Bila Bulan September Banyak Cuti

Rasanya semalam lagi dah ramai berdesup check in sana sini. Almaklumlah dah start cuti long weekend. Silap-silap extend sampai minggu depan cutinya! Eh, mesti ada antara kau orang yang cuti sampai minggu depan kan, sampai Cuti Hari Malaysia. Tak best lah kejap cuti kejap kerja, baik terus ambil cuti direct sampai habis cuti sebenar. Barulah the real cuti-cuti Malaysia. 


  • 9 Sep (Ahad) : Hari Keputeraan YDP Agong Semua Negeri
  • 10 Sep (Isnin) : Cuti Hari Keputeraan YDP Agong Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu
  • 11 Sep (Selasa) : Awal Muharram Semua Negeri
  • 16 Sep (Ahad) : Hari Malaysia Semua Negeri
  • 17 Sep (Isnin) : Cuti Hari Malaysia Semua Negeri kecuali Johor,Kedah, Kelantan &
  • Terengganu

Bulan September sangat kaya dengan cuti umum yang terus menerus membuatkan ramai yang ambil cuti panjang. Lagi-lagi yang banyak baki AL. Tak ketinggalan yang buat kenduri kahwin masa cuti-cuti ni. Maka, marilah kita beramai dan bersesak di setiap pelusuk tempat. Weekend boleh dikatakan mesti akan jammed.

Bagi yang tak suka bersesak, lebih suka duduk rumah berehat layan movie atau berehat sepanjang hari. Ye lah kan, bagi yang sibuk sangat tu mana ada masa nak berehat. Masa ini lah masa yang sesuai untuk berehat. Tapi kalau takde aktiviti tu agak boring juga kan. So apa aktiviti cuti panjang kau orang?
  • Bercuti
  • Hiking
  • Shopping
  • Picnic
  • Tengok Wayang
  • Balik Kampung
  • Pergi Kenduri Kahwin
Banyak betul aktiviti boleh dibuat masa cuti panjang ni. Jangan layan sangat cuti tu. Nanti liat nak masuk kerja balik. Apapun selamat bercuti semua dan selamat enjoy serta menghabiskan cuti masing-masing.

with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. sgt banyak cuti tp ray x boleh balik jugak sbb banyak kerja sob sob

    ReplyDelete
  2. Balik kampung tenangkan fikiran, rehatkan badan. Hihi. ­čśŹ

    ReplyDelete
  3. CR xleh amik cuti panjang.huhu. cuti smpai arini je. Happy holidayyy

    ReplyDelete
  4. Bulan Sept ni memang banyak sangat cuti sampai dah tak tahu nak buat apa. Hahah! Sudahnya duduk aje lah layan movie.

    ReplyDelete
  5. Uyul duk rumah je kakk. X pi mana pun cuti cuti ni.

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.