Redeem Voucher Petronas @Kenny Rogers ROASTERS

Bila dapat voucher memang jarang sekali nak redeem. Tahu-tahu bila tengok date valid dah expired. Kecewa! Siapa macam tu? Kalau Fiza, tengok juga terma dan syarat voucher tu macamana. Kalau kena beli sampai ratusan dan ribuan memang tak pandanglah voucher tu. Kalau voucher yang berbaloi memang harus kena tebus voucher tu sebelum expired.

Siapa yang isi minyak di Petronas mesti ada dapat voucher macam dalam gambar bawah ni kan. Fiza tak pasti isi minyak berapa RM baru dapat voucher ni sebab husband yang bagi voucher ni lepas isi minyak. Dapatlah 4 voucher, 2 voucher untuk redeem di KFC dan 2 lagi voucher redeem di Kenny Rogers Roasters.


1 voucher Kenny Rogers Roasters dah selamat Fiza redeem. Sebelum redeem tu kau orang sila-silalah rajin membaca ye. Takut tersalah faham. Voucher ni valid untuk makan di restoran yang berkenaan, erti kata lain 'Tak boleh take away'. Semak dulu valid date tu, takut expired pula masa nak guna. 

Hari tu dapatlah redeem Set Kenny's Chicken & Pasta Meal ni. Buy 1 Free 1. So bayar 1 harga je dapat 2 set. Satu set ni harga RM22.50. Sangat berbaloi guna voucher tu. Disebabkan makan kat situ, kenalah order air juga kan. 


Fiza order air cappuccino panas dan tambah RM5 dapat set aiskrim dan 1 ketul muffin. Jadilah 3 ketul muffin. Total loss RM49.++ dan jimat RM22.50 tu. Kalau kau orang dapat voucher tu cepat-cepat lah redeem sebelum expired. Kalau tak rugi juga tu.


Lepas ni kena pergi KRR lagi sebab nak redeem lagi satu voucher tu. Terima kasih Petronas!


10 comments:

  1. setakat ini dapat voucher ais krim mcD jee..

    ReplyDelete
  2. AKAK DAPAT SUNDAE MCDONALDS..entah bila nak redeem..

    ReplyDelete
  3. Br juga redeem voucher Kenny Rogers yg dpt dr Petronas ni.. Mmg jimat kn.. Sbb 1set pn dh rm22.50..set pasta kami order 2 jenis

    ReplyDelete
  4. wow memang berbaloi,,dpt vocher kfc je,,lain2 smua zalora,,hampa,,dpt kenny rogers best jugak

    ReplyDelete
  5. saya la tu...ada voucher tapi tak tersempat2nya nak g tebus :D

    ReplyDelete
  6. best ar makan sedap2 dengan redeem voucher jak..

    ReplyDelete
  7. bestnya dapat redeem voucher. lama jugak tak layan kenny rogers ni.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.