Selain badan kena wangi. Persekitaran kena wangi juga, barulah syok! Sebelum ni Fiza pakai romantic rose ambi pur untuk wangian dalam rumah. Setelah setia lama dengan ambi pur kini bertukar ke air wick pula gara-gara tergoda dengan harga murah. Cuba guna yang jenis automatic spray lebih senang dan lebih cepat habis juga. Katanya penggunaan dalam lebih kurang 60 hari. Kita tengok berapa lama boleh tahan.



Saja je tau suruh beli letak harga murah. Takde lah murah sangat pun lebih kurang Rm2+.++. Sangat berbaloi beli. Kenapa berbaloi? Sila baca sampai habis okay. Maybe sebab promosi untuk wangian terbaru summer delights yang mengandungi white flowers, melon and vanilla. 


Lagi satu botol dia hitam menawan cantik yang bercorak. Botol jenis plastik ringan je. Jangan risau kalau terpecah ke apa, confirm tak pecah kalau terjatuh melainkan kalau kau orang hempas kuat ke lantai.


Lagi satu Fiza tergoda dengan bau dia sebab kat luar kotak tu ada tester bau. Nak cuba bau gosok² dulu dengan jari, then kau boleh bau wangi tu. Serious wangi! Sebab tu beli terus.


Dalam harga RM2+.++ tu ada sekali satu botol free refill untuk kau orang terus guna. Itulah sebab Fiza kata berbaloi beli. Dah habis nanti tinggal beli refill je la tak perlu beli automatic bottle spray tu lagi.


Selain itu, ada juga disertakan free bateri. Dalam satu kotak semua lengkap, tinggal pasang dan guna terus je.



Bau dia memang best dan sangat pekat. Setakat ni Fiza guna level spray paling sikit sebab tak tahan bau dia yang pekat menusuk hidung. Sikit² pun dah memadai untuk ruang yang kecil. Nak beli air diffuser macam agak costly. So beli yang mampu beli dulu setakat ni. Kau orang suka pakai wangian rumah yang mana satu? Jangan lupa share dalam kotak komen.


Bulan puasa haritu ramai yang share cara masak nasi tanpa kerak dan tidak membazir dengan menggunakan mug/cawan. Teringin juga nak mencuba cara tu sebab macam lebih mudah dan of courselah tak membazir sebab takde nasi yang melekat. Kalau masak guna periuk yang dah lama digunakan adakalanya memang melekat habis bahagian bawah kalau tak betul² air nasi tu kering. 

Disebabkan taknak membazir, jadi Fiza pun cubalah kaedah macam tu. Lebih kurang kaedah macam nasi kukus lah. Tapi Fiza tak guna mug atau cawan, Fiza gunakan mangkuk yang tebal yang boleh masuk microwave tu. Risau pula guna mangkuk biasa tak tahan panas takut pecah. Dari rata² komen yang Fiza baca, memang menjadi dan berbaloi masa nasi cara macam ni.


Untuk sukatan tu, Fiza ikut sukatan masak nasi macam biasa. Fiza guna beras herba ponni, jadi sukatan air tu memang lebih. Kalau 1 cawan beras perlukan 2 cawan air. Jadi, ikut sukatan jenis beras masing-masing ye. 

Cara Masak Nasi Tanpa Kerak Dan Tak Membazir

1. Cuci beras dan masukkan air mengikut sukatan beras. Sukatan air dalam periuk nasi pula suku daripada mangkuk beras. Nak letak air banyak pun boleh dalam periuk nasi tu. Janji air tak kering sebelum nasi masak.


2. Biarkan nasi masak dalam masa 30 minit. Memang lambat sikit masak tapi sangat berbaloi menunggu sebab tak ada kerak lansung! Dalam proses masak tu boleh je buka periuk nasi tengok dah masak ke belum. Bila dah masak tu off suis periuk nasi dan keluarkan mangkuk nasi untuk biarkan air dalam nasi kering sikit. Kalau nasi lembik melekat pada mangkuk pula.


Dapatlah makan nasi yang sedap tanpa kerak di lapisan bawah. Nak panaskan nasi pun mudah je. Masukkan semula mangkuk nasi yang dah masak tu dalam periuk nasi yang berisi air tadi tu. Kalau masak nasi macam biasa, bila panaskan nasi memang jadi lebih kerak lapisan bawah tu kan. Betul tak? 

