Theme Layout

Boxed or Wide or Framed

[Wide]

Theme Translation

Display Featured Slider

No

Featured Slider Styles

Display Grid Slider

No

Grid Slider Styles

Display Trending Posts

Yes

Display Author Bio

Display Instagram Footer

Buat Video Perubahan Muka Dengan Applikasi Facelapse


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Selamat petang! Salam jumaat hari yang penuh barakah. Minggu ni kurang sikit entri yang Fiza publish gara-gara kekurangan cerita yang menarik untuk dikongsikan. Takpelah kan, janji ada sehari 1 entri. Lama-lama nanti ada yang rindu. Rindu ke?Stalker yang rindu kot. Baru-baru ni Fiza ada perasan 1 video yang dikongsikan oleh Stacy sempena Birthday Bella. Tertarik dengan video itu sebab memaparkan perubahan muka Bella dari kecil sehingga sekarang. Macam menarik je macam best dan macam sesuai untuk ditayangkan sempena birthday.


Ramai yang komen bertanyakan pada Stacy tapi tiada jawapan. Fiza pun cari baca komen-komen yang ada dan ada yang beritahu video tu menggunakan apps 'Facelapse'. Cari punya cari, jumpalah apps tu. Pada mulanya Fiza cari menggunakan play store (android) tapi macam kurang menarik. Lepas tu Fiza cuba cari menggunakan apple store(iOS) pula, akhirnya Fiza jumpa apa yang Fiza cari. Tapi berbayar pula. Memandangkan harga apps Facelapse cuma RM3.90. Kira mampu beli lah. Tapi ada pula watermark facelapse dan music satu je. Kalau nak music lain dan tanpa watermark, kena bayar RM19.90. Bagus betul strategi dorang suruh kita beli ye.

Aplikasi facelapse ni kalau tak silap Fiza baru lagi dalam tahun lepas. Agak kurang pasti. Cuma tak ramai yang tahu atau Fiza sendiri yang baru tahu. Almaklumlah, jarang nak explore dalam store. Kalau ada kongsikan applikasi yang menarik je baru lah tercari-cari dan install. Lagipun sekarang kena hadkan applikasi yang ada sebab tak pasal-pasal tak cukup space. Dengan gambar yang banyak lagi. Gambar-gambar lama terpaksa pindahkan dalam hardisk.

Apa yang menarik tentang applikasi Facelapse ni adalah facelapse tu sendiri. Daripada gambar-gambar yang kita dah masukkan menjadikan satu video. Perubahan setiap muka menjasikan kita sendiri teruja teringat zaman-zaman lampau masa kecil-kecil. Applikasi ni best juga untuk digunakan dalam perubahan memakai produk skincare pun boleh. Yang penting Facelapse ni memang menarik. Fiza baru cuba buat 1 video. Kononnya nak buat perubahan setiap tahun tapi malangnya gambar dulu-dulu entah mana nak cari. Jadi, masukkan apa yang ada je la dulu untuk percubaan. Korang boleh tengok betapa menariknya facelapse ni. Muncullah zaman kecomotan dulu-dulu.



Nanti kalau ada anak, confirmlah setiap bulan Fiza ambil gambar dan compile jadi video guna facelapse ni. Tentu seronok dapat melihat perubahan pembesaran anak-anak walaupun hanya dari muka. Yang ada anak tu, bolehlah abadikan gambar-gambar anak jadikan video yang lebih menarik. Nice kan!

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
10 Comments
Share :

Barangan Bayi Murah-Murah di Big Baby Fair


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Selamat pagi! Berita baik untuk para ibu bapa sekalian. Memandangkan peningkatan kos sara hidup yang semakin hari semakin meninggi, kita sebagai pengguna kenalah bijak merancang perbelanjaan dengan lebih baik dalam membuat sebarang pembelian. Disebabkan itu, Lazada ingin berkongsi keceriaan bersama ibu bapa atau bakal ibu bapa sempena kempen “Big Baby Fair yang telah berlangsung dari 29 March hingga 2 April ini

Apa yang menariknya Big Baby Fair boleh menikmati tawaran terbaik dan harga bagi pelbagai jenis produk bayi! Ye, semua barangan bayi murah-murah. Jadi, bolehlah berjimat cermat tapi berbaloi membeli.


Mereka yang membeli berpeluang menikmati diskaun sehingga 80% untuk pelbagai barangan termasuklah lampin, fesyen kanak-kanak dan kelengkapan bayi.

Antara jenama terkemuka yang boleh dapat dengan harga murah-murah sepanjang kempen “Big Baby Fair” termasuklah Mamypoko, Huggies, Nestle, Sweet Cherry, Pediasure, Goo.N, Wyeth, Anakku dan Fisher Price dan banyak lagiHuggies juga menawarkan harga diskaun sehingga 43% untuk kesemua jenis lampin bayi. Menarik kan?


Tanpa perlu bersusah payah keluar dari rumah dan bersesak, boleh membeli belah barangan bayi dengan mudah di Lazada Malaysia. Pelanggan pula ditawarkan dengan pelbagai cara pembayaran mengikut kehendak pelanggan sendiri. Sangat memudahkan kerja pembeli.

Bukan sahaja pembeli akan menikmati diskaun hebat dan jualan segera daripada jenama di atas tetapi boleh juga mengharapkan penghantaran percuma apabila membeli produk terpilih!
Selain itu, pembeli  juga berpeluang untuk memenangi hadiah hebat dengan menyertai peraduan di social media Lazada Malaysia.


Lazada Big Baby Fair Blogger Contest
Blogger-blogger Malaysia juga berpeluang untuk memenangi Lazada Malaysia shopping voucher dengan menyertai Lazada Big Baby Fair Blogger Contest. 6 Blogger bertuah berpeluang memenangi voucher membeli-belah Lazda Malaysia bernilai RM500 setiap seorang. Lazada Big Baby Fair Blogger Contest bermula pada 27 March dan akan tamat pada 2 April 2017.

Sila ke http://www.lazada.com.my/blogger-contest/ untuk maklumat lanjut.
Jangan tunggu lama-lama nanti melepas, inilah masanya untuk membeli-belah! Layari Lazada Big Baby Fairsekarang. 


