Theme Layout

Boxed or Wide or Framed

[Wide]

Theme Translation

Display Featured Slider

No

Featured Slider Styles

Display Grid Slider

No

Grid Slider Styles

Display Trending Posts

Yes

Display Author Bio

Display Instagram Footer

Design Blog Homestay KLIA Sepang


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Update entri design lagi hari ni aci tak? Aci tak aci blog sendiri, suka hati lah nak update apa sekali pun kan. Kalau pembaca blog bosan atau tak, masing-masing ada hak untuk suka ataupun tak. Hujung minggu entri santai-santai je sebab hujung minggu biasanya traffik kurang sikit sebab kurang update blog. Betul tak? Sebab kalau hujung minggu je traffik blog mesti menjunam teruk dari hari-hari biasa.

Nak update entri menarik hujung minggu macam biasa kekontangan idea. Susah betul jadi blogger. Ingat senang je nak menulis ke? Jadi blogger bukan mudah apatah lagi jadi freelance graphic designer. Lagi jenuh nak layan karenah berbagai ragam manusia. Tapi Fiza paling suka client yang tak banyak karenah dan yang jenis serius. Dia bayar dan dia berikan segala maklumat lengkap untuk design. Bukan, hari ni nak warna hitam esok nak tukar warna putih pulak. Masa mood okaylah takpelah kan. Ini kalau dia mintak masa mood tak berapa nak okay, memang boleh mendatangkan hangin satu badan. Sabar sabar.

Alhamdulillah setakat bekerjasama dengan loyal client ni, semua design-design dapat dibuat dengan jayanya. Salah satu, design blog homestay KLIA Sepang yang baru siap minggu lepas kalau tak silap. Design blog homestay ni agak colourful atas permintaan sebab client suruh gunakan warna yang bersesuaian dengan blog. Jadi, Fiza guna warna yang pelbagai nampak lebih ceria. Fiza belanja view sikit dalam gambar di bawah ni.



Nak tengok full view kenalah singgah ke blog
homestaykliasepang.blogspot.my

Mereka yang nak menginap di homestay berdekatan di KLIA, KLIA2, Sepang, Bandar Enstek, Mitsui Outlet KLIA, Kompleks Tabung Haji KLIA dan tempat yang berdekatan tu, bolehlah singgah ke blog untuk maklumat lanjut. Seperti yang dijanjikan harga murah dan selesa. Antara faktor yang penting untuk tempat menginap ketika bercuti. Selain menjimatkan bajet dapat duduk dengan selesa. Harap-harap begitulah kan. Okay, selamat bercuti semua dan selamat enjoy cuti-cuti.




With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
1 Comments
Share :

Design Blog Insurans Takaful Malaysia Terbaik


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Selamat berhujung minggu semua. Entri hujung minggu biasanya Fiza dah schedule dan auto publish siap-siap. Senang hujung minggu boleh berehat dengan bersenang-senang tanpa fikirkan nak update blog bagai. Sebenarnya, hari-hari auto publish je. Itu lebih memudahkan kerja Fiza mengikut jadual. Dah macam tak biasa pulak nak update on the spot terus. Almaklumlah, makin busy kenalah menguruskan masa dengan lebih bagus.

Alhamdulillah setakat ni okay je auto publish cuma yang tak okay bila takde idea.Jadi, update je la entri artwork yang dah siap tu. Salah satu artwork Fiza yang dah siap adalah design blog Takaful Malaysia Terbaik. Loyal client Fiza ni. Rasanya dekat 10 blog dah tempahan dari dia sahaja. Banyak betul bisnes yang dijalankan tu.

Selain loyal client, dia juga antara client yang tak banyak karenah dan sangat mudah bekerjasama. Biasanya dia akan order dengan pembayaran dan details design terus. Tak payah lagi nak tanya-tanya dah nak buat macamana, ikut je apa yang telah di berikan tu. Daripada apa yang di minta nak tema warna biru, hijau gelap dan soft pink.  

Alamak! Gabungan 3 warna ni agak pening juga mana satu nak digunakan lebih banyak ye. Fikir punya fikir, Fiza pilih warna biru lembut ni untuk background agak lebih bagus untuk pandangan mata pembaca. Tambah sedikit corak yang bersesuaian supaya background tu tak nampak plain sangat. Okay tak? Yang lain-lain tu baru masukkan warna hijau gelap dan penggunaan pink agak sikit. Sesuailah kan untuk blog yang lebih kurang formal untuk blog jenis maklumat, perkhidmatan dan perniagaan ni.


