pun dah banyak pelbagai jenis jenama pad yang dijual di pasaran. Dari jenama mula-mula adanya pad sampailah zaman sekarang dengan bermacam jenama ada. Kotex®, bukanlah satu jenama baru di pasaran. Fiza yakin semua perempuan tahu dan pernah dengar jenama Kotex® ni sejak mula lagi Kotex® diperkenalkan. 

Ya, dulu memang suka pakai jenama Kotex®. Entah kenapa sejak terbekenan dengan jenama yang satu lagi tu terus melupakan Kotex®. Mungkin jenama tu lagi serasi dengan Fiza. Tapi so far okay je kalau pakai Kotex®. Tak de pulak terjadi alahan ke apa. Kebetulan Kotex® sedang buat promosi free sample pads dan liners terbaru di facebook sekarang ni. Fiza sajalah ambil peluang untuk mencuba keluaran pads dan liners yang terbaru tu. Kot tersuka dengan Kotex® semula ke kan? 



Sebenarnya Fiza tak ingat bila entah Fiza isi form untuk dapatkan free samples ni. Tahu-tahu je dah sampai rumah. Kau orang akan dapat beberapa sample Kotex® Total Protection Pads + Kotex® Daily Liners yang mengandungi :
  • 4 pcs Kotex® Total Protection
  • 6 pcs Kotex® Daily Liners

Kira banyak juga kuantiti yang diberikan oleh Kotex® ni. Boleh juga tambah stok pads dan liners yang sedia ada. Dengan pemberian lebih daripada satu tu dapat jugalah merasa perbezaan tahap kebagusan pad dan liner tu. Betul tak? Kalau bagi satu je macamana nak tahu tahap bagus dia. 


Kalau kau orang berminat untuk dapatkan Kotex® Total Protection Pads + Kotex® Daily Liners, boleh cuba tengok di Facebook Kotex®  Malaysia >> https://www.facebook.com/KotexMalaysia atau terus ke link ini >> https://goo.gl/MFcR4b


8 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.