Rugi kalau berita gembira ni tak di sebarkan. Sila klik share dan kongsikan berita gembira ini pada semua.



With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
13 Comments
Share :

Menu Diet : Ikan Masak Singgang Paling Senang dan Cepat


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Hai semua orang! Setelah berhari-hari Fiza tak update blog gara-gara kesibukan. Kesibukanlah sangat kan. Sibuk yang ditambah dengan sakit dan perlukan rehat. Hari ni barulah dapat kembali berblog dengan resepi menu diet yang Fiza amalkan sekarang. Antara menu diet yang paling senang dan cepat masak ialah Ikan Masak Singgang. Bukan menu diet je. Menu orang berpantang/orang sakit pun boleh juga.


Cara masak ikan masak singgang ni ada pelbagai cara dan pelbagai versi. Kalau Fiza, ikut versi mudah-mudah je. Nak senangkan kerja masak dan cepat masak. Biasanya Fiza akan buat hidangan untuk 2 orang.



Bahan-bahan
2 Ikan kembung/selar
2 biji Bawang merah 
2 ulas Bawang Putih
1 inci halia
1 inci kunyit 
1 batang serai
1 keping asam keping
Air

Bahan-bahan di atas Fiza potong halus je dan serai ketuk-ketuk je. Nak pedas sikit letak cili besar.

Cara Masak Ikan Masak Singgang

1. Didihkan air secukupnya dalam periuk. Kalau nak kuah lebih letak air lebih.
2. Setelah mendidih, masukkan bahan-bahan yang telah dipotong dan serai yang telah diketuk tadi.
3. Kemudian masukkan ikan yang dah siap dibasuh dan tunggu je sampai masak. Biasanya ikan masak singgang ni sekejap je dah masak.

*untuk menu diet tak perlu letak garam. Tapi kalau tak biasa, letak garam sikit dan memadai.



Senang ya amat nak masak ikan masak singgang ni. Tak perlu nak menumis bagai. Tak perlu nak tunggu lama dan paling suka sebab cepat masak. Sedap pun sedap. Lagi-lagi menghirup kuah singgang. Boleh kenyang cepat.

Menu ikan masak singgang memang popular dalam menu diet. Kena dengan citarasa tekak orang melayu. Masakan rebus tanpa minyak memang sesuai untuk mereka yang berdiet. Jadi, kalau sedang berdiet tu, boleh masak ikan masak singgang kalau takde idea.                 



With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
8 Comments
Share :

Barangan Menarik Dalam Lazada Surpri5e Box


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Seperti yang dijanjikan, Fiza akan buat entri susulan daripada Unboxing Lazada Surpri5e Box. Nah, ini entri serba ringkas tentang barangan-barangan menarik yang Fiza dapat. Korang pun boleh dapatkan dengan HARGA MURAH-MURAH sempena Ulang tahun Lazada ke-5. Serius murah! Sebelum semua membeli belah sakan di Lazada, Fiza nak tunjuk sikit beberapa barangan yang mungkin juga korang berminat untuk dapatkannya juga.


Apa yang Fiza dapat dalam kotak Lazada Supri5e Box adalah seperti barangan elektrik, barangan kecantikan, barangan untuk rumah, makanan dan beberapa barangan lain. Paling Fiza teruja barangan elektrik sebab sangat berguna untuk kehidupan harian Fiza. Selain tu barangan kecantikan sangat-sangat diperlukan oleh kaum perempuan terutamanya surirumah yang sibuk. Tentulah nak jaga kecantikan juga. Untuk maklumat lanjut setiap barang, klik je pada setiap nama barangan tu. Fiza dah memudahkan kerja korang untuk mencari di Lazada nanti.

Barangan Kecantikan dan Barangan Elektrik





Fiza dah cuba beberapa barangan yang Fiza dapat, antaranya Personal Blender. Seronok guna personal blender ni sebab memudahkan kerja menyediakan minuman buah yang berkhasiat dengan cepat dan ada 2 tumbler yang comel untuk bekalan. 

Selain tu, Fiza gunakan home fragrance Hush Puppies yang super wangi tu. Harum semerbak satu rumah bila bau starry nights tu merebak. Pertama kali Fiza gunakan home fragnance jenis ni. Bertambah aura mewangi dalam rumah.

Kalau korang berminat untuk dapatkan barangan yang Fiza dapat ni dengan harga murah-murah, korang boleh shopping cepat sementara masih ada LAZADA BIRTHDAY SALE yang sedang berlansung. Sale kaw-kaw sehingga 90% dan barangan RM1 pun ada tau! Korang kena cepat untuk rebut peluang dapat membeli belah dengan harga murah. Bukan je jimat belanja, malah lebih berbaloi. Jom kita serbu sekarang!!!

>>>LAZADA BIRTHDAY SALE<<<

Happy Birthday Lazada!
Thank you Lazada!
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
12 Comments
Share :

Mendaki Bukit Broga Di Laluan Baru


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Selamat pagi! Sangat-sangat seronok kalau pagi-pagi perdi mendaki gunung atau Bukit. Rasa segar dapat hirup udara yang segar dengan permandangan hijau. Hari ahad lepas baru dapat capai hajat nak mendaki Bukit Broga. Walaupun dah berkali-kali mendaki Bukit Broga, apa yang buat Fiza teruja sangat nak mendaki kali ni sebab nak ikut laluan baru yang lagi tough katanya.

Untuk trip mendaki ke Bukit Broga ni Fiza pergi berdua je dengan husband. Seperti yang telah dirancang, kamiorang pergi hari ahad lepas. Malam sabtu tu hujan lebat sangat-sangat. Kalau hujan sampai ke pagi memang tak dapatlah kamiorang nak mendaki. Alhamdulillah pagi tu cuaca okay je walaupun mendung sikit. Risau juga kalau hujan.

Dari rumah gerak dalam pukul 7 lebih dan sampai Broga lebih kurang pukul 8 lebih. Sampai je sini dah penuh dengan kereta. Terpaksalah parking kat tepi jalan luar ni. Kalau parking kat dalam, bayaran RM 3.00 akan dikenakan, parking kat tepi jalan free je.


Kamiorang terus berjalan santai mendaki pada trail permulaan. Trail biasa-biasa je.