Bulan puasa memang sesuai guna kaedah masa nasi macam ni. Ataupun yang tinggal bujang dan taknak membazir nasi pun sesuai. Atau kau orang yang sedang berdiet tu, gunakan cara ni gerenti takda menambah nasi kalau nasi dah habis. Hehe...



Terima kasih pada yang share ilmu di dapur macam ni. Sangat berguna untuk mengelakkan pembaziran berlaku. Tapi kalau kau orang guna periuk nasi memang jenis tak melekat walaupun dah lama pakai, ataupun guna periuk baru tak perlu lah kot guna kaedah ni. Tapi kalau untuk diet, yes!


Seorang perempuan selalu pening kepala memikirkan hadiah yang menarik dan bermakna untuk seorang lelaki. Setiap kali birthday ayah ke, ahli keluarga lelaki ke, suami ke atau kawan lelaki mesti macam blur tak tahu nak bagi hadiah apa? Betul tak? Fiza sendiri pun pening tak tahu nak bagi hadiah apa untuk birthday husband hujung bulan ni.



Alang-alang tengah mencari hadiah birthday untuk husband tu, Fiza kongsikan sekali dalam entry ni. Manalah tahu kot berguna juga untuk bagi idea pada kau orang yang tengah mencari hadiah untuk seseorang. Jomlah kita ambil tahu hadiah apa yang lebih menarik dan lebih bermakna untuk lelaki.

5 Hadiah Menarik Untuk Lelaki


1. Wallet


Kalau kau orang nak tahu, seorang lelaki jarang bertukar wallet selagi wallet dia orang tak koyak rabak. Jadi, kalau rasa-rasa wallet dorang dah makin uzur tu sila hadiahkan wallet. Confirm dah dapat yang baru mesti dia orang akan suka dan pakai yang baru.

2. Perfume


Tahu tak kau orang yang lelaki ada bau dia tersendiri dan kadang² tak pakai perfume pun takpe. Sekadar pakai deodorant pun dah memadai. Ada sesetengah lelaki yang jarang pakai perfume dan hanya pakai deodorant sahaja. Ada juga yang suka pakai perfume tapi tak semua perfume dia suka. Jadi, kalau dapat perfume yang dia suka tu memang sangat bermakna lah untuk dia kan.

3. Jam Tangan


Jam tangan sangat penting untuk seorang lelaki ye. Biar mereka lebih alert untuk menepati masa dan takde alasan untuk lambat dalam semua hal. Kalau dah hadiahkan tu, haruslah hadiahkan jam tangan jenama dan mengikut citarasa dia.

4. Gadget


Memandangkan zaman sekarang zaman teknologi, banyak gadget canggih yang ada dipasaran untuk memenuhi setiap hobi. Jika seorang lelaki tu suka travel, apakata hadiahkan go pro. Kalau suka bersukan mungkin boleh hadiahkan fit bit. Apapun kenal pasti hobi mereka terlebih dahulu ye.

5. Hadiah Rekaan Sendiri

Bila dah pening sangat tak tahu nak bagi hadiah apa, apakata kau orang berikan special presents for him and personalized gifts for him. Contohnya hadiahkan sehelai kemeja T, mug, bantal, dan kusyen yang dihiasi dengan gambar kau orang berdua. Hadiah yang sangat bermakna dan lebih bernilai untuk dijadikan kenangan. Betul tak? Tak perlu susah payah untuk buat sendiri, hanya perlu order www.printcious.com/my.

3 Sebab Kenapa Anda Perlu Memilih Printcious

1. Banyak Pilihan
2. Harga Murah
3. Berkualiti

Macamana? Dah dapat idea tak nak berikan hadiah apa untuk orang yang tersayang? Dah jumpa printcious ni rasa macam rambang mata pula nak pilih yang mana satu hadiah yang terpaling sesuai. Agak-agak Fiza pilih hadiah yang mana satu? Fiza akan kongsikan dalam entri akan datang okay. Nantikan!

If you are looking for best door gifts idea for guests, don’t forget to contact them. Or if you have any upcoming birthday party and would like to impress your guest, birthday party prop is your best entertainment. Don’t miss to click here too Button Badges Malaysia, Bulk Order Color Mug, Bulk Order Magic Mug, Bulk Order Lanyard, Bulk Order Mousepad. We also welcomed any sponsorship to get sponsor for their event. Don’t miss out to grab this big opportunity by click here Sponsorship for Event 

Raya ketiga, masih lagi mood beraya dengan family. Raya ketiga Hari Keluarga Warisan Kutik sebelah mak pula di Balai Raya Kg Tandong Segamat. Ini kali kedua buat di tempat yang sama. Rasanya lebih mudah kalau majlis besar macam ni buat dekat dewan sebab kemudahan semua lengkap, luas dan lebih selesa. 