Design yang ringkas dan tak semak. Bahagian header tu semua atas permintaan client untuk letakkan semua yang berkaitan dengan insurans takaful Malaysia. Untuk ketahui maklumat lanjut tentang insurans takaful ni korang boleh singgah di link bawah ni. Boleh tengok full view design blog sekali. Alang-alang dah singgah tu, follow sekali lah ye.

takafulmalaysiaterbaik.blogspot.my
Terima kasih order!
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
6 Comments
Share :

Isteri Magnet Rezeki


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Salam jumaat. Hari ni mood cuti Fiza ON. Awal pagi gerak ke Perlis untuk majlis pernikahan adik ipar hari esok. Untunglah hari nikah, hari birthday sendiri. Senang nak ingat dan senang nak sambut dua peristiwa sekali kan. Semoga urusan adik ipar di permudahkan. Aaminn...

Bila tengok orang nikah ni, teringat pula kita bernikah dulu. Bila dah bertukar status tu, bermulalah tanggungjawab baru yang perlu di galas. Bagi orang yang hidupnya sederhana, pada permulaan perkahwinan memang agak sedikit sukar nak memulakan hidup baru dengan ada yang ada. Bagi orang yang berada tu lain ceritanya.

Tapi jangan risaulah, selagi ada usaha selagi ada doa dan bertawakal pada Allah rezeki pasti ada cuma masanya kita tak tahu. Rezeki orang dah berkahwin ni ada macam-macam rezeki dan isteri merupakan salah satu magnet rezeki. 

Menikah

Allah melipat gandakan rezeki selepas menikah

Sayang Isteri Melahirkan Tanggungjawab

Tanggungjawab mencari nafkah kepada keluarga dengan berbagai cara halal dalam mencukupi keperluan keluarga. Inilah yang menyebabkan pintu rezeki lainnya terbuka untuknya.

Sayang Isteri, Allah Sayang

Apabila suami menyayangi isteri, Allah menyayangi pasangan itu. Dans emestinya Allah akan mencukupi pasangan dengan rezekiNya.

Sayang Isteri, Rumahtangga Tenang

ketenangan timbul dari kasih sayang suami isteri akan memberikan semangat untuk bekerja dan rezeki yang diperolehi akan lebih senang dan banyak.

Sayang Isteri, Suami Merasa Cukup

Suami akan merasa cukup dan tidak akan menyakiti hati isteri dengan melakukan perkara yang tidak elok. Dengan ini, inshaAllah Allah akan melancarkan rezeki baginya.

Wahai para suami. Cintailah isterimu. Setia dans ayangi dia yang menjadi tanggungjawabmu. Engkau telah menerima tanggungjawab dari ayahnya saat menikahinya dan kelak di akhirat engaku akan ditanya Allah tentangnya. Pada detik engkau memperlakukan wanitamu dengan penuh syukur maka perbaikan rezekimu dimulai.
With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
17 Comments
Share :

Design Banner Catalog Tudung Delarosa


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Selain ambil tempahan design, Fiza ambil juga tempahan untuk crop gambar. So, kalau nak tempah apa-apa yang berkaitan dengan design tu boleh tanya Fiza dulu. Kalau ada masa dan Fiza mampu nak buat, Fiza akan ambil tapi kalau request yang bukan-bukan yang Fiza tak mampu nak buat tu memang Fiza tak ambil.

Baru-baru ni dapat tempahan untuk banner catalog tudung delarosa. Dari gambar sekeping-sekeping, Fiza crop dan design jadi satu banner catalog untuk memudahkan customer tengok koleksi tudung yang ada. Bukan catalog proper la cuma teaser untuk perkenalkan koleksi tudung yang ada.


Lepas settle crop semua gambar baru Fiza design banner catalog. Design simple je letak nama pada setiap tudung dan background bunga-bunga. Size Fiza buat segiempat sama untuk upload kat instagram. Okay, siap untuk banner catalog tudung Delarosa.


Background Fiza buat 2 jenis background. So client boleh pilih antara dua. Nak promote koleksi tudung ni pun Fiza tak tahu instagram dan facebook tuan punya bisnes. Jadi, promote catalog je la ye. Berminat untuk dapatkan perkhidmatan crop gambar produk atau gambar-gambar lain, boleh terus contact Fiza ye melalui email : azhafizahmdnor@gmail.com ataupun contact di media sosial yang ada.