Lepas tu korang akan jumpa pintu gerbang ni. Di sini ada gerai-gerai jualan minuman dan makanan. Paling tempting dengan air kelapa. Hujung minggu agak meriah sikit ramai orang. Lagi ramai lagi seronok mendaki kan. Di sini ada dua jalan. Sebelah kiri, yang ada meja (kat board tu ada tulis ketua Kampung Broga) dan khemah kuning tu adalah jalan lama dan terus sampai ke puncak pertama Bukit Broga. Kalau nak ikut jalan lama ni, tol sebanyak RM 1.00 akan dikenakan.


Untuk laluan baru, korang terus lalu ikut pintu gerbang ni dan akan sampai ke puncak ke dua tanpa melalui puncak pertama Bukit Broga.


Dah masuk laluan akan melalui laluan turun naik dalam ladang pokok getah. Trail yang agak best juga berbanding laluan lama. Menduga kekuatan kaki jugalah.


Lebih kurang setengah jam mendaki laluan hutan, hampir sampai ke laluan yang lebih mencabar. Semua gambar trail Fiza ambil masa nak turun. Sebab masa naik terus daki je malas nak bergambar.


Kemudian bermulanya mendaki yang lebih mencabar. Disebabkan malam tadinya hujan, makanya nak mendaki trail tanah bukit yang licin ni agak susah. Nasiblah ada bawa hiking pole. Nak melalui trail ni bukan mudah. Banyak kali juga Fiza berhenti. Penat disebabkan cuaca agak panas dalam pukul 9 pagi macam tu tapi macam dah tengahari.


Trail ni nampak mendatar je tapi curam ye. Tapak kasut yang elok sangat memainkan peranan. Kalau jenis tapak kasut licin je memang boleh tergelincir. Haruslah pakai kasut yang sesuai.


Lebih kurang dalam setengah jam mendaki laluan lereng bukit yang agak licin ni, akhirnya sampai juga di Puncak kedua Bukit Broga. Dah sampai puncak of courselah nak rehat-rehat dulu. Sambil berehat barulah minum air dan makan coklat. Lepas hilang penat barulah ada feeling nak ambil gambar.


Rehat tak lama pun sebab cuaca pun panas. Kat puncak bukan ada pokok besar nak berlindung dari panas. Setakat lalang-lalang cantik trademark Bukit Broga je ada. 


Sangat rugi kalau tak ambil gambar-gambar kat puncak Bukit Broga ni sebab permandangan sangatlah cantik. Lagipun dah berpenat lelah mendaki kan, haruslah kena ambil gambar kenangan tandanya dah berjaya sampai ke puncak. Fiza dah naik Bukit Broga ni kali kelima tapi inilah baru pertama kali sampai ke puncak kedua. Sebelum ni, puncak pertama je mampu. Puncak berikutnya tak pasti bila akan sampai.



Cabaran untuk turun lagilah mencabar sebab laluan licin. Silap langkah boleh tergelincir ke bawah terus. Lagi laju sampai kan. Tapi bahaya ye. Yang lelaki semua seronok berlari masa turun, Fiza yang naik risau. Disebabkan tanah masih licin, ramai yang tergelincir jatuh walaupun menggunakan tali. Kena hati-hati sangat bila mendaki waktu licin. Cuaca panas pun tak sempat keringkan tanah. 


Tak sampai sejam dah sampai bawah. Laluan baru ni macam lagi dekat je Fiza rasa tapi agak mencabar naik turun tu. Tapi kalau korang pendaki tegar confirm tak sampai setengah jam dah sampai puncak. Pendaki biasa macam Fiza ni just nak warm up kaki yang lama tak mendaki ni. Berpeluh jugalah. Alhamdulillah kali ni tak sakit kaki cumanya petang lepas berehat semua tu, Fiza demam panas 2 hari. Mendapatlah mendaki dalam cuaca yang panas. Terpaksalah blog bercuti tanpa update. Kerja pun banyak tertangguh. =__=' Tapi takpe, yang penting lepas hajat nak mendaki Bukit Broga di laluan baru. 

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
9 Comments
Share :

Unboxing Lazada Surpri5e Box Bernilai RM400


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Amboi amboi amboi. Teruja tengok nilai RM400 bila Lazada email bagitahu yang Fiza antara blogger yang terpilih menerima Lazada Surpri5e Box Lazada. Memang tak sabar sungguh nak tunggu Surpri5e Box sampai. Sebelum ni Fiza pernah dapat Parcel Of Joy dan alhamdulillah ada rezeki kali ni dapat Lazada Surpri5e Box pula.

Minggu lepas #LazadaSurpri5e #LazadaSurpri5eBox jadi trending di media sosial disebabkan ramai blogger yang dapat kotak yang superb best ni. Mana taknya macam-macam barangan ada. Memang sangat-sangat surprise! Pada blogger yang meluahkan rasa kecewa tak dapat tu, jangan kecewa. Rezeki lain ada menanti korang. 

Sebenarnya Fiza dah reveal apa yang ada dalam Lazada Surpri5e Box yang Fiza dapat di instagram. Fiza upload video lagi bagi korang puas hati. Eh, korang pun tak sabar-sabar nak tahu apa yang Fiza dapat kan.

Antara barangan yang Fiza dapat dalam Lazada Surpri5e Box adalah:
  1. Pensonic Personal Blender
  2. Cornell Hair Dryer
  3. Signature Snack- Milo Gula Melaka Cashew Granola
  4. Signature Snack- Salted Vanilla Cashew Crumble
  5. Signature Snack- Cranberry Almond Cruncher
  6. Nestum- Banana Caramel
  7. Omega Plus-Milk with oats
  8. Himalaya Herbal- Nourishing Skin Cream
  9. Kinohitmitsu-Collagen 5300mg with Perilla Seed
  10. A6 Size Notebook Bottle Lazada
  11. Hush Puppies- Home Fragrance (Starry Night)
  12. Hush Puppies Toy
  13. Voucher Photobook
  14. Stickers Lazada

Setiap satu barang tu nanti Fiza akan review satu persatu dalam entri akan datang ye. So korang boleh dapatkan juga di Lazada nanti. Surprise Box kali ni lebih wow dan lebih meriah dari yang sebelum ni. Terima kasih Lazada Malaysia! Suprise Box kali ni sempena ulang tahun Lazada yang ke 5. Dan korang kena siap sedia shopping sakan di Lazada pada 22-24 March 2017 sebab sale kaw kaw sehingga 90%. Fiza pun tak sabar nak tunggu LAZADA BIRTHDAY SALE. Tengah berkira-kira apa yang nak di beli nanti. Boleh jimat lebih sikit berbelanja kalau ada sale ni. Jadilah pengguna yang bijak berbelanja. Cewahhh... Sebelum tu, layan video unboxing kat bawah ni.