Tahun ni ada pertambahan photobooth pula. Haruslah ambil gambar kat photobooth ni untuk kenangan. Acah-acah bersanding atas pelamin gitu. Dah ambil gambar baru perasan outfit kami orang setema dengan backdrop dan karpet photobooth tu. Sedondon lah nampaknya! 


Sampai awal dapat menjamu selera dengan menu sarapan yang disediakan. Sambil² makan sembang dengan pakcik² sedara yang jarang berjumpa. Walaupun duduk dalam daerah yang sama tapi jarang berjumpa. Masa hari keluarga ni lah baru berjumpa dan bersembang.


Selain acara bacaan Al-Quran, doa dan pembentangan minit mesyuarat, ada acara sukaneka untuk kanak² dan dewasa. Anak² buah seronoklah bersukan dan menang dapat hadiah. Acara dewasa Fiza tak dapat lah nak turut serta sebab tak pandai nak anyam ketupat. 


Hari keluarga sebelah mak juga tak ramai yang hadir. Fiza juga yang setia setiap tahun wajib datang. Ye lah, kalau bukan kita sendiri yang datang siapa lagi yang nak meriahkan majlis keluarga kita. Betul tak? Tapi kalau ada urusan lain yang lebih penting, its okay lah. Tahun depan berjumpa lagi.

Raya kedua setiap tahun macam biasa adalah hari untuk keluarga Ayob Md Akil, hari keluarga saudara mara sebelah abah. Tahun ni majlis hari keluarga di Kg Putting Balai Badang, Segamat. Nama kampung tu memang agak pelik tapi memang wujud lama dah. Entah dari mana dapat nama tu pun tak tahu lah. Nama kampung dulu² memang agak pelik. Bila dah lama hadam dengan nama tu, takde rasa pelik dah.


Well, majlis hari keluarga sebelah abah start pukul 8:30 pagi. Tapi macam biasalah, dah start majlis  barulah ramai sikit yang datang. Adik beradik tahun ni cuma 3 orang je yang hadir, yang lain wakil induk yang telah meninggal dunia. Masing-masing sayu bila berkumpul tanpa ahli keluarga yang telah pergi. Ada juga adik beradik lain yang tak dapat hadir atas urusan masing-masing. Mana yang ada bersyukur sebab masih boleh berjumpa. 

Dari kiri : Bibah, Md Nor, Hasran (anak kepada arwah Md.Shah), Suami Bibah, Hjh Munah, Samiah (anak kepada arwah Zamnah)

Warisan Ayob Mohd Akil
Md. Shah Bin Ayub (allahyarham)
Zaharah Binti Ayub (allahyarhamah)
Zamnah Binti Ayub (allahyarhamah)
Atan Bin Ayub (allahyarham)
Md Nor Bin Ayub
Hjh Munah Binti Ayub
Fatimah Binti Ayub (allahyarhamah)
Rahmah Binti Ayub (Tak hadir)
Rahimah Binti Ayub (Tak hadir)
Bibah Binti Ayub

Seperti tahun² lepas, kehadiran tak seramai macam tahun² yang sebelum ni agak ramai. Tak ramai pun tetap meriah especially acara cabutan bertuah tu. Tahun ni Fiza bertuah dapat cabutan bertuah dan juga hadiah teka gula². Tahun ni tak buat acara sukaneka memandangkan kawasan tuan rumah agak terhad. Itu yang kurang meriah agaknya dan majlis pun ringkas dan cepat habis.


Tengahari majlis tamat dengan makan tengahari. Raya kedua Fiza dan husband bertemakan navy blue. Masih lagi mood kain batik dengan potongan duyung. Baju kurung kedah masih lagi jadi pilihan yang kau orang boleh pakai balik selepas raya dengan seluar jeans. Tak rugi beli baju kurung kedah ni. Serius! Boleh mixed and match.


InshaAllah panjang umur kita berjumpa lagi tahun depan. Harap-harap tahun depan lebih ramai dan lebih meriah lagi dan ada tuah dapat menang hadiah lucky draw lagi. Aaminn...

Mat Ri Ye! Pengganti ucapan Selamat Hari Raya zaman sekarang. Kita pun dah dok terikut² pula. Paling ringkas ucapan hari raya SHRMZB. Semakin tahun semakin ringkas ucapan hari raya kan? Dah balik bekerja ke tu? Ke masih bercuti dalam mood raya lagi? Whatever it is, suasana hari raya pertama (1 Syawal) mesti meriah disambut selepas sebulan berpuasa. Rutin hari raya Fiza tetap sama setiap tahun tak pernah berubah.

