Dinner Berdua Celebrate Birthday

Tak habis lagi ke kisah birthday awak Puan Fiza oiii? Jawapannya, belum lagi sebab belum move on. Ha Ha Ha, aku ketawaaa..opss, terkena jampi lagu jampi Hael pula. Sebenarnya dah move, ini final chapter entri birthday Fiza untuk tahun ni. Sebenarnya tak plan nak makan-makan pun, just celebrate birthday hanya sekadar potong kek je kononnya.

Tapi semuanya tu hanya drama je. Petang tu dah terasa macam kurang rajin untuk masak dinner. Sudahnya ajaklah husband makan kat luar acah-acah celebrate birthday. Memandangkan tinggal sekeping voucher Kenny Rogers yang masih belum redeem. So, decide pergi makan kat Kenny Rogers Roaster kiranya macam special dinner table for two. Jimat pun jimat kan.



Well, takde lah barcandle light dinner bagai. Cukup sekadar simple dinner berdua. Nampak tak muka happy dapat makanan yang wah sangat ni. Tapi kecewa sebab ayam dan muffin yang dihidangkan sejuk. Kalau ye pun dah masak beberapa jam lepas. At least panaskan lah kejap. Aduhh, potong selera betul. Malas nak komplen nanti hal lain pula yang datang. Belajar bersyukur lah dengan rezeki depan mata. 


Alhamdulillah kenyang ya amat kalau order menu Set Kenny's Chicken & Pasta Meal ni walaupun portion pasta sikit je tapi dah cukup buat perut rasa kenyang dan cheese tu tak rasa muak bila makan banyak. Sekali hadap licin pinggan dan boleh buat kau orang bersandar terus. Sumpah kenyang! Tapi janganlah tunjuk sangat yang kau orang tersandar kekenyangan tu. Cover-cover lah sikit.


Sekian penutup entri birthday Fiza tahun ni. Moga dipanjangkan usia celebrate tahun depan pula dan dimurahkan rezeki dapat merasa semua ni dan terima kasih buat semua mendoakan yang baik-baik. Semoga semua doa dimakbulkan oleh Allah SWT. Aamin...

with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. Best bila birthday kan..kalau boleh nak sambut sebulan...

    ReplyDelete
  2. sama la kite sis..entry bday 12/2017 pun x buat lagi..malasss tp tu la..x buat kang xde kenangan..ekeke... walhal plan konon x nak celebrate..tp makan2 jer dah 2-3x ala celebrate..kuikuii

    btw, happy bday sis..semoga murah rezeki..panjang umur..sihat walafiat dan dikurniakan apa yg kita hajati selama ni.. amin2 <3

    ReplyDelete
  3. sedap tu.. birthday paling penting dapat spend time dgn orang yang kita sayang. itu paling berharga sbenarnya kan.. hadiah ke apa ke tu semua bonus =D

    ReplyDelete
  4. wah..sedapnya menu tu...sweet kan bila dinner berdua sambut sesama....

    ReplyDelete
  5. kenny rogerss mmg pilihan hati. ayam dia tu sedap!

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.