Cuci Emas dan Upah Tukang Emas Percuma di Emas Sri Pinang. Siap 30 minit je!


Aduhh..patah pulak gelang ni. Fuhhh..nasib baik kejadian berlaku kat rumah dan perasan gelang putus jatuh. Kalau jadi kat luar memang nangis tak berlagu dan lagi patah hati lah jawabnya. 

Lama juga saya peram gelang putus tu. Sebelum ni nak beli earings kat Habib Jewel pernah tanya juga harga tukang emas dan cuci emas. Harga tukang emas plus minus RM180 macam tu dan harga cuci emas lebih kurang sama je dengan harga tukang emas tu dalam RM1++ juga. 

So macam, hold dululah nak cuci ke apa ke.

Pernah juga pergi kedai emas biasa kat Kuala Pilah tu. Kononnya emas murah kat Kuala Pilah tu murah dan bajet mesti lebih murah harga tukang emas pun. Tanya punya tanya, harga dalam RM2+ dan siap esok. 

Murah dan murah dah tapi disebabkan siap esoknya memang taklah saya tinggalkan kat kedai. Lagipun macam kurang yakin pula nak hantar kedai emas tu. Macam kurang yakin dengan ketulenan emas. Then, tambah masa peram lagi gelang emas tu.

Kebetulan nak pergi ke Kajang, so decide nak pergi terus kedai Emas Sri Pinang tempat beli gelang. Dulu masa beli tak sempat nak potong katanya kena ambil esoknya. Itu yang tak jadi potong memandangkan macam okay je bila pakai.


Alang-alang dah terputus tu, eloklah potong sekali. Jadi ngam ngam gelang tu dengan pergelangan tangan. Lebih better dari yang sebelumnya. Syukurlah kedai tu masih wujud selepas 5 tahun saya beli. 

Sudahlah macam susah nak cari kedai Emas Sri Pinang ni sebab tak banyak cawangan. Nak tak nak terpaksa juga saya pergi situ.

Bila tanya, dia kata percuma potong dan pateri emas. Saya tanya lagi, cuci emas berapa ye? Percuma je cuci emas sebab beli kat sini katanya. Wahh..ini yang suka tak perlu keluar duit. Siap pun sekejap je dalam 30 minit

Ada hikmahnya saya peram gelang tu lama-lama. Lebihan yang potong tu simpan dulu. Senang nak upgrade belian seterusnya. Cehh..ada hati nak upgrade. Teringin gelang emas lipan padu tu. Idaman semua wanita kot kan?


Saya suka juga Emas Sri Pinang ni banyak pilihan design yang ada. Harga pun boleh tahan murah. Setakat ni saya beli gelang dan cincin. Earings saya beli kat Habib Jewel sebab itu je yang terdekat. 

Pilihan design yang saya nak masa tu tak berapa nak banyak pula. Harga boleh tahan mahal ikut harga pasaran emas sekarang. Sekarang emas dah mahal, nak beli pun telan air liur dulu tengok harga. Harga mampu tengok je dulu.

Rasanya bukan kedai Emas Sri Pinang je tawarkan tukang emas dan cuci percuma. Kedai lain pun ada cuma mereka lebih mengutamakan barangan yang pelanggan beli di kedai mereka. Kalau barangan luar memang mereka akan charge mungkin? Apapun survey itu penting.

2 comments:

  1. ooo...kat sana percuma ek...dah lama tak reward diri sendiri ngan barang kemas ni...Insya Allah tahun ni ada rezeki lebih boleh reward rantai tangan/rantai leher ...hehehehehehe...aminnn

    ReplyDelete
  2. Oooo...Emas Sri Pinang ada ye untuk cuci emas. Leoas nih bolehlah cuci emas kat sini jer senang kan

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.