Happy Birthday Lazada yang ke-5

Untuk ketahui maklumat lanjut terkini :
website : Lazada.com.my
instagram : @lazada_my
facebook : LazadaMalaysia


With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
10 Comments
Share :

Cheque Nuffnang Yang Terakhir Mungkin


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hati berbunga-bunga bila cheque Nuffnang sampai. Blogger mana yang tak seronok kalau dapat duit hasil daripada blog. Seronok ya amat! Alhamdulillah. Walau berapa pun jumlahnya, sekurang-kurangnya dapat tambah duit belanja sikit daripada takde. Kalau tahun lepas boleh di katakan setiap bulan ada rezeki Fiza cashout duit Nuffnang ni. Tapi tahun ni rezeki Nuffnang agak berkurang.

Ramai antara blogger yang kecewa dengan Nuffnang disebabkan earnings yang sangat-sangat slow. Kalau dapat CPUV (COST-PER-UNIQUE-VISIT) campaign pun, kenaikan earnings setiap hari sen-sen je. Bayangkan CPUV campaigns dapat pada 28 Feb 2017 dan jumlah earnings pada 16 March 2017 hanya RM1.48 je. Cuba kira berapa hari kumpul untuk dapat RM1.48 tu. Agak-agak berapa hari pula nak kumpul limit cash out tu? Confirm lah berbulan-bulan baru dapat cash out lagi. Sedih kan? itulah sebabnya ini cheque nuffnang yang terakhir mungkin. Mungkinlah.


Setakat ni Fiza masih letak lagi 1 iklan Nuffnnang dalam blog disebabkan tiada iklan yang baru. Fiza masih dalam proses permohonan google adsense. Ini entah kali ke berapa Fiza apply entah. Harap-harap kali ni dapat lah. Aaaminn... nak jugak merasa income dari google adsense pula. Iklan innity pun dah makin slow juga. Bila dua-dua dah slow memang kena cari alternatif lain la untuk income dari blog ni. Dari ruang terbiar kosong, baik letak sesuatu yang lebih mendatangkan hasil.

Korang ada cadangan tak nak apply pengiklanan apa lagi selain google adsense yang boleh mendatangkan hasil yang lebih baik? Kalau ada meh la share kalau sudi. Kalau takde, terpaksalah setia bersama Nuffnang. Nak merajuk pun bukan Nuffnang naikkan eranings pun kan. Ramai blogger yang dah say bye bye kat Nuffnang. Kebanyakkannya macam nak melepaskan Nuffnang terus. Tak tahu nak kesian kat Nuffnang ke nak kesiankan diri sendiri. Bertabahlah dengan apa yang jadi. Moga ada rezeki yang lebih baik akan datang. Harap-harap begitulah. Yang penting, berusaha selagi boleh. Jangan cepat kecewa okay! Percaya pada rezeki masing-masing.

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
24 Comments
Share :

Nasi Perang Untuk Diet


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Dalam proses menurunkan berat badan dengan mengamalkan pemakanan seimbang (diet), kita perlu memilih bahan makanan yang terbaik untuk dapatkan hasil yang terbaik juga. Daripada panduan diet yang diberikan. Sebaiknya nasi putih di gantikan dengan nasi perang.

Kenapa Beras Perang Terbaik Untuk Diet?


Beras perang di katakan sejenis beras yang kurang diproses dan mengandungi nutrisi yang tinggi. Sangat bermanfaat kepada kesihatan dari pelbagai segi untuk dijadikan makanan harian yang sangat baik dan merupakan sumber karborhidrat yang sihat kerana memiliki nutrien seperti vitamin B, fosforus, selenium, potasium dan magnesium. Untuk diet harian Fiza, Fiza gunakan berang perang yang tinggi serat. Harga beras perang mahal sikit berbanding beras putih biasa. Tapi okaylah sebab untuk sekali hidangan hanya makan segenggam nasi perang sahaja.

Khasiat Beras Perang

1. Mengurangkan risiko kanser kolon

Beras perang mengandungi kadar selenium yang tinggi, dan juga terdapat fenol yang dijumpai di dalamnya sekali gus mengaitkan fungsi beras perang dalam mengurangkan risiko kanser kolon. Tahap fenol dalam beras perang ternyata lebih tinggi dalam berbanding beras biasa. Manakala, kandungan serat yang tinggi mendorong kepada kolon dan sistem penghadaman yang sihat.

2. Mencegah sakit jantung

Pengambilan beras perang yang tinggi dalam diet dapat membantu dalam mencegah penyakit kardiovaskular. Ini kerana ia mengandungi kandungan serat yang mencukupi. Terdapat kajian yang mendapati lapisan tisu yang berada di sekeliling beras perang dapat mengurangkan tindakan protein Angiotensin II yang diketahui meningkatkan tekanan darah.

3. Perlindungan daripada kanser payudara

Pytonutrient Lignin yang terdapat di dalam beras perang dikatakan membantu untuk menyekat sel kanser pada payudara.

4. Mengurangkan kolesterol

Salah satu kelebihan yang terdapat pada beras perang yang dapat dilihat jelas adalah mengurangkan tahap kolesterol jahat atau kolesterol LDL di dalam darah. Ini kerana ia bertindak sebagai serat mudah larut sangat baik untuk menyerap lemak ini.

5. Mengekalkan berat badan seimbang

Apabila mengambil diet yang tinggi serat, sekali gus membuatkan rasa kenyang dalam masa lebih lama dan seterusnya mengurangkan pengambilan makanan. Hal ini termasuklah mengekang anda daripada teringin mengambil makanan yang manis

6. Membantu penghadaman

Melalui kandungan serat mudah larut yang terdapat dalam beras perang, ia akan menyerap air di dalam usus seterusnya menyebabkan pembuangan najis lebih lembut dan mengelakkan berlakunya sembelit.