OOTD Raya Suami isteri

Macam biasa hari raya pertama di kampung husband Kuala Pilah. Tahun ni sambutan raya kurang meriahnya tanpa arwah abah yang baru meninggal 28 April 2018 yang lepas. Sambutan raya biasa-biasa je untuk tahun ni. Lepas sembahyang raya, bersalaman dan tak lupa ziarah kubur arwah abah.

Yassin untuk arwah abah
Balik dari kubur, barulah bergambar untuk family potrait sebagai kenangan. 

Dari pilah, terus gerak balik kampung Fiza di Segamat. Perjalanan dalam masa 1 jam lebih dari Pilah tak jadi hal untuk kamiorang beraya dua kampung dalam hari raya pertama. Sampai kampung, anak² buah dah menunggu nak salam dan  nak duit raya of course! Layankan diaorang, setahun sekali je pun.


Tahun ni ramai sikit adik beradik Fiza yang balik beraya. Tak pernah nak sempurna ada 8 beradik masa raya sebab masing-masing dengan kerja dan giliran raya rumah mertua. Harap-harap dapatlah berkumpul satu family masa raya akan datang, barulah betul-betul meriah dan jadi keluarga besar.


Port paling wajib ambil gambar masa raya adalah jalan raya.  

Tahun ni Fiza pilih tema baby blue dan ash blue untuk hari raya pertam dengan husband. Fesyen baju kurung kedah yang dipadankan dengan kain batik selisih depan motif parang dari Parca Apparels dan husband baju melayu teluk belanga yang lebih match bila beraya di Johor. Ehem...Tahun ni baju raya je baru, yang lain kita pakai apa yang ada je. Biar sambutan tu yang lebih meriah. 


Selamat hari raya semua. Happy Eid. Kau orang beraya di mana?

Lagi beberapa hari lagi nak raya wei! Baju raya macam ada tak ada je ni. Orang lain dah siap awal dah semua persiapan. Kita juga yang last minit baru nak siap. Gelabah tetiba bila lagi seminggu je lagi nak raya dan bermulalah pening dok fikir pasal persiapan untuk hari raya. Paling penting baju raya kena ada! Orang kata hari raya lebih bermakna dengan adanya baju raya baru. Tapi tak juga sebab setiap orang lain suasana raya masing-masing.

Apa fesyen baju raya terkini 2018 ye? Apa trend fesyen baju raya tahun 2018 ni ye? Apa yang Fiza nampak trend baju raya yang lalu lalang dalam instagram lebih kepada minimalist style dan klasik sama macam tahun lepas juga seperti baju kurung kedah, baju kebaya, baju kebarung, baju kurung pahang dan sewaktu dengannya. Kebanyakkannya kurung kedah dan kebarung. Baju kurung moden of courselah masih lagi carta terunggul setiap tahun.

Baju Kurung Kedah Batik
Baju kurung kedah yang berkonsepkan minimalist memang sesuai dipakai sepanjang zaman. Menggunakan kain batik menggantikan kain warna polos yang biasa kita nampak tu membuatkan baju kurung kedah nampak lebih menarik dan lebih tradisional. Dengan padanan kain batik selisih memang padan sangat dan ayu je pakai masa hari raya. Selain hari raya sesuai juga pakai ke pejabat. Tak rugi lah beli sebab bukan untuk dipakai di hari raya je. 

Kredit : www.instagram.com/linenbyjueqhayla

Dari pandangan mata Fiza, kalau pakai baju kurung kedah ni sangat sesuai dengan kain lipat selisih depan seperti tradisional. Tapi bila dah berlaku peredaran era fesyen ni ada yang dipadankan dengan kain kipas susun depan, kain duyung, kain lipat terbelah dan kain susun belakang. Pada pandangan korang mana yang lagi cantik?

Baju Kebaya Batik
Kain batik agak popular untuk raya tahun ni. Kain batik bukan je sesuai untuk kurung kedah, cantik juga buat sepasang kebaya batik yang cantik dipakai di hari raya. Potongan kebaya tu sedikit loose dan lebih selesa dipakai. Kalau tak, sebut baju kebaya je mesti dah terfikir kebaya ketat-ketat dan lace kan. Betul tak? So nampak fresh fesyen baju kebaya batik ni. 
Kredit : www.instagram.com/jueqhayla_collections
Baju Kurung Kedah Plain
Fesyen baju kurung kedah tetap masih trend setiap tahun. Walaupun konsep baju kurung kedah ni macam terlalu ringkas tapi cantik dan sedap mata memandang. Pakai pun sangat selesa sebab loose. Nampak lebih sopan dan ayu di pagi raya gitu. Cewahhh!

