Cara Makan Biji Bunga Teratai Yang Betul

Rasa macam ketinggalan zaman pula sebab baru tahu biji bunga teratai tu memang betul-betul boleh makan rupanya. Sebelum ni pernah nampak video kat instagram seorang lelaki Thai instafamous food bernama Chumnan Maunghong yang suka makan bercangkung tu makan biji bunga teratai ni. Berselera dan bersungguh betul dia kupas biji bunga teratai ni dan beria benar makan. Apatah lagi bila tengok dia makan makanan masam-masam tu. Macam takde deria masam pula.

Kadang tu buat kecur air liur je lah. Tapi masa dia makan biji bunga teratai ni Fiza agak pelik sebab tak pernah tahu pun yang biji bunga teratai ni boleh makan. Ingatkan sejenis selera pelik tapi memang orang Malaysia pun suka makan biji bunga teratai @ Lotus Seed terutamanya kaum Cina. Fiza tahu pun selepas post kat instagram haritu. Rata-rata yang komen kata biji bunga teratai ni rasanya sedap lemak-lemak macam kacang. Err.. macam kacang??? 



Ada sesetengah orang tak boleh tengok biji bunga teratai ni sebab geli ataupun sejenis Trypophobia (takut pada lubang atau biji-bijian). Sekali pandang memang ada rasa macam tu. Nampak macam ulat pun ada. Sebelum ni pernah viral gambar penyakit kulit tumbuh biji-biji macam biji bunga teratai ni dan gambar itu disahkan tipu. Hanya edit menggunakan photoshop semata-mata. Tiada kaitan dengan penggunaan salah produk dan penyakit.

Hasil editing photoshop yang agak failed.
Disebabkan ramai yang kata sedap, Fiza pun cubalah satu sebab nak rasa punya pasal dan mereka ada kongsikan tentang Cara makan biji bunga teratai yang betul. Bukan kupas macam bentuk ulat tu terus makan je. Ada cara-caranya kalau nak tahu.
 

Cara Makan Biji Bunga Teratai Yang Betul

1. Belah bahagian tengah bunga teratai yang berbiji-biji ni.

2.  Keluarkan biji bunga teratai

3. Belah biji bunga teratai tu dan keluarkan tunas warna hijau tu sebab katanya tunas hijau ni sangat pahit.

4. Bila dah buang dapatlah biji kacang macam ni. Inilah rupanya yang boleh dimakan. 

Fiza agak curious nak makan benda-benda pelik ni tapi teringin nak cuba Fiza gigit sikit je rasa hujung-hujung lidah. Rasa lemak-lemak tu ada tapi macam tak tertelan dan tak lalu tekak ni nak makan. Mungkin yang kata sedap tu sebab dah biasa makan dan Fiza tak biasa makan memang lah tak kena dengan selera kan.

Well, okaylah dapat rasa sikit. Lepas makan terus rasa nak muntah dan terus beli asam jeruk sebab nak legakan rasa loya tu. Aduhaiii..padan dengan muka sendiri sebab nak rasa sangat kan. Kesimpulannya rasa dia macam kacang tanah mentah tu. Fiza tak pasti biji bunga teratai ni elok dimakan mentah atau kena masak. Siapa tahu?

with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. ala cemana nak makan haha tengok pun geli ya ampun :3

    ReplyDelete
  2. apakah tumbuhan tu..sangat2 unik..ni nak baca infor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biji Bunga Teratai yang dah gugur kelopak bunga dia.

      Delete
  3. bunga teratai..begitu pula ..unik Subahanallah

    ReplyDelete
  4. Serius boleh makan macam tu je? Aihhh baru ku tahu hahahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita, baru tahu jugak. Kejakunan sebentar bila ada kata sedap.huhu

      Delete
  5. ala..ngeri tengok muka tu...tak pernah tau biji teratai tu boleh makan...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ngeri tengok kak..fiza pun baru tahu boleh makan..huhu

      Delete
  6. Adoiii! Mrs. A ni sejenis Trypophobia tengok pulak yang kat muka Fiza tu terus rasa nak terkencing sebab geli hahahhaaa...
    Baru tahu juga ni kisah benar boleh makan ya ingatkan tipu je

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ramai yang jenis trypophobia ni sbb geli dan ramai juga baru tahu boleh makan :)

      Delete
  7. Hanya tahu ia boleh dimakan tapi tak pernah try dan tak pernah tengok pun lagi macamana rupanya tu je. Firstime tengok ni. Biasa tanam pun ambil buah benih je

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.