7. Mencegah batu karang

Kajian yang dilakukan pihak American Journal of Gastroenterology mendapati serat yang terdapat pada beras perang berperanan mengurangkan risiko batu karang di kalangan kaum wanita.

8. Mengawal kadar gula dalam darah

Pengambilan beras perang akan menyebabkan penghadaman karbohidrat lebih perlahan berbanding pengambilan nasi putih biasa. Ini bermakna pengeluaran gula dalam darah akan lebih terkawal ditambah dengan faktor kandungan glicemic index (GI) yang lebih rendah dalam beras perang. Ia mampu membantu menstabilkan paras gula serta mengurangkan risiko perkembangan diabetes jenis 2.

9. Makanan bayi yang sempurna

Ia menjadi alternatif yang bagus kepada pemakanan bayi yang sedang membesar berbanding bijirin yang diperbuat daripada beras biasa.

10. Tulang yang sihat

Beras perang menjadi sumber yang baik untuk magnesium yang menjadi kunci kepada tulang yang sihat. Magnesium membantu mengurangkan berlakunya osteoporosis di masa akan datang. Satu cawan beras perang mengandungi 21 peratus keperluan harian magnesium.


Kalau korang tak amalkan diet pun boleh gunakan beras perang untuk pengambilan nasi seharian. Lebih bagus berbanding beras putih. Rasanya sedikit kenyal dan ada rasa keras-keras sikit disebabkan ianya sejenis beras yang kurang proses. 

Sumber maklumat daripada : impiana.my

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
11 Comments
Share :

Permulaan Cabaran Kurus dan Sihat


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sejak jadi gemuk ni, setiap tahun simpan azam untuk kurus. Berazamlah kononnya tapi hangat-hangat tahi ayam je. Usaha kejap, tak nampak hasil lepas tu mengalah macam tu je. Dah  beli yoga mat kononnya nak work out di rumah je. Seminggu je bertahan buat work out, hari berikutnya gagal disebabkan sibuk sangat dengan kerja. Terus yoga mat dilupakan.

Nak rajin hiking setiap minggu pun macam tak kesampaian sebab encik suami pun sibuk dengan kerja. Jadi, usaha seterusnya adalah jaga pemakanan. Permulaan cabaran kurus dan sihat Fiza bersama encik Suami bermula semalam. Kamiorang nekad nak buat betul-betul untuk menyahut cabaran kurus berpandukan panduan menu diet yang betul atas cadangan seseorang. Dah ada panduan yang betul, mudahlah sikit perjalanan cabaran kurus kamiorang.

Sebelum Cabaran Kurus

Sebelum korang bertindak menyahut cabaran kurus ni, korang kena nekad dan betul-betul berazam nak kurus dan sihat. Perlu rancang bila nak bermula dan sediakan bahan-bahan masakan selama seminggu mengikut menu yang ditetapkan. Jangan lupa ambil gambar dan timbang berat badan asal. Lepas dah kurus nanti bolehlah buat perbandingan dulu dan sekarang. Tengok sendiri perubahannya macamana. 

Cabaran Utama

Nak hilangkan beberapa kilogram punyalah susah. Nak tambah kilogram senang je. Paling mencabar untuk kurus ni kena tinggalkan menu yang bergaram, berminyak dan bergula. Bayangkan kopi tanpa gula atau susu dan makanan tanpa garam. Kena lalui semua tu. Pantang sekali 3 bahan tu ada dalam menu untuk diet. Kalau langgar pantang, korang sendiri menyesal sebab bukan mudah nak melalui cabaran kurus ni terutamanya godaan makanan. Tapi sesekali boleh je 'cheat day'. Lepas tu bakar kalori habis-habisan. Mesti korang yang pernah diet selalu buat macam ni kan. Memandangkan Fiza dan suami takde masa yang terlalu banyak untuk habiskan masa work out. Jadi kami memilih untuk makan makanan yang seimbang setiap hari. Jadi, ada masa work out tu bolehlah bakar kalori sikit. 
"Ingat! Senaman hebat tanpa diet = no weight loss
Diet yang baik tanpa senaman boleh kurangkan berat badan -Kevin Zahari "

Hari Pertama Cabaran Kurus

Bila dah pilih cara macam tu, untuk hari pertama sangat-sangat excited nak sediakan menu dan buat mengikut perancangan. Fiza pastikan minum air secukupnya, purata dalam 2-3 liter sehari. Memang asyik minum dan ke toilet je la jawabnya. So far setakat lepas lunch takde masalah. Cuma masa panjang lepas lunch dan waktu makan malam sangat lama. Jadi macam lapar. Minum petang pun hanya kekacang setakat 2 jari je macam tu. Memang agak mencabar di hari pertama tanpa menu bergula dan bergaram. Rasa macam berpuasa je. Biasalah tu kan, perubahan bertukar menu dari yang biasa. Memang kurang biasa tapi lepas ni memang kena biasa-biasakan. Barulah mencabar namanya.

Hari Kedua

Alhamdulillah, hari kedua macam dah boleh masuk dengan perubahan menu yang baru. Mungkin dalam masa seminggu ni agak lemah tapi harus diteruskan juga. Fighting!

Cabaran Seterusnya

Buat masa ni Fiza akan teruskan cabaran untuk kurus selama 21 hari mengikut panduan makanan yang dirancang selama 21 hari. Tak sabar nak tunggu result selepas 21 hari yang mendatang. Harap-harap berhasil hendaknya. Kalau tak, kena tambahkan usahakan senaman secukupnya. Nak tahu menu Fiza setiap hari boleh tengok di instagram fiza atau search #diarikurusfiza


With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
14 Comments
Share :

Mengopi Kopi Manshor


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Mr Manshor Kopitiam

Selama 3 tahun lebih duduk di Seremban ni, belum pernah lagi merasa Kopi Manshor yang popular di katakan paling sedap dan paling mahal di dunia ni. Harga taraf Hotel lima bintang katanya. Tak jauh mana pun dari rumah dan selalu sangat lalu depan Gerai Mr. Manshor Kopitiam ni kalau balik kampung encik suami di Kuala Pilah. Tapi kalau dah katanya belum sampai masanya, makanya beberapa hari lepas barulah sampai masanya Fiza dapat mengopi Kopi Manshor ni. Kebetulan adik ipar nak singgah makan kat sini sebelum balik kampung.

