Layan Online Drama Mr. Grey

Haa. sekarang tengah trending Drama Mr. Grey ni. Bila dah trending, mulalah Fiza terjebak sama. Baru je nak terjebak lepas tengok episod pertama tu "Eh, macam best je cerita ni!" Terus marathon tengok sampai Episod 8. 

Tak sabar nak tunggu Drama Mr.Grey episod 9 malam ni! Macam menjadi lakonan Fendy Bakry dan Eyra Hazali ni.


Ye lah kan, biasanya kalau pelakon yang macam biasa-biasa tu jarang dapat trending drama yang dia orang lakonan tu. Macam drama sendu. 

Tapi Mr. Grey ni boleh dikatakan Drama yang tak boring walaupun klise tu tetap ada, contohnya macam kena paksa kahwin, tak suka tapi lama-lama suka. So far drama Mr. grey ni boleh layan lagi sebab watak Nisa tu kelakar.

Dulu Eyra Hazali ni watak dia untuk budak-budak je. Sekarang dah boleh pegang watak utama dan watak heroin dah. Pelakon yang tengah hangat bercinta dengan Keeper 3 JDT tu kan. 

Pelakon drama Mr Grey

  • Shah Iskandar
  • Lisdawati
  • Gambit Saifullah
  • Scha Elinnea
  • Kayda
  • Nabil Aqil
  • Mardiana Alwi
  • Fauziah Ahmad Daud
  • Farah Nabilah

Sinopsis Mr. Grey

Mengisahkan Mr. Grey dan Nisa Ardina yang mengambil keputusan bernikah, tetapi melukakan hati dua insan, iaitu Datin Musalma dan Ilham Arsyad yang sudah sekian lama menyayangi Nisa. 
Ketika Nisa mengecapi kebahagiaan, Grey meninggalkan isterinya untuk kembali kepada ibunya yang sedari awal tidak sukakan Nisa. 

Mungkinkah perpisahan ini membawa Ilham kembali kepada Nisa atau mungkin Grey menyedari kesilapannya dan kembali menuntut tempatnya dalam hati Nisa? Jangan lupa saksikan drama Mr. Grey ini pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam di saluran Astro Ria 104 dan HD 123.


4 comments:

  1. mlm aida x dpt tgk citer ni, fiza.
    sib baik the next day ada ulangan kul 10 pagi & 4 ptg.
    biasa nyer aida tgk pagi la.
    sementara tak keje ni, dpt la layan :)
    nice jugak la citer ni.

    ReplyDelete
  2. itulah, ada baca jugak status pasal drama nih. tapi dah tak ada astro, dok diam2 jelah.

    ReplyDelete
  3. mek jugok lerr yang tk layan drama ni. hukhuk. kul 10 dah tidur. yg online pun tk tgk jgk.

    ReplyDelete
  4. SUKA TENGOK CERITA NI..WATAK NI SA TU BEST

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.