Cendol Kelapa Sodap tekau!

Thursday, April 12, 2018

Rasanya pertama kali dengar cendol kelapa. Terasa jakun bila nampak cendol kelapa. Mulanya nak beli air kelapa je tapi bila nampak banner cendol kelapa sodap tekau tu terus rasa nak! Nak! Nak jugak! Sekali bila cendol kelapa sodap ni sampai ke tangan. Perghh dia punya presentation memang boleh buat kagum sekejap. Wow sangat!

Untuk mengekalkan keaslian air kelapa tu peniaga menggunakan buah kelapa sebagai bekas dan keluarkan sikit air kelapa letak dalam plastik lain. Air kelapa yang tinggal dicampurkan dengan cendol dan paling menarik sekali topping dia letak ais krim, kekacang dan coklat syrup. Memang sodap tekau (sedap kata kau).


Memang tak rugi lah beli cendol kelapa sodap tekau ni. Memang nak repeat beli kalau balik kampung kat Pilah. Sekali beli boleh dapat bekas tupperware tu sekali kalau bungkus bawa balik dan dapat air kelapa lebihan yang dikeluarkan sebelum masukkan cendol.

Kalau makan kat situ memang dapat buah kelapa tu je bekas dia dan harga mungkin murah sikit. Tak silap Fiza yang bungkus bawa balik ni harga dia dalam RM6-8 macam tu. Lupa pula sebab dah lama sangat Fiza peram entri ni terus terlupa. Nanti kalau beli lagi, Fiza update harga sebenar.



Kalau kau orang terlalu atau tersinggah kat Kuala Pilah, boleh singgah kat Tanjung Cendol Kelapa ni di Tanjung Ipoh, Kuala Pilah. Selain Cendol kelapa, ada menu lain yang memang menggoda kalau singgah sini tak tahu nak pilih mana satu iaitu ABC Tembikai, ABC Kelapa dan Laksa Utara. Musim panas ni memang sedap kalau makan something yang menyejukkan tekak. Kann...Tengok gambar cendol kelapa pun dah terliur. =__='

Opss..ini bukan entri berbayar. Saja berkongsi tempat makan best di Kuala Pilah. Nanti kau orang terjah lah ye.

with love,
Sihatimerahjambu

7 comments

  1. Alaaaa..sajer la ni..akak plak dah lama x balik Pilah kan....aduhai kena cari la ni...sodap nampak eh tu..

    ReplyDelete
  2. wah ni kena try balik Pilah nanti ni..

    ReplyDelete
  3. singgah petang..
    aduhai..panas² sedapnya kalau dapat minum...

    ReplyDelete
  4. wow sedap tekau ye. bilalah boleh rasa ni

    ReplyDelete
  5. Sedapnyaaa. Lain daripada yang lain ni, selalu durian aje. Kelapa pulak sekarang. Heheh :)

    ReplyDelete
  6. la, ingtkn apelah mksud tekau tu..hihi..
    sedap mkn ptg2 sambil chillex, sedapnyaa

    ReplyDelete
  7. panas litlit ni memang sedap pekena cendol kelapa ni..akak tak pernah rasa lagi ni..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

LATEST PHOTOS ON INSTAGRAM @azhafizah.mdnor

All rights reserved Blog Sihatimerahjambu