Musim Buah Durian Murah

Thursday, July 12, 2018

Scroll facebook gambar durian. scroll instagram gambar durian. Dimana-mana ada gambar durian. Aduhh tengok gambar buah durian ni terus tiba-tiba nak makan durian. Kan? Semenjak dah jadi penggemar durian semula ni lain macam rasa nak makan durian tu. Rasa nak makan lagi dan lagi. Kalau tak makan durian tu, bau pun taknak!

Oh, well..dengan bangganya Fiza umumkan yang Fiza dah makan durian semula setelah berbelas tahun tak makan durian. Dari tak makan lansung disebabkan muak, bila dah cuba sekali selepas berbelas tahun kau lupa tentang bau busuk durian tu. Hebat penangan buah durian ni rupanya! Bila kau rasa sekali mesti nak lagi dan lagi. 


Kalau jenis peminat tegar buah durian mesti tahu jenis-jenis buah durian. Tapi kalau sejenis yang tahu makan durian sahaja tapi nak durian sedap mesti ada yang tak tahu nak membeli durian yang sedap dan berbaloi beli. Fiza kongsikan 10 tips pilih durian yang gerenti pembeli puas hati punya. Tips ini dikongsikan oleh En. Azlan Noor di facebook. So Fiza panjangkan perkongsian ini untuk semua. 

1. Bentuk bulat.

Buah durian yang berbentuk bulat katanya mempunyai isi yang banyak berbanding buah durian yang berbentuk lonjong.

2. Berat durian.

Semakin ringan buah durian tu, makin banyak isi durian. Kalau ada dua durian yang sama saiz, ambil yang paling ringan.

3. Tangkai.

Buah durian yang mempunyai tangkai yang pendek dan tebal menandakan isi yang tebal dan banyak. Perhatikan juga tangkai kering atau terpotong. Tak ada tangkai, tak payah beli. Boleh tekan dengan kuku untuk pastikan tangkai lama atau baru.

4. Bunyi.

Sebelum membeli sila ketuk dulu buah durian dan pilih buah durian yang berbunyi padat semasa diketuk.

5. Duri.

Pilih buah durian yang berduri pendek dan jarang kerana ciri-ciri ini menunjukkan buah durian mempunyai isi durian yang padat.

6. Bau.

Semasa memilih buah durian tu, sila hidu buah durian dan cari yang buah durian yang berbau manis.

7. Juring.

Buah durian berjuring lima paling ideal untuk dapatkan isi yang banyak dan besar. Semakin banyak juring, makin kecil isi.

8. Kulit.

Pilih buah durian yang belum dikopek atau tidak merekah kulitnya. Perhatikan keadaan kulit. Kalau ada tompok hitam itu tanda isi dalamnya buruk.

9. Warna.

Dah siap pilih tu, korang minta penjual tu belah untuk rasa dan tengok isi. Kalau tak ok, minta tukar. Kulit berwarna kuning tak bermakna isinya kuning juga. Jangan tertipu.

10. Musim.

Beli durian ketika musim panas/kering. Jangan semasa hujan/lembap. Takut terbeli durian yang 'dipulas ribut'. 

Dah ada 10tips memilih durian ni, bolehlah dipartikkan semasa nak membeli durian nanti. Pernah juga sekali tertipu. Katanya durian kawin tapi rupanya durian kampung. Harga durian kahwin of courselah lagi mahal dari durian kampung kan. Nak buat camne, dah terbeli. Kecewa! Beli durian ni, yang penting puas hati dan berbaloi. Mahal sikit pun takde hal. Janji kena dengan harga dan tidak tertipu. 

Ada sesetengah penjual nak untung lebih je. Ada sesetengah tu suka bagi free 1 dan bagi diskaun. Sekarang sangat berbaloi beli sebab musim buah durian murah murah. Tapi tengok juga jenis-jenis buah durian. Musang King, Udang merah antara buah durian yang mahal. Kalau tertipu beli memang boleh buat nangis! 

Isi Durian kahwin yang tebal dan rasanya sedap !
with love,
Sihatimerahjambu

3 comments

  1. ain peminat durian...sedappnyaaa nengok gambar durian tuu..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok gambar terus rasa teringin nak makan kan..adududu =_='

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

LATEST PHOTOS ON INSTAGRAM @azhafizah.mdnor

All rights reserved Blog Sihatimerahjambu