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
4 Comments
Share :

Perbezaan NYX SMLC dan Jordana Sweet Cream Matte


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Berderet pula entri cerita pasal lipstick je. Ini namanya terlampau excited nak cerita pasal lipstick sebab dah jumpa lipstick yang superb best. Dalam entri sebelum ni Fiza banyak update tentang matte Lipstick NYX yang ramai sukakan shades dari NYX Soft Matte Lip Cream tu berbanding shades butter dan lain-lain. Mungkin dah berkurang trend zaman bibir berkilat gitu sebab tu dah makin banyak produk dan jenama mengeluarkan matte lipstick.

Setakat yang Fiza pernah cuba NYX SMLC, Colour Pop, Kiss Proof dan terbaru Jordana Sweet Cream Matte. Dah paling terbaik pada Fiza adalah Jordana sweet cream matte! Sangat-sangat best dan superb matte walaupun selama ni Fiza dok setia dengan NYX SMLC tapi bila dah jumpa yang best of courselah akan beralih kepada yang lagi best.

Perbezaan NYX (SMLC) Soft Matte Lip Cream dan Jordana (SCM) Sweet Cream Matte

NYX SMLC

Bau : wangi
Tekstur : Cream yang mudah di oles rata pada bibir, agak nampak glossy pada sapuan pertama tapi selepas kering baru akan nampak warna sebenar dan baru nampak kesan matte. Tahan lama dan mudah ditanggalkan.
Kemasan : Tidak comot dan kurang melekat pada gelas/straw
Kandungan: 0.27 fl.oz/ 8mL
Ketahanan : 18 bulan selepas dibuka
Harga : RM35

Jordana SCM

Bau : Manis (nama pun dah sweet, tentulah manis)
Tekstur : Cream yang mudah di oles pada bibir, tak nampak glossy pada sapuan pertama dan cepat kering untuk berikan kesan matte yang superb matte. Tekstur yang ringan, pemakaian lipstick yang sedikit tebal pun tak terasa seperti pakai lipstick. Agak susah nak tanggalkan, perlu menggunakan make up remover untuk tanggalkan kesan lipstick sepenuhnya.
Kemasan : Tidak comot dan tidak melekat pada gelas/straw.
Kandungan : 0.11 oz/3g
Ketahanan : 12 bulan selepas dibuka
Harga : RM35


Korang boleh tengok dan nilaikan sendiri kesan matte kedua-dua lipstick ni. Dah tentulah Jordana Sweet Cream Matte menang tapi NYX SMLC tetap best juga sebab banyak warna yang cantik-cantik. Tapi pastikan beli yang original ye untuk dapatkan kesan yang best ni. Kalau beli yang fake, jangan tanya kenapa tak best.

Beli Lipstick NYX |JORDANA | SLEEK | MILANI
instagram : @nyxbeautycosmetic

Lepas ni ada bajet lebih nak cuba SLEEK dan MILANI. SLEEK dan MILANI ni agak mahal sikit, SLEEK RM45 dan MILANI RM55. Kenalah menabung dulu ye.


With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
6 Comments
Share :

Terjatuh Cinta dengan Jordana Sweet Cream Matte Tiramisu


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Yang suka make up confirm dah ada koleksi lipstick Jordana Sweet Cream Matte ni. Tapi Fiza ni baru nak berkenalan dengan Jordana ni. Sajalah cuba beli Jordana memandangkan shade tiramisu ni macam cantik je. Terus tergoda dengan warna tu.

Bau Manis dan Kesan Matte Terbaik

Buka je lipstick ni, bau wangi manis-manis gitu. Wow! Macam best je lipstick jordana berbanding NYX. Tiba-tiba rasa tak nak setia pada NYX SMLC. Punyalah excited nak cuba kan. Terus cuba oleskan pada bibir sikit. Wow sekali lagi! Bestnya kesan matte Jordana ni. Kalah matte NYX SMLC. Nampak macam betul-betul nak melupakan NYX SMLC. 


Tidak Melekit dan Ringan

Sapuan pada bibir terus meresap dan kering gitu. Takde nak melekit bagai apatah lagi nak melekat pada gelas/straw kalau minum air. Kalau makan tu maybelah ada terhilang sikit melainkan makanan masuk mulut tak kena bibir. Gigih pulak nak makan tanpa terkena bibir kan.