Kredit :www.instagram.com/inhannashop

Kredit :www.instagram.com/houseofolsha

Baju Kurung Brocade
Sebut je kain brocade, terus terbayang kemewahan kain brocade tu. Kain brocade ni kain jenis mahal. Kenapa mahal? Sebab brocade jenis kain tenunan menggunakan benang emas dan perak membuatkan fabrik tu nampak timbul dan memang wow lah kalau kau orang tengok sendiri depan mata. Jadi, jangan hairan sangatlah kenapa harga sepasang kurung brocade tu sangat mahal. Selain kurung moden, kurung pahang brocade pun cantik juga. Kalau tengok harga macam mampu tengok je la.


Kredit : Shawl Publika
Mana satu pilihan kau orang di pagi raya nanti? Pilihan Fiza berkonsepkan minimalist je la. Tak suka sangat yang sarat dengan  accesories pada baju. Keselesaan diutamakan sebab nak menghadap raya seharian pakai baju raya tu kan dan biarlah sesuai dengan cuaca di Malaysia ni ha. Sepasang dua pasang baju raya cukuplah. Janji ada baju raya. Memikirkan baju raya yang semakin mahal ni walaupun konsep minimalist jadi terbantut nak beli baju raya mahal-mahal. Bajet lepas raya tu lebih penting kan. Tepuk poket sendiri lah.


Salam 16 Ramadhan. Dah separuh bulan kita berpuasa dan masuk fasa kedua dalam bulan Ramadhan. Macamana dengan Ramadhan tahun ni? Alhamdulillah bulan puasa bermula dengan musim sejuk. Boleh dikatakan hujan setiap hari. Syukurlah kurang sikit dugaan berpuasa dalam cuaca sejuk. Sebelum berpuasa memang musim panas memanjang kan.

Masing-masing menantikan bulan jun tiba. Ye lah kan, tak sabar-sabar nak menyambut hari raya dan baik kampung berkumpul dengan keluarga tersayang. Macamana persiapan raya kau orang? Baju raya? Kuih raya? Kasut raya? beg raya? Gerenti semua dah siap sedia dan tunggu raya je. Fiza belum siap apa lagi. Mood raya kurang sikit tahun ni.



Raya raya juga, kena ingat juga bulan Ramadhan jangan di sia-siakan berlalu pergi tinggalkan kita tak lama lagi. Pejam celik pejam celik kejap je dah raya nanti. Baru awal ramadhan dah mula bunyi mercun dah macam dah nak dekat raya je gayanya. Aduhh, buat tak tenteram orang nak berterawih. Sabar je lah. Nama pun bulan ramadhan, kena banyak bersabar.

Bulan Jun juga bulan yang dinantikan budak-budak sekolah. Cuti sekolah? Ye awak! Cuti pertengahan tahun dari bermula 9 Jun sampai 24 Jun. Bolehlah cuti awal sikit sebelum raya dan balik kampung awal. Takde lah jammed teruk malam nak raya tu. Okay juga kan cuti sekolah awal. Mak pak pun boleh ambil kesempatan balik kampung awal sikit daripada biasa. Sila rancang perjalanan kau orang untuk elakkan jammed okay.

By the way, hari ni 1 Jun dengan rasminya no more GST 6% tu. Alhamdulillah, segala barang kembali murah sikit. Tapi awas, SST adalah penggantinya yang dikenakan kepada pengilang sahaja. Bolehlah shopping lebih sikit. Ye tak? Conclusion is bulan Jun adalah bulan yang menggembirakan yang dinantikan. Enjoy your June!

Untuk bulan Jun ni target Fiza dapat lebihkan sikit entri dalam blog yang semakin sendu ni ha. Bulan Mei 3 artikel je dapat tulis sebab sibuk dengan urusan lain dan siapkan tempahan sampul duit raya hipster. Memang tak sempat nak hadap media sosial apatah lagi nak mengarang ayat dalam blog ni. Bertabahlah ye wahai blog kesayangan. Tunggu bulan Jun ni kita pulun sikit up entri yang best-best untuk dikongsikan. Stay tuned!