Cara Masak Nasi Tanpa Kerak Dan Tak Membazir

Tuesday, June 26, 2018

Bulan puasa haritu ramai yang share cara masak nasi tanpa kerak dan tidak membazir dengan menggunakan mug/cawan. Teringin juga nak mencuba cara tu sebab macam lebih mudah dan of courselah tak membazir sebab takde nasi yang melekat. Kalau masak guna periuk yang dah lama digunakan adakalanya memang melekat habis bahagian bawah kalau tak betul² air nasi tu kering. 

Disebabkan taknak membazir, jadi Fiza pun cubalah kaedah macam tu. Lebih kurang kaedah macam nasi kukus lah. Tapi Fiza tak guna mug atau cawan, Fiza gunakan mangkuk yang tebal yang boleh masuk microwave tu. Risau pula guna mangkuk biasa tak tahan panas takut pecah. Dari rata² komen yang Fiza baca, memang menjadi dan berbaloi masa nasi cara macam ni.


Untuk sukatan tu, Fiza ikut sukatan masak nasi macam biasa. Fiza guna beras herba ponni, jadi sukatan air tu memang lebih. Kalau 1 cawan beras perlukan 2 cawan air. Jadi, ikut sukatan jenis beras masing-masing ye. 

Cara Masak Nasi Tanpa Kerak Dan Tak Membazir

1. Cuci beras dan masukkan air mengikut sukatan beras. Sukatan air dalam periuk nasi pula suku daripada mangkuk beras. Nak letak air banyak pun boleh dalam periuk nasi tu. Janji air tak kering sebelum nasi masak.


2. Biarkan nasi masak dalam masa 30 minit. Memang lambat sikit masak tapi sangat berbaloi menunggu sebab tak ada kerak lansung! Dalam proses masak tu boleh je buka periuk nasi tengok dah masak ke belum. Bila dah masak tu off suis periuk nasi dan keluarkan mangkuk nasi untuk biarkan air dalam nasi kering sikit. Kalau nasi lembik melekat pada mangkuk pula.


Dapatlah makan nasi yang sedap tanpa kerak di lapisan bawah. Nak panaskan nasi pun mudah je. Masukkan semula mangkuk nasi yang dah masak tu dalam periuk nasi yang berisi air tadi tu. Kalau masak nasi macam biasa, bila panaskan nasi memang jadi lebih kerak lapisan bawah tu kan. Betul tak? 

Bulan puasa memang sesuai guna kaedah masa nasi macam ni. Ataupun yang tinggal bujang dan taknak membazir nasi pun sesuai. Atau kau orang yang sedang berdiet tu, gunakan cara ni gerenti takda menambah nasi kalau nasi dah habis. Hehe...



Terima kasih pada yang share ilmu di dapur macam ni. Sangat berguna untuk mengelakkan pembaziran berlaku. Tapi kalau kau orang guna periuk nasi memang jenis tak melekat walaupun dah lama pakai, ataupun guna periuk baru tak perlu lah kot guna kaedah ni. Tapi kalau untuk diet, yes!


with love,
Sihatimerahjambu

10 comments

  1. tak pernah tau cara ni,..nanti boleh la akak cuba cara macam ni pulak..rugi kalau ada kerak kan..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau jenis periuk yang lama dah melekat nasi tu bolehlah cuba.

      Delete
  2. oh tak pernah pulak guna cara mcm tu. sebab biasa msk nasik jrg ada kerak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok jenis periuk. kalau periuk jenis betul tak melekat dan baru memang okaylah.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

LATEST PHOTOS ON INSTAGRAM @azhafizah.mdnor

All rights reserved Blog Sihatimerahjambu