Cantik je bibir bila pakai Lipstick Jordana sweet cream matte ni. Rasa ringan macam tak pakai lipstick je. Warna-warna yang ada pun cantik-cantik semua. Lepas ni confirm menambah koleksi Jordana sweet cream matte ni lagi. Dahlah bau manis, pakai pun best je. Manalah hati tak jatuh cinta kan.
Shades Jordana Sweet Cream Matte : Tiramisu, Creme Brulee, Rose Macaron, Strawberry Cheesecake, Pomegranate pie, Raspberry tart, Mixed Berry Souffle,  Mango Sorbet,  Cherry Cobbler dan Sweet Marsala Wine.

Fiza perasan yang Jordana sweet cream matte ni agak susah nak tanggal dari bibir. Kiranya sangat tahan lama kekal pada bibir tak perlu nak touch up sangat. Cumanya kalau korang nak ber wudhuk tu korang kena sental lebih la takut masih ada sisa lipstick pada bibir sebab jenis susah nak tanggal. Kalau guna tisu biasa pun susah nak hilang terus. Masih ada baki lipstick pada bibir. Sebaiknya gunalah make up remover lebih mudah nak hilangkan.

Lately Fiza memang suka warna nude yang agak nampak natural dan kena dengan warna kulit. Macam biasa camera depan tak bekerjasama dengan baik. warna agak tak berapa sangat tapi in real seriously jatuh cinta pakai kali pertama. Okay, kumpul duit beli Jordana Sweet Cream Matte je lepas ni. Hello Jordana. Bye Bye NYX..Eh! Tak mungkinlah nak melupakan terus NYX. Masih setia kot.


Pastikan beli yang Original
instagram : @nyxbeautycosmetic

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
6 Comments
Share :

Tersuka dengan Shade Budapest NYX Soft Matte Lip Cream


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Lama tak menambah koleksi barang make up. Yang biasa Fiza tambah koleksi lipstick je la sebab lipstick je yang kerap guna. Tanpa lipstick rasa dull je kalau keluar rumah. Fiza bukan sejenis yang suka lukis kening sebab kening jenis tebal, entah berapa banyak concealer nak kena tepek kalau nak nampak bentuk kening elok je.

Lagi satu jarang pakai eyeliner sebab leceh kalau tersalah bentuk. Dahlah nak bersiap cepat kan. Disebabkan tak pakai eyeliner, Fiza pun tak gunakan mascara sebab bulu mata pun jenis pendek. Kalau guna mascara pun, tak panjang mana kesan penggunaan mascra tu. Jadi, Fiza lupakan bahagian mata tu dan barang make up yang wajib ada dan wajib guna adalah pore eraser, BB Cream, loose powder dan lipstick je. Itu je la yang biasa Fiza guna. Sejak tersuka guna BB Cream jarang dah guna foundation. Lain orang lain kesan penggunaan produk kan. Jadi, biar guna yang lebih sesuai dengan kulit. Kalau ada banyak masa nak bersiap baru make up lebih-lebih.


Sekarang trending lipstick jenis matte. Terus jatuh cinta nak guna lipstick jenis matte je. Lipstick matte pertama yang Fiza guna NYX Soft Matte Lip Cream (SMLC)-Monte Carlo. Terus sampai sekarang setia beli NYX SMLC je. Lepas tu tambah sikit-sikit beli NYX SMLC San Paulo, Copenhangen, Transylvania, Stockholm dan terbaru beli Budapest antara shades terbaru NYX SMLC.

Original shades : Addis Ababa, Amsterdam, Antwerp, Athens, Buenos Aires, Cairo, Cannes, Copenhagen, Ibiza, Istanbul, Monte Carlo, Morocco, Prague, Sao Paulo, Stockholm, Sydney, Tokyo, Transylvania, Zurich, Abu Dhabi, London,
12 shades Terbaru: Berlin, Budapest, Dubai, Havana, Madrid, Manila, Moscow, Paris, Rome, San Juan, Seoul, Vancouver.
Fiza suka dengan warna shade budapest ni sebab warna dia ala-ala nude jugak la. Nude brown red gitu. Tak merah sangat, tak dull sangat. Kira just nice pada pandangan mata Fiza. Sesuai dipakai untuk sebarang event lah kot kan. 


Sorry gambar camera depan tak berapa nak cantik. Warna mungkin agak lari sikit disebabkan pencahayaan. Yang penting, warna shade budapest memang cantik. Make sure beli yang original sebab dulu Fiza pernah cerita tentang yang original dan fake. Kalu korang beli yang fake, kesan matte tu tak sebagus original. Yang fake, kurang matte dan tak tahan lama sebab tu lebih murah. Biar beli yang original mahal sikit janji puas hati dengan hasilnya. Klik sini>> Perbezaan NYX SMLC Original dan fake.