Untuk pengetahuan korang gerai Mr. Manshor Kopitiam ni sangat popular di Paroi. Gerai ni sangat mudah di cari sebab tepi jalan besar dan parking kereta pun banyak. Gerai Kopi paling popular di kalangan geng motor besar sebab setiap kali lalu sini dan masa singgah sini pun ramai geng motor besar singgah dan lepak minum kopi di sini. Ada juga ruang board untuk geng motor besar letak badge/ sticker kelab-kelab motor mereka dan board pun hampir penuh. Nampak sangat ramai geng biker selalu singgah sini sebab nak pekena kopi Manshor yang super sedap ni.

Gerai ni menjual pelbagai jenis kopi yang bukan semata-mata untuk rasa yang sedap tapi kopi untuk kesihatan juga. Trend kopi Manshor ni macam dalam gambar di bawah ni. Rupa cawan comel ala vintage dan air kopi melimpah ruah. Barulah namanya mengopi orang Johor kata. Cawan juga salah satu faktor kenapa air kopi jadi sedap.

Mr Manshor Kopitiam

Kalau nampak kopi jenis macam ni, Fiza akan terfikir kopi ni gerenti pekat likat dan sangat pahit. Tapi tak! Sampai je kopi ni kat meja, Fiza kacau-kacau air dan pada dasar cawan masih ada sisa kopi yang masih belum larut. Dah kacau-kacau pun masih belum larut. Sebabnya air dah tepu tak boleh larut. Makanya memang pekat likat lah kopi ni. Dah kacau sebati larutan kopi ni baru Fiza minum.

Wow! Tak pahit! Sedap! Pekat! Rasa macam hot coklat yang super sedap pekat dia. Nampak tak betapa Fiza nak luahkan kesedapan Kopi Manshor yang sangat sedap ni. Sedap ya amat! Katanya kopi yang di hasilkan tidak di bancuh menggunakan gula ataupun susu. Bau kopi dia pun memang memukau betul. Berbeza betul rasa kopi Manshor dari kopi yang pernah Fiza rasa. Tak hairanlah orang ramai mengopi disini. Ada bermacam jenis kopi seperti kopi kacip fatimah, tongkat ali, burung walid dan macam-macam lagi ada. Selain kopi ada juga menu makanan yang sedap iaitu Sup Power dan Mee udang. Next time boleh cuba makan menu lain pula. Kena tunggu projek kurus Fiza berhasil, lepas tu baru boleh cheat day.

Harga secawan kopi bermula dengan RM5. Kira murah lah kalau nak dibandingkan dengan rasa kopi yang sedap ni. Gerai Pak Manshor buka dari pukul 4 petang sampai 2 pagi dan tutup hari pada hari selasa. Jangan pulak korang serbu kedai Pak Manshor hari ni sebab tutup ye. Kalau korang tersinggah di Seremban tu, singgah-singgah la ke Paroi mengopi di Gerai Mr Manshor Kopitiam.

Lokasi : Lot 717 Jalan Seremban - Kuala Pilah, 70400 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia


With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
12 Comments
Share :

Biskut Gery Saluut Malkist Chocolate


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sebelum ni viral di facebook pasal biskut Gery Cheese. Orang lain dah merasa tapi rezeki Fiza lambat sikit baru ni la dapat merasa. Itupun sebab ternampak ada jual kat Mydin. Sebelum ni mencari juga tapi tak terjumpa. Bila dah ada depan mata memang ambil terus la. Jangan lepaskan peluang orang kata. Ye, lansung tak lepaskan peluang. Tapi sayang, yang cheese takde. Cuma ada Biskut Gery Saluut Malkist je.

Takde yang cheese pun takpelah. Janji dapat rasa biskut Gery coklat pun boleh. Sampai rumah terus buka dan rasa biskut Gery ni. Punyalah tak menyabar nak rasa. Fiza beli jenis packaging yang kecil. Dah saiz tu je yang ada pun. Okaylah kan untuk yang nak merasa. Nanti beli yang packaging besar kalau tak sedap, tak makan membazir pula. Untuk packaging saiz kecil ni RM3.90.

Biskut Gery Saluut Malkist Chocolate

Inilah rupa biskut Gery Saluut Malkist Chocolate. Pada bahagian atasnya ada taburan gula. Ala, macam biskut gula tu la. 

Biskut Gery Saluut Malkist Chocolate

Cuma perbezaannya ada bersalut coklat pada bahagian belakang. Belek punya belek, boleh je buat sendiri biskut Gery ni. Beli je biskut gula dan salut coklat. Mudah je kan sebenarnya. Kalau nak rasa yang cheese, boleh guna resepi biskut Gery Cheese yang Fiza dah kongsikan sebelum ni. 

Biskut Gery Saluut Malkist Chocolate

Setakat ni, Fiza belum cuba lagi resepi tu memandangkan tekak belum rasa nak makan lagi. Lagipun, sekarang Fiza dalam fasa cabaran kurus. Jadi, kena elakkan la makanan snack yang kaya dengan coklat dan manisan ni. Biskut Gery Saluut Malkist Chocolate ni pun Fiza makan sebelum cabaran kurus. Kalau ambil masa cabaran, memang tak menjadi la projek kurus dan sihat Fiza tu kan.

Kalau yang belum merasa dan mencari-cari kat mana nak beli, cuba cari di Mydin atau peniaga online yang menjual biskut Gery. Fiza tengok sekarang masih ada yang menjual. Betul-betul hebat kuasa viral zaman sekarang ni. Bila dah viral, semua berebut nak dapatkan.Fiza pun tak ketinggalan. Bila dah merasa, okay setakat itu sahaja sebab pada Fiza biasa-biasa je rasanya. Kalau sedap, confirm repeat beli. Mungkin biskut Gery cheese lagi sedap kot.

