Safety Pins Serbaguna

Zaman mak mak kita dulu memang biasa guna safety pins atau biasa dikenali dengan pin lampin bayi ni untuk pin ikatan/balutan lampin baby. Sejak adanya pampers, susah nak jumpa safety pins. Safety pins ni ada banyak jenis. Yang untuk baby tu biasanya bahagian kepala dia jenis plastik, besar dan berwarna warni. Kalau jenis safety pins biasa semuanya besi.


Rupanya safety pins ada kisah disebaliknya. Bukan direka untuk dikomersialkan tapi rekaan itu terhasil secara tidak sengaja. Hasil dari carian tentang safety pins ni, baru lah Fiza tahu cerita sebenarnya. Fiza copy paste cerita yang di ambil dari wikipedia. Mungkin kau orang juga berminat untuk tahu tentang Safety pins yang serbaguna ni.
Pin keselamatan direka oleh Walter Hunt secara tidak sengaja semasa beliau sangat memerlukan wang. Ketika itu, Walter telah meminjam wang daripada seorang kawa sebanyak US Dollar 15. Ketika itu, dia duduk di meja dengan sebatang wayar besi tanpa mengetahui apa yang hendak dilakukannya. Lalu, dia memutar wayar besi itu secara bulat dalam masa lebih kurang 3 jam. Apabila dia melihat hasilnya, Walter mendapati dia telah mencipta sesuatu tanpa diduga. Hasil ciptaannya itu boleh dijadikan penyemat baju ataupun pin baju. Walter telah mencipta pin baju yang pertama di dunia.
Walaupun telah banyak yang menggunakan pin selama ini, namun pin yang digunakan itu tidak selamat dan seringkali mencucuk badan. Pin ciptaan Walter selamat digunakan, sebab itulah ia dipanggil pin keselamatan (safety pin). Pin yang dihasilkan oleh Walter tajam pada bahagian hujungnya, mempunyai gegelang bulat pada tengahnya yang berfungsi seperti spring dan pada hujungnya direka pelindung atau penyangkut bahagian yang tajam tersebut. Pin ini sangat selamat digunakan kerana ia tidak mencederakan tempat yang disemat.
Pada mulanya, Walter menamakan pin tersebut sebagai pin pakaian (dress pin). Kemudian, dia menukarkannya kepada pin keselamatan(safety pin).
Pada tahun 1849, Walter Hunt telah mematenkan hasil rekaannya itu. Dia menjual paten rekaannya dengan harga US Dollar 400. Dengan itu dia dapat membayar hutang kawannya. Setelah beberapa lama, pin tersebut mendapat sambutan ramai dan digunakan di seluruh dunia. Pin tersebut diubah suai dalam pelbagai bentuk tetapi fungsinya tetap sama.

Tegangkan Cadar

Sejak zaman sekolah duduk asrama dulu safety pins ni wajib ada sebab Fiza gunakan untuk tegangkan cadar tilam asrama. Iye lah kan, cadar asrama kena sentiasa tegang. Kalau tak tegang tak pasal kena denda dengan warden. Pernah je kena denda sebab tak tegang cadar tu. Sudahnya kena denda tulis ayat banyak-banyak sampai berapa helai entah. Sejak tu, Fiza sendiri tak boleh tengok kalau cadar tak kemas atau tak tegang. Sampai sekarang applikasi kan penggunakan safety pins tu.

Caranya : Tarik cadar bagi tegang. Pin kan cadar pada bahagian bawah tilam di setiap penjuru. Kau orang boleh pin kan sisi cadar dengan sisi cadar ataupun pin kan cadar dengan tilam. Kalau tak nak rosakkan tilam better pin kan cadar dengan cadar sahaja. Janji cadar tegang dan memudahkan kerja mengemas katil lepas bangun tidur nanti. Sangat menjimatkan masa nak mengemas, bangun pagi tarik tarik cadar sikit je dah tegang.


Ada kalanya kalau guna jenis cadar yang kerap terbuka pun jenuh juga nak mengemas. Better pin kan supaya cadar tak mudah tercabut. Kalau untuk pin cadar, lebih baik guna safety pins bersaiz besar. Kalau tidur lasak pun pin tak mudah tercabut.

Pin Tudung

Dulu orang tak pandang pun safety pins untuk pin tudung. Kalau ada pun, perlu tambah bunga-bunga ke manik untuk nampak lebih menarik. Tapi sejak ada fashion tudung yang pelbagai ni safety pins dipandang cantik walaupun tanpa bunga dan manik bagai. Siap dijual dengan harga yang mahal lagi tu. 

Safety pins untuk pin tudung mula popular sejak Lofa mula pakai dan kiranya diperkenalkan oleh Lofa lah kot. Kalau Fiza silap info, sila betulkan ye. Safety pins yang dipakai oleh Lofa tu jenis black matte dan diberi nama HeyPins kalau tak silap Fiza. Kemudian ada timbul satu isu jenama D juga ada jual safety pins gold dengan harga RM10 untuk satu pins. Gila mahal!  Of courselah sebab jenama.


Jenis black matte tu memang macam susah nak jumpa kat shopping mall bahagian kraft/jahit tapi jenis gold ni Fiza jumpa kat kedai buku Popular bahagian alat tulis dengan harga RM1.10 (30pcs). Jauh lebih murah dan menjimatkan duit poket. Of course! Lagi satu tidak merosakkan tudung tarcarik sebab kalau guna brooch mudah sangat benang tercarik melekat pada pin.

Penyelamat Kain/Baju Koyak

Safety pins sangat selamat kalau disimpan di dalam beg. Sudah namanya safety pins, haruslah tidak tercucuk kan. Boleh digunakan sebagai penyelamat kalau kain/baju terkoyak dia. Dalam waktu kecemasan macam inilah safety pins ni sangat serbaguna. 

Selain kegunaan semua di atas, Fiza rasa banyak lagi kegunaan Safety Pins yang serbaguna ni. Kau orang guna untuk apa pula?

2 comments:

  1. Zaman hostel dulu kite panggil jenggg katil. Tak jeng katil kene denda. Hahahahah. Pakai pin ni jugak dulu kakk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sep lah! tak senang hati kalau tak string tilam tu..aduhaii.paling tak suka denda kena tulis banyak² tu

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.