Begedil Waghih Ready To Eat. Sedap dan Murah!

Tauhu begedil asyik lalu lalang dekat wall facebook. Aduhaiii, boleh buat jiwa kacau selagi tak dapat rasa tauhu begedil yang tengah viral sekarang ni. Gara-gara teringin sangat, kononlah cari penjual tauhu begedil berdekatan kalau ada. Kalau ada rezeki. untung-untung boleh merasalah kan. Dengan menggunakan hashtag #tauhubegedilseremban akhirnya jumpalah instagram @begedil_waghih.


Mulanya memang nak order tauhu begedil tapi memandangkan tauhu begedil kena order lebih awal, so tak jadilah. Kebetulan memang ada jual sekali begedil yang sememangnya ready stok dan ready to eat, apalagi terus order la. Rezeki Fiza stok masih ada yang last. Alhamdulillah. Alang-alang dah dekat dengan rumah tu Fiza Self pick up je lah. Fiza beli dua pack, 1 daging dan 1 lagi ayam


1 Pack ada 10 pcs begedil berharga RM8. Kira murah dan berbaloi beli daripada buat kalau semata-mata nak rasa je. Tapi kalau nak makan banyak dan lagi puas hati of courselah kena rajin buat sendiri. Tapi kalau kau dah sejenis yang malas nak buat dan nak cepat makan, haruslah terus pergi beli lebih senang dan mudah.


pada Fiza, sangat puas hati beli begedil dari @begedil_waghih sebab terasa semua bahan dalam begedil tu. Kentang, ayam dan sayur. Isi begedil yang sedap! Memang tak rugi beli orang kata. Kalau nak kira bahan beli dan buat tu memang lah agak murah dapat banyak tapi bila fikirkan nak membuat tu agak leceh. Jadi, membeli lebih lebih mudah bila betul-betul teringin nak makan. Lepas ni boleh cuba tauhu begedil pula. Selain tu ada juga jual tauhu sumbat ye. Kau orang boleh tengok kat instagram @begedil_waghih.


with love,
Sihatimerahjambu

Comments

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.