Pisang Goreng Cheese Padu

Nampaknya pisang goreng cheese bukanlah makanan viral bermusim sebab sampai sekarang masih lagi dijual. Biasanya kalau makanan viral ni sekejap je ikut musim. Bila dah jemu, hilanglah musim viral tu. Fiza dah rasa bermacam-macam jenis pisang goreng cheese tapi buat pertama kali rasa pisang goreng cheese padu Eden Cowboy memang lain daripada yang lain. Nak tahu kenapa? Baca sampai habis okay!

Dah banyak kali rasanya Fiza update entri pasal Eden Cowboy ni. Walaupun bukan entri berbayar tapi nak juga kongsikan pada semua sebab Eden Cowboy ni selalu bagi kelainan pada menu menu yang dijual dan ada je menu baru. Itulah salah satu tarikan Eden Cowboy ni yang buat orang tertarik nak cuba rasa.

Gara-gara banner pisang cheese padu tu lah buat tergoda nak mencubanya!

Apa yang menariknya tentang Pisang Cheese Padu ni sebab cheese yang digunakan bukan cheese biasa-biasa tau. Eden Cowboy menggunakan cream cheese yang biasa orang guna untuk buat kek tu. First time kot makan pisang goreng cheese guna cream cheese. Biasanya beli dorang gunakan cheese cheddar parut tu. Rasa dia memang padu dan sedap pada Fiza lah. Mungkin ada antara kau orang pernah makan pisang goreng topping cream cheese parut ni. 

Bagi Fiza memang sedap dan tak muak rasanya kalau makan. Cuma yang tak bestnya bila kau orang lambat makan sebab bila lambat makan pisang jadi tak rangup dan lembik. Kalau nak rasa kesedapan tu wajib terus makan lepas beli sebab dah sejuk tak sedap sangat dah. Pisang goreng pun jadi tak best nanti. So nak makan tu kena right timing lah ye. Jangan simpan simpan. 


Cheese pun tak kedekut. Memang selambak banyaknya.

Selain Pisang Goreng Cheese Padu tu, segala minuman kat sini memang sedap. Macam biasa Fiza beli Coconut Shake dan Noneh Kocak. Sekarang tak silap ada menu baru lagi macam milo ais kepal tu tapi nama dia ape entah. Lupa pula. Nanti kena try menu yang baru pula nampaknya. Aduhh kalau lalu situ memang tak pernah tak tergoda. Berhantu betul jalan tu. Tapi dah itu je jalan yang kena lalu kalau nak balik kampung. Bijak dorang punya strategi berniaga. Syabas! Syabas!


Ini lah jalan berhantu tu, yang buat orang lalu situ nak tersinggah. Jalan ni juga yang selalu jammed sabtu dan ahad sebab Eden Cowboy ni buka sabtu dan ahad je pun. Nak cuba rasa? Silalah ke Kampung Tanjung Ipoh, Kuala Pilah.


Hati hati lalu sini ye jangan sampai tergoda. Hihi

with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. uih..padu betul cheese..lama betul tak makan pisang goreng cheese..balik ni macam nak pi cari lah

    ReplyDelete
  2. ye betul...saya selalu struck dekat jalan ni bila nak balik kampung jugak. memang nampak kedai ni tapi tak terberhenti pulak, harus la lepas ni asal jammed je kita lepak sini la, eden cowboy :D

    ReplyDelete
  3. Selalu lalu jer... tak singgah pun next time nak try jugaklah.
    Oh! Kuala Pilah hari-hari biasa pun traffic jam.

    ReplyDelete
  4. Sdapnyee tak try lagi pisang cheese tu slalu beli cconut shake dgn noneh kocak je . Hihi

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.