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
12 Comments
Share :

SAFA Inner Cap Untuk Hijabista


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sebagai seorang perempuan yang bertudung, inner cap menjadi salah satu faktor keselesaan memakai tudung. Inner cap atau dalam bahasa kampungnya 'serkup kepala'. Zaman dulu, serkup kepala jenis macam berkait, warna yang ada pun hitam dan putih je ada. Sekarang ni dah ada bermacam-macam revolusi serkup kepala. Ada yang serkup belakang terbuka, ada yang terbuka sikit dan yang paling Fiza sarankan yang bertutup berjahit sepenuhnya pada bahagian belakang macam SAFA inner cap ni.

Fiza memang suka pakai yang jenis bertutup berjahit penuh pada belakang inner. Jadi, takde masalah rambut terkeluar. Kalau pakai jenis inner terbuka pada bahagian belakang tu, masih tak selamat. Mungkin ada potensi untuk rambut terkeluar. Mana lah tahu kan, kita bukan perasan pada bahagian belakang kepala kita. Orang yang berada di belakang kita je nampak. Jadi, untuk mengelakkan rambut terkeluar tu, ada bagusnya kita sebagai perempuan yang bertudung menjaga aurat rambut ni lebih baik bertindak memakai serkup kepala yang bertutup sepenuhnya pada bahagian belakang. 


Nak mencari inner cap yang sesuai dengan kepala kita ni agak susah. Kena fikirkan soal saiz, jenis kain dan yang penting keselesaan yang di cari. Sebelum ni Fiza beli jenis kain cotton, memang sedap pakai tapi tak sesedap pakai SAFA inner cap ni.

SAFA Inner Cap Lebih Selesa

Salah salah sebab kenapa rasa selesa pakai SAFA inner cap ni disebabkan jenis kain moss crepe yang sangat selesa di pakai dan sangat elok di pakai dengan sebarang shawl atau tudung bawal. Kain jenis moss crepe tidak nipis dan tidak tebal, sedang elok je orang kata. Sejuk dan cepat kering bila dibasuh. Bukan jenis kain licin yang bergerak-gerak bila makan atau bercakap. Yang paling best takde isu sakit telinga atau pekak. 

Jahitan Yang Kemas

Setelah dibelek-belek jahitan luar dan dalam inner cap ni sangat kemas dan berkualiti. Boleh pakai lama ni sebab takde potensi jahitan nak terbuka. Sangat-sangat puas hati. Lagipun belum ada dalam pasaran lagi inner cap jenis kain moss crepe ni.

Terdapat Pelbagai Jenis Warna

Memandangkan trend zaman sekarang ni bertudung nampak inner cap, jadi pada mereka yang suka jenis pakai shawl nampak inner tudung ni boleh pilih pelbagai jenis warna inner cap yang ada. Mesti korang rambang mata nak pilih warna apa. Setakat ni Fiza dah terbeli 4 warna pewter, cedar, navy blue dan black. 



Nak tengok warna-warna lain, korang jangan lupa singgah di
instagram : @ssaf_design

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
9 Comments
Share :

Sebab Sebab Kenapa Berat Badan Susah Nak Turun


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Semua orang nak kurus. Nak nampak cantik dan sihat katanya. Kalau gemuk tak cantik ke? Cantik je abang kakak semua. Gemuk tu comel kan. Kalau dari pengalaman zaman gemuk Fiza sendiri, melalui zaman gemuk bukan mudah ye. Nak kurus tapi hari-hari tak tahan godaan makanan. Dah tu, bila nak kurusnya? Bila gemuk ni bukan tak sihat tapi cepat penat bila buat kerja berat sikit. Nak memilih baju satu masalah juga. Tak semua baju yang kita minat dan suka ada saiz kita. Terpaksa berkecil hati sendiri. Dah tu, siapa suruh gemuk. Kan dah menyesal.

Sebelum menyesal lagi dan lagi, kenalah sedar diri. Korang yang badan berisi jangan terasa dengan perkataan gemuk ni ye. Fiza tujukan untuk diri sendiri sebab sedar diri. Bila dah gemuk ni mulalah bising. Buat kerja sikit dah cakap penat. Baru buat kerja sikit berpeluh lebih. Nak memilih baju takde saiz. Orang ejek gemuk, mampu senyum je. Kesian kan. Sedapkan hati sendiri" Biar gemuk janji orang sayang, janji bahagia". Ye, memang bahagia dan orang sayang. Tapi bukan ke kalau kita gemuk akan ada potensi untuk menghidapi penyakit seperti diabetis, tekanan darah tinggi, sakit jantung dan sebagainya. Takut kan! Oleh sebab itu, kita kena ambil langkah berjaga-jaga menjaga kesihatan. Orang kata "Mencegah lebih baik dari mengubati".

Nak turunkan berat badan atau dalam erti kata lain nak kurus mudah je sebenarnya. Kena disiplin dalam menjaga pemakanan, membuat senaman dan juga pengambilan makanan tambahan (supplement)

Kalau masih tak menampakkan kesannya, ini dia sebab sebab kenapa berat badan susah nak turun. Jadi, korang kena elakkan semua benda ni kalau nak kurus dengan sihat.

1. Minum air kuantiti gula yang tinggi
2. Kurang tidur
3. Tidak bersarapan
4. Makan terlalu cepat
5. Kurang minum air masak
6. Makan ketika stress
7. Pengambilan kerborhidrat berlebihan
8. Makan dengan kuantiti yang banyak
9. Malas bersenam
10. Makan lewat malam.


http://www.azhafizah.com/
Sumber dari penchak
Kurang tidur, tidak bersarapan, kurang minum air masak, malas bersenam dan makan lewat makan tu perkara perkara yang selalu sangat orang buat kan. Mulai sekarang, jangan amalkan benda yang tak elok semua tu. Amalkan gaya hidup sihat.


With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
15 Comments
Share :

Makanan yang terbaik untuk kuatkan tulang


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Selamat berhujung minggu semua. Hari ni aktiviti utama pergi ke jemputan kahwin kawan encik suami. Dalam cabaran kurus Fiza terpaksalah cheat day untuk hari ni. Sesekali takpe kan langgar pantang. Nak kurus ni bukan senang ye. Yang penting jiwa kena kental dan disiplin bab makan perlu di jaga juga. Selain elakkan makan makanan berminyak, manis dan kurangkan pengambilan garam. Kita perlu juga kuatkan tulang kita.