Tak perlu Fiza nak cakap banyak lagi tentang ke'best'an NYX SMLC ni sebab Fiza dah update beberapa entri yang berkaitan. Penat nak puji dah. Apa yang penting, NYX SMLC mudah nak apply pada bibir sebab mempunyai applicator 180' fleksibiliti untuk disesuaikan dengan jenis-jenis saiz dan bentuk bibir. Tak comot, tak melekit dan tak mudah melekat pada gelas bila minum. Kalau nak solat pun senang nak tanggalkan dengan make up remover.

Nak beli yang original boleh beli di instagram : @nyxbeautycosmetic


With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
3 Comments
Share :

Dekorasi Ruang Tamu Ikut Suka


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Selamat pagi! Perkara paling seronok untuk seorang surirumah kalau dah siap mengemas rumah. Seronok ya amat! Bila rumah dan bersih dan kemas, barulah ada masa untuk berehat. Berehat sebentar je boleh sebab banyak lagi kerja rumah yang tak pernah habis untuk dibuat. Kalau yang bekerja di rumah macam Fiza lepas dah siap kerja rumah nak siapkan kerja-kerja design pulak.

Walaupun nampak syok je duduk bekerja kat rumah tapi nak tidur siang, nak berehat tengok TV sambil makan popcorn ala-ala tengok wayang semua tu jangan haraplah. Selagi encik suami tak balik rumah, selagi tu kerja design diteruskan. Nanti bila encik suami balik, kerja lain pulak nak dibuat. Siapkan makan minum suami dan spend masa sama layan movie ke barulah ada masa untuk berehat.

Fuhh..mencabar ke tidak tugas seorang surirumah ni? Nak kena jadi dulu baru rasa camne kan. Takde istilah goyang kaki duduk rumah ni. Sambil-sambil duduk rumah tu, mendeko lah apa yang patut dalam rumah barulah nampak macam 'home sweet home'. Dekorasi ruang tamu yang kamiorang suami isteri deko ikut suka je. Takde tema bagai. Nak kata tema biru, perabot ada yang tak berapa nak biru sangat sebab sofa tu mak mertua dah beli selepas renovation rumah. Yang lain-lain tu pun warna putih hitam supaya senang nak disesuaikan dengan warna cat dinding. Sebelum ni cat dinding warna soft blue dan sof orange, jadi sesuailah dengan sofa tu. Bila kamiorang dah tukar cat jadi dah lari tema sikit. Janji masih ok pada pandangan mata. 


Ruang Tamu Fiza tukarkan lampu pendaflour pada lampu syiling gantung LED. Nampak lebih menarik dan lampu LED kalau ON suis je terus menyala. Boleh je nak tukar lampu Pendaflour LED tapi memandangkan dah tukar lampu syiling gantung tu tak perlulah nak beli lampu LED pendaflour dah. Lampu lantai pun ada juga pada sudut tu kalau rasa terang sangat nak ala-ala romantic tengok movie boleh ON lampu lantai tu je. Lampu pocong orang kata sebab bentuk macam pocong. Jangan terkejut waktu malam sudah le.


Langsir tu sebelum ni semua warna grey tapi yang bercorak ni baru pasang. Jadi, adalah kena sikit dengan tema biru tu.  Karpet pun dah lari warna tapi nampak sesuai juga sebab gambar banner kat dinding tu ada warna hijau dan biru warna dinding. So, kira okaylah tu kan.


Alas sofa dan cushions comel pun biru mengikut tema cuma cushion hitam tu tak berapa nak masuk dalam tema biru. Lantak pi lah janji ada gambar kucing comel tu. Alas sofa tu tujuannya nak tutup cela kekoyakkan pada sofa. Nak menjahit tak boleh, nak tukar cushion baru memang bukan masanya. Jadi, caranya tutup je dengan kain alas tu. Termasuk dalam dekorasi juga kan. Bijak tak idea tu.


Ruang TV tema biru putih. Kabinet putih dan wall shelf warna putih. Frame gambar punputih. Cuma agak semak dengan extension cord tu sebab rumah dulu-dulu kan plug kat atas. Kalau plug kat bawah nampak tersorok dan nampak kemas sikit. 


Susunan dekorasi frame tu inspirasi dari susun atur bingkai gambar di dinding. Susunan dari idea encik suami, Fiza approved kan je. 


Stool comel ni untuk kids beli warna biru juga. Barulah masuk dengan tema biru.


