Musim Sejuk di Bulan Mac

Monday, March 05, 2018

Dah masuk hari kelima bulan Mac baru berkesempatan nak update entri. Bukan sibuk tapi mood kurang sihat. Seminggu berlalu dengan tekak kering, batuk-batuk, selsema, suara bertukar serak ala-ala husky voice. Ada orang kata suara rock, ada yang kata suara sexy. Whatever it is suara macam ni memang tak selesa nak bercakap, makan dan lain-lain. 

Seminggu jugalah bertarung menghadap penyakit semua ni. Boleh dikatakan cuaca panas sepanjang bulan februari lepas ramai yang jatuh sakit dan kadang kala cuaca pun berubah-ubah. Itu salah satu faktor punca penyakit yang datang. Takpelah, dugaan dan anggaplah sakit itu penghapus dosa. Ada hikmahnya bila sakit, boleh rehat lebih sikit. Betul tak?


Syukurlah masuk bulan mac ni boleh dikatakan cuaca tak sepanas bulan februari yang lepas dan hari-hari pun hujan akan turun. Sejuk sikit lah rasa acah-acah musim sejuk. Kalau bercuti ke tanah tinggi mesti lagi syok terasa sejuknya tu. Masa musim sejuk macam ni lah memang masa yang tepat untuk bercuti ke Cameron Highland ke, Genting Highland ke, Bukit Tinggi ke, Bukit Fraser ke kan?

Tapi musim sejuk macam ni kena berhati-hati juga walau dimana kau orang berada. Semoga Allah lindungi kita semua daripada segala bencana. Aaminnn... Bulan Mac ni Fiza takde perancangan apa-apa. Cuma nak kena aktif semula lah buat kerja design semua. Misi menyiapkan design untuk sampul duit raya. Siapa nak tempah, boleh tempah awal. Senang cepat siap dan boleh rehat awal bulan puasa nanti kan.

Adik-adik yang bersekolah confirm tak sabar nak tunggu cuti sekolah seminggu nanti tu. Dan hujung minggu kita pun sibuklah ke sana kemari attend kenduri kahwin. Memang meriah orang buat majlis kenduri kahwin masa cuti sekolah ni. Apapun semoga dipermudahkan segala urusan semua orang dibulan mac ni. 
With Love,
image

11 comments

  1. lama tak singgah sini.. eyra pun ni baru je sihat.. anak anak pun ritu silih berganti demam.. fuh..btw take care dear :D

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan segala urusan

    ReplyDelete
  3. Bulan lepas memang panas sungguh, rasa berbahang sangat walaupun baru lepas mandi.

    ReplyDelete
  4. yeay..bulan mac,bulan yang dinanti² kan...heheheh

    ReplyDelete
  5. GWS dear...
    skrg ni siang panas liklak.. mlm sejuk kan...

    ReplyDelete
  6. semoga dipermudahkan urusan sis. sekarang sudah kurang panas dari bulan lepas. hujan panas hujan panas.

    ReplyDelete
  7. Semoga segera sembuh........rehat banyak..minum air masak banyakk...... sayangi diri anda..hehe~

    Sis Fiza, Kalau dah bebetul sihat, jomlah join....Giveaway Nona, syart simple jer~
    http://nonasani.blogspot.my/2018/03/giveaway-hi-nona.html

    ReplyDelete
  8. cuaca sekarang berubah-ubah, kejap hujan lebat kejap panas terik. Badan ni pun dah tak daya sangat dah

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

LATEST PHOTOS ON INSTAGRAM @azhafizah.mdnor

All rights reserved Blog Sihatimerahjambu