Nasi Biryani Tersedap di Seremban

Thursday, January 04, 2018

Entah kenapa ada satu hari tu teringin sangat nak makan nasi biryani tapi kedai jual nasi biryani yang terdekat tutup pula. Sudahnya husband google je kat mana kedai jual nasi biryani masa tu. Alhamdulillah jumpa satu kedai ni nama dia Restoran Baryani Kambing 30 hari. Ala-ala nama kedai Nasi Kambing 40 Hari yang terlajak laris tu.

Pertama kali cuba terus rasa itulah nasi biryani paling sedap yang pernah Fiza rasa di Seremban ni. Itu ikut tekak dan selera Fiza dan husband lah. Kalau tekak dan citarasa orang lain mungkin lain. Tapi seriously Fiza sangat puas hati dengan rasa nasi biryani daripada Restoran Baryani Kambing 30 Hari ni. Sejak tu tak cari tempat lain dah. Kalau rasa nak makan nasi biryani, harus lah pergi situ terus. 

Biryani atau nama lainnya beriani/briani/briyani/baryani adalah hidangan nasi yang dimasak bersama rempah-rempah, sayuran dan daging.  


Selain Nasi biryani gam Johor, ada mee bandung Muar, nasi arab dan pelbagai menu western dan masakan panas yang lain. Kebanyakkannya menu daripada Johor ni. Lepas ni Fiza nak cuba mee bandung Muar pula. Sama tak dengan mee bandung muar sebenar tu. 


Kalau nak datang ke Restoran Baryani Kambing 30 Hari ni, kau orang gunakan google maps atau waze je. Sesiapa peminat Nasi Biryani tu, silalah cuba rasa disini. Fiza sekadar berkongsi tempat makanan sedap je. Kau orang pun kalau makan mesti nak cari yang sedap kan.

 Lokasi  Restoran Baryani Kambing 30 Hari

2, Jalan Orkid 2, 
Taman Senawang Indah, 
70450 Seremban, 
Negeri Sembilan

Biasanya Fiza beli bungkus bawa balik je. Penuh satu pinggan besar ni. Harga pun berpatutan pada Fiza setanding harganya. Satu pinggan/bungkus RM11.00. Fiza beli ayam je sebab tak makan kambing. Acar timun dan nenas pun sedap! Kalau lagi banyak lagi sedap sebab Fiza penggemar sayur lebih.


Fiza yakin, sekali cuba mesti kau orang akan teringat-ingat kesedapan Nasi Biryani ni tau!


with love,
Sihatimerahjambu

13 comments

  1. harus cuma bila balik seremban nanti :D

    ReplyDelete
  2. nanti kalau ada rezeki ke seremban, boleh lah try rasa nasi beriyani ni.
    tp paling suka nasi beriyani yang masak sekali dgn isi daging tu. tak tahu nasi beriyani apa. penah makan pun sebab mak kawan bekalkan masa dekat uni dulu

    ReplyDelete
  3. sama la..akak pun kalau beli briyani mesti acar timun nenas tu letak lebih..sedap kalau ratah je..

    ReplyDelete
  4. dah lama x makan nasi biryani. i am still confuse here. is it biryani or beriyani ?

    ReplyDelete
  5. Terliurnya tengok gamba tu waktu2 macam ni.. D:

    ReplyDelete
  6. nnti otw nk blik kg blh singgah kdai briyani..nmpak menyelerakan..

    ReplyDelete
  7. Sedapnyaaa tenok! Harga murah gak bagi ena. Nanti mai sana, nak try la. Nyumnyumnyum

    ReplyDelete
  8. boleh cuba nanti nie, terima kasih atas info ye.. tengok gambar lapar perut dibuatnya

    ReplyDelete
  9. ohh kat seremban pun dah ada yer. byk tempat mkn baru kat seremban. sejak dah tak kerja seremban, jalan seremban pun dah tak hafal dah hehe..

    ReplyDelete
  10. Terasa lapar pulak tengok gambar nasi beriani ni..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

LATEST PHOTOS ON INSTAGRAM @azhafizah.mdnor

All rights reserved Blog Sihatimerahjambu