Kat ruang tamu wajib ada cermin. Sebelum keluar rumah boleh belek-belek lagi dan untuk tetamu guna juga. Langsir tu tak sama pulak sebab sebelah kanan tu bahagian dapur cat dinding warna putih sama dengan langsir. Rasa carca merba pulak temanya kan. Janji rumah bersih dan kemas. Cantik tu kira kepuasan untuk diri sendiri.


Apapun bersyukur dengan apa yang ada semuanya ni. Bila rumah kemas, bersih dan cantik rasa tak nak keluar rumah. Teringin satu hari nanti nak design rumah sendiri. Semoga tercapai. Aaminn..

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
9 Comments
Share :

Design Logo MAFFUR Cattery


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Seperti biasa selagi ada artwork untuk diupdate, selagi tu ada entri artwork pada waktu malam. Kalau ada yang bosan tu, cuba scroll-scroll entri lain kot ada yang menarik untuk di baca. Sebelum bercuti ni bertungkus lumuslah Fiza menyiapkan kerja-kerja design yang ada. Kalau tak, terpaksalah client tunggu Fiza sambung kerja selepas cuti minggu depan. 

Sesekali cuti panjang sikit apa salahnya kan. Cuti untuk majlis kahwin adik ipar minggu ni sebelah perempuan di Perlis dan sebelah lelaki minggu depannya sebelah lelaki. Orang lain kahwin, kita tumpang sibuk. Of courselah sibuk, siapa lagi nak sibuk kalau bukan family sendiri. Barulah kemeriahan di rasai bersama.

Design Logo MAFFUR Cattery ni dah lama tempah, cuma ambil masa lama sebab design masih belum menepati citarasa client. Yelah kan, bukan mudah nak puaskan hati orang dengan hasil kerja kita. Setelah beberapa draft di reject. sobs sobs..Eh, tak payah nak sedih sangat sebab itu perkara biasa bagi seorang graphic designer.

Setelah Fiza ambil masa untuk memikirkan design logo yang lebih sesuai, akhirnya ada juga idea dalam kepala otak Fiza ni untuk buat something yang simple tapi menarik. Terus hantar pada client dan alhamdulillah client suka. Cumanya ada beberapa perubahan yang perlu di buat dari segi warna. Dalam banyak-banyak warna, akhirnya client pilih warna merah dan warna hitam seperti dalam gambar di bawah.


Kucing tu Fiza lukis semula dari gambar yang diberikan iaitu kucing baka British Shorthair. Simbol kucing tu pun ada banyak draftnya. Dari lukisan kucing bermata, tinggal outline dan client akhirnya memilih full colour macam tu warna grey menggambarkan warna kucing british shorthair tu. Tulisan pula Fiza gunakan font yang agak formal tapi unik. Baru nampak tak bosan sangat kalau terlalu formal. Ye tak?

Sesiapa nak beli kucing baka British shorthair tu atau Fiza panggil kucing batu je, korang boleh la tengok-tengok dalam facebook tuan punya MAFFUR Cattery. Terima kasih Order!

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
4 Comments
Share :

Menu-Menu Chia Seeds


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Semenjak ada stok chia seeds hadiah daripada Slimm Treats anjuran giveaway kak Diana Rashid ni, kemain seronok nak cuba macam-macam menu yang boleh di letakkan chia seeds. Habis semua menu nak ditabur chia seeds. Apa yang membuatkan Fiza suka tabur chia seeds dalam setiap menu sebab suka mengunyah chia seeds tu.
Kalau korang suka minum air sirap selasih, suka kunyah-kunyah gigit-gigit selasih tu. Gerenti korang lebih suka kunyah-kunyah selasih ni sebab dia tak kembang macam selasih. Lagipun chia seeds lebih berkhasiat dan boleh dimasukkan dalam pelbagai menu makanan dan minuman. Kalau selasih biasanya kita nampak dalam minuman atau beberapa menu makanan sahaja dan biasanya kita nampak air sirap selasih masa musim bulan puasa je untuk menyejukkan badan.

Chia seeds sekarang trending untuk mereka yang sedang mengamalkan diet sebab chia seeds membantu dalam proses detox. Nak kurus, nak diet, nak detok dan nak sihat, sila amalkan pemakanan dengan chia seeds. Walaupun chia seed takde rasa tapi khasiatnya sangat bagus. Setakat Fiza makan beberapa hari ni sangat membantu dalam proses detox. Hari-hari membuang!