Makanan yang terbaik untuk kuatkan tulang adalah sayur sayuran dan kekacang. Untuk mereka yang kurang suka sayur lebih baik mulai sekarang mula suka dan jatuh cinta dengan sayur. Ada sesetengah makanan yang bagus untuk kuatkan tulang kita seperti brokoli, bayam, sawi bok choy, kale, mustard greens, sesame seeds dan kacang almonds.


Makan sayur dan kekacang ni alternatif untuk mereka yang tak minum susu untuk kuatkan tulang tu. Kalau jenis tak minum susu dan tak makan sayur atau kacang tak tahulah nak kata apa lagi. Kadang-kadang untuk jadi lebih sihat terpaksa melatih diri untuk suka dengan apa yang kita tak suka. Betul tak? Beauty is pain. Tapi bila dah nampak hasilnya mesti korang akan terus amalkan gaya hidup yang sihat dengan betul.

Semua sayur dan kekacang ni Fiza suka makan sebab Fiza sejenis manusia suka sayur. Kalau boleh lepas masak sayur terus nak makan sayur je. Makan tanpa nasi pun boleh. Boleh kenyang cepat dan encik suami pun suka kalau Fiza masak sayur lebih. Lepas ni kena selalu beli sayur dan kekacang. Tapi almonds tu sekali sekala je boleh sebab harganya agak mahal juga. Apapun untuk pengambilan makanan yang sihat, kita perlu rancang membeli bahan-bahan suapaya boleh makan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Kalau terlebih makan takut lain pula kesannya nanti.

Memandangkan harga barang pun makin naik, Jadi kita makanlah makanan yang sayur sayuran lebih sebab lebih murah dan lebih sihat. Untuk mereka nak kurus dan fit, Jom kita bakar kalori dengan pelbagai cabaran terutamanya pengambilan makanan seimbang yang betul.

Credit : Fanpage Kevin Zahari 
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
20 Comments
Share :

Jalan-Jalan di Pantai Puteri, Melaka


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Dah siap bersantai dan bungkus coconut shake di Pantai Klebang, kami orang pergi jalan-jalan di Pantai Puteri pula. Tak puas nak hadap laut agaknya. Kes jakun sebab rumah jauh dari pantai. Jakun tu dah jadi kebiasaan sebab tu kalau dah alang-alang singgah wajib jelajah tempat yang jarang pergi. Ambil masa lebih kurang setengah jam nak sampai ke Pantai Puteri ni. Macam biasa pakcik guna perkhidmatan pakcik waze je dah sampai dengan jayanya.

Di Pantai Puteri Melaka ni lagi meriahnya rupanya. Tengahari buta ramai betul berkelah dan bersantai di sini. Budak-budak pun semangat betul mandi air laut walaupun tengah panas. "Akak yang naik risau dik tengok korang-korang mandi waktu panas ni". Sesekali bercuti dapat mandi air laut kan. Siapa je yang tak teruja macam tu. 

Pantai Puteri ni sangat luas, parking kereta pun banyak. Ada kerusi untuk duduk, ada tempat alas untuk pasang khemah dan juga ada tandas awam. Bagus ada kemudahan semua ni. Sekurang-kurangnya orang dewasa ada peluang nak mandi sebab ada tandas untuk tukar baju. 


Sama macam Pantai Klebang juga. Pantai Puteri ada banyak pokok Rhu. Orang kata Pantai Puteri ni acah-acah macam Nami Islad Korea dalam cerita winter sonata tu. " Entahlah dik, akak tengok biasa je". Kaedahnya, kena betul-betul ambil gambar tengah-tengah laluan pokok rhu baru nampak macam Nami Island kot.

Nampak tak betapa luasnya pantai ni, bersih pun bersih. Kalau ramai-ramai datang sini tak nampak sesak sangat pun. Untunglah orang Melaka ada tempat menarik macam ni. Seronok rasanya dapat menikmati permandangan laut yang indah ni. Kaum cina dan india pun ramai bersantai di sini. 


Walaupun dah ramai-ramai datang dan berkelah di sini. Kebersihan pantai terjaga. Tong sampah dah disediakan. Kalau tak pandai guna, tak tahulah nak kata apa dah. Dua ibu  jari untuk mereka yang menjaga kebersihan Pantai Puteri ni. Barulah nampak cantik bila kebersihan di jaga bersama.



Disebabkan di sini lebih banyak Pokok Rhu yang dah besar tinggi. Makanya di sini lebih menjadi tumpuan orang ramai untuk datang di sini sebab tak perlu risau soal panas. Bawah Rhu yang redup sangat sesuai untuk dijadikan tapak tempat berkelah bersama keluarga. Seronok kan! Jadi, kalau datang melaka, abadikan kenangan bersama berkelah disini. Bukan selalu dapat berkumpul bersama dan berkelah bersama. Percuma je!

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
14 Comments
Share :

DISCLAIMER


All content provided on this azhafizah.com blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of azhafizah.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

Blog Comments Policy

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to :
1. Comments deemed to be spam or questionable spam
2. Comments including profanity
3. Comments containing language or concepts that could be deemed offensive
4. Comments that attack a person individually

This privacy policy statements is made on [January 23, 2017] and may have a change on the futures with or without notice. You should read this privacy policy on this page on the futures when updated.

[name=Azhafizah Md Nor] [img=https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/v/t1.0-1/p160x160/14448782_10210636189243803_7128433474369868727_n.jpg?oh=4425e5a9103abc1ff3665fd0f83feec3&oe=58F1F071] [description=Married.Blogger.Graphic Designer.Johorian.B.Eng (Hons) Electrical & Electronics Engineering.UiTM.Untuk tempahan DESIGN, PENGIKLANAN, COLLABORATION, SPONSORSHIP, GUEST POST dan PRODUK REVIEW boleh emailkan ke :azhafizahmdnor@gmail.com] (facebook=https://www.facebook.com/AzhafizahMdNor) (twitter=https://twitter.com/Azhafizah) (instagram=https://www.instagram.com/azhafizah.mdnor/)

Blog Sihatimerahjambu

Follow @azhafizah.mdnor