Design Sampul Duit Raya Hipster 2018 by Azhafizah Network

Wednesday, March 14, 2018

Ye, tahu. Raya lambat lagi. Sajalah nak promote awal design sampul duit raya hipster untuk tahun 2018 ni sebab sekarang pun dah ramai yang tempah awal. Alang-alang dah ada yang tempah awal, Fiza siapkan beberapa design terbaru untuk tahun ni. Tahun ni tak banyak design Fiza siapkan sebab kekangan masa dengan urusan family. 


Kalau ada masa nanti Fiza akan tambah design. Kalau sibuk sangat, setakat ini je lah dulu tambahan design yang baru. Design untuk tahun ni Fiza ketengahkan corak batik dan songket yang ada kena mengena dengan tema raya. Sesiapa yang bertemakan baju raya batik atau songket tu bolehlah pilih antara dua design ni.




Selain dua tu, Fiza pilih tema bunga raya bunga kebangsaan Malaysia yang juga kena mengena dengan raya. Perkataan 'raya' mungkin. Sesuailah kot kan dengan hari raya tu. Dan beberapa lagi tema bunga-bungaan lain seperti jasmeen, bunga kertas dan bunga entah apa nama pun Fiza tak pasti.







Ehhh...Nanti dulu! Ada lagi ni. Untuk kau orang pencinta kucing, Fiza sediakan corak lukisan kekucing yang comel-comel ni. Dan ketinggalan corak owl comel pun ada. Kali ni semua design Fiza buat depan belakang. Kalau sebelum ni kebanyakkan corak depan je. Tahun 2018 ni Fiza bagi lebih sikit pada bahagian belakang sampul duit raya. Barulah meriah sikit design tu.



Pada bahagian belakang yang kosong tu bolehlah nak tambah apa apa ayat ataupun nama sendiri. Kalau kau orang jenis suka sampul duit raya custom made hipster dan rare ni bolehlah tempah sekarang. Open order untuk kuantiti yang sikit, minimum 20pcs.

Size : 6.5inci x 3.4 inci
Black laser printed
Recycle Kraft Paper Paper 120gsm
Glueless
Minimum order : 20pcs

Harga Sampul Duit Raya Hipster

20pcs = RM12
30 pcs = RM18
40 pcs = RM24
50 pcs = RM30

Postage RM8 SM | RM11 SS



With Love,
image

23 comments

  1. Cantiknyee...

    http://www.byshaz.blogspot.my

    ReplyDelete
  2. serius hipster sangat ;)
    harga pun amat berpatutan.

    ReplyDelete
  3. Cantiknya semua design. Menangis tengok hee.
    Ika datang singgah sini dengan entry baru. https://ikashoid.blogspot.my/2018/03/bersyukurkah-kita.html

    ReplyDelete
  4. wah cantiknya
    tiba2 rasa teringin nak buat
    hahaha

    ReplyDelete
  5. Cantinya jarang-jarang jumpa sampul duit raya camne

    ReplyDelete
  6. wahhh cantiknya bunga dengan kucing tu! Insya-allah nanti nak order lah :D

    ReplyDelete
  7. Design Cun ! Harga murah..memang berbaloi-baloii ni kalo tempah..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

LATEST PHOTOS ON INSTAGRAM @azhafizah.mdnor

All rights reserved Blog Sihatimerahjambu