Sebenarnya chia seeds korang boleh pelbagaikan cara penggunaannya. Macam Fiza, Fiza suka tabur je. Suka makan yang crunchy dalam makanan. Ada orang suka masukkan dalam puding, dalam kek, dalam muffin, brownies, cookies dan sebagainya. Tapi Fiza suka taburkan dalam menu simple-simple je.

Antaranya Fiza suka tabur chia seeds dalam buah-buahan potong sebagai snack. Selain tabur chia seeds, Fiza letakkan madu sikit supaya rasa manis tu dapt hilangkan sikit rasa masam buah apple. Bila gabungkan potongan buah apple, madu dan chia seeds  ni rasa macam makan buah kiwi. Tapi isi kiwi versi keras gitu. Serioulsy sangat sedap mengunyah. Dahlah apple hijau rangup, tambah pulak kerangupan chia seeds berserta masam manis. Tambah seronok makan. Kira makanan sihat juga ni kan letak madu menggantikan gula.


Selain masakan sendiri, Fiza suka juga tabur chia seeds dalam makanan yang dibeli jika sesuai untuk ditaburkan lah. Contohnya Fiza beli sushi ni dan Fiza tabur chia seeds ni nak bagi lagi sihat dan lebih berselera makan.


Kalau korang goreng telur pun, korang boleh taburkan chia seeds atas telur goreng. Tapi makanan bergoreng kurang sihat kan. Kalau nak cuba rasa boleh je makan tapi jangan selalu. Kalau nak lebih sihat boleh gantikan telur goreng kepada telur rebus separuh masak dan taburkan chia seeds. Pun boleh. 


Ataupun korang boleh taburkan chia seeds dalam sandwich korang. eh, tak nampak chia seeds. Chia seeds kat dalam timbunan sayur-sayuran ni. Fiza memang suka makan sayur. Sandwich sayur terlampau namanya ni.


Fiza mencari-cari lagi menu yang boleh dan sedap ditabur chia seeds. Siapa ada menu chia seeds, boleh share dalam kotak komen ye. Terima kasih 😉

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
5 Comments
Share :

Cara Cuci Sayur Brokoli Yang Betul


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Baru-baru ni ramai yang kongsikan cerita tentang cara cuci sayur brokoli yang betul sebetulnya. Fiza percaya yang antara kita memasak di rumah mencuci sayur sekadar cuci dengan air sahaja. Biasanya kalau Fiza masak sayur di rumah sebelum cuci Fiza gaulkan dengan garam dulu baru basuh dan kadang-kadang rendam sekejap sebelum toskan. Tapi sebenarnya ada cara yang betul dan terbaik untuk cuci sayur brokoli. Tujuannya untuk membuang segala ulat-ulat yang ada pada celah-celah sayur brokoli tu.

Agak terkejut juga sebenarnya bila melihat hasil cucian brokoli dengan betul tu. Memang banyak ulat-ulat kecil keluar dari celah-celah brokoli selepas di rendam dengan air garam selama 30 minit sehingga 1 jam. Untuk penggemar sayur macam Fiza ni jadi macam taknak makan sayur brokoli dah rasanya sebab geli tengok ulat-ulat yang keluar tu. Ulat -ulat tu kecil je macam kutu dan berwarna hijau. Tak hairanlah selama ni cuci guna air pun nampak macam dah cuci bersih je kan sebab tak nampak ulat-ulat tu dicelah-celah brokoli hijau tu.


Kiranya selama ni dapat makan protein free la dari ulat-ulat tu. Adooii kembang pulak tekak ni. Ibu-ibu yang buat puri brokoli tu mesti rasa bersalah sebelum ni tak cuci brokoli dengan betul kan. Dah dah, benda dah lepas. Jadi, lepas ni kalau nak cuci sayur tu cucilah sebersih-bersihnya. Lagi-lagi nak bagi baby makan tu.

Jangan pulak lepas ni korang boikot sayur brokoli tu. Makan je macam biasa, tak payah nak buang masa bayangkan ulat-ulat tu. Yang penting, korang cuci sayur brokoli tu dengan betul. Cara cuci sayur brokoli dengan betul.

Potong-potong brokoli kepada bahagian kecil-kecil. Kemudian rendamkan sayur brokoli dengan air garam selama 30minit sehingga 1 jam. Ada Fiza baca tips lain, ada juga yang letakkan cuka bersama air garam tu untuk lebih berkesan membuang ulat-ulat sayur tu.


Cuba bayangkan kalau kita tak cuci betul-betul sayur yang kita masak tu. Mesti banyak ulat yang kita dah makan kan. Tak nak bayangkan! Lepas ni tak kira apa jua jenis sayur atau bahan mentah untuk di masak tu kena cuci sampai bersih barulah lebih selamat untuk di makan.

Kredit image dan info : Fieza Nelson


With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
30 Comments
Share :

Design Blog Pro Kas Original Malaysia


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Satu lagi blog yang diperam lama dari tahun lepas lagi kalau tak silap ni, design blog Pro Kas Original Malaysia. Disebabkan tuan blog belum siapkan fanpage, jadi yang tak siap cuma nak letak button like je kat blog ni. Yang lain untuk design dah siap sempurna sebenarnya. Button like tu nanti just add on je la kemudian bila fanpage dah siap.

Tema warna yang dipilih adalah warna ungu, biru dan merah hati. Bila client mintak warna-warna tu Fiza agak blur sebenarnya sebab kombinasi setiap warna tu agak kontra kan. Terpaksalah Fiza gunakan warna-warna tersebut pada bahagian yang sesuai. Warna ungu Fiza gunakan pada menu bar atas sekali tu. Warna biru sebagai background untuk lebih mesra mata memandang. Kalau letak merah hati terang sangat pulak kan. Jadi, warna merah hati tu guna dalam bahagian tajuk post entri dan tajuk di sidebar dan juga header blog.


Untuk bahagian header tu Fiza masukkan apa yang client nak letakkan dalam design header. Simple dan lengkap maklumat di situ. Alhamdulillah memang mudah berurusan dengan client yang sorang  ni. Dah banyak design blog dia Fiza buatkan tetap tak banyak karenah. Nak ubah apapun takde masalah. Itu yang seronok buat kerja bila berurusan dengan mereka yang memudahkan kerja kita juga. Alhamdulillah.

Prokas itu apa? Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Prokas Original Malaysia ni, jangan lupa singgah blog Prokas Original Malaysia. Link Fiza sertakan di bawah sekali ni. Bolehlah korang tengok full view blog prokas yang Fiza dah siapkan ni sekali. Lepas tu bolehlah follow blog tersebut kalau nak. Untuk mereka yang mengalami masalah sakit sendi tu haruslah singgah untuk baca maklumat yang menarik untuk memulihkan sakit sendi tu. Ataupun mak ayah atuk nenek yang mempunyai masalah sakit lutut dan sendi boleh juga gunakan prokas untuk melegakan sakit-sakit sendi. sapu sapu dah lega sakitnya. Bolehlah beli dan berikan hadiah untuk mereka.

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
3 Comments
Share :

Design Blog Software Programmer Malaysia


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Selamat malam dan selamat berhujung minggu semua.  Macam biasa, idea waktu malam untuk update entri artwork je la. Hujung minggu biasanya traffik agak slow. Mungkin tak ramai yang rajin menghadap blog. Biasanya masa cuti lebih ramai pengguna menghadap facebook ataupun instagram. Jadi, pada Fiza tak perlu nak hairan kalau traffik hujung minggu kurang daripada hari-hari biasa. Dulu agak kisah pasal traffik menurun hujung minggu tapi sekarang malas nak kisah. Merajuk tau!

Malas nak merajuk bukan traffik tu nak pujuk kita. Iye tak? Lebih baik Fiza usahakan mana yang patut diusahakan dari dok meratap kekecewaan tu. Dah dah, berbalik pada tajuk asal ye. Sebenarnya design blog software programmer Malaysia ni dah lama siap dan terperam je sebab tuan punya masih belum confirm siap. Tapi yang tak siapnya cuma takde button like untuk fanpage je kat header. Itu je yang masih belum lengkap. Tuan blog kata fanpage masih belum ada dan memang nak letak button like tu. Jadi, terperam pending je la untuk pengesahan siap tu.

Dari terperam lama, Fiza upload masuk portfolio Fiza dulu. Tempahan design blog software programmer Malaysia ni dari previous client. Ini tempahan blog keberapa pun Fiza tak ingat dah sebab banyak tempahan yang telah di buat. Client paling mudah nak deal. Buat sekali je dah approved design.


Seperti yang di minta, blog background static, ada android icon, beberapa logo penting dan gunakan huruf yang besar untuk senang nampak dan mudah di baca. Warna tema seperti dalam gambar iaitu gabungan warna biru, merah dan kuning lembut. Agak pening juga nak buat kombinasi warna ni. Agak kontra dan nampak lebih menyerlah pada mata Fiza lah. Pada pandangan korang mungkin berbeza. Korang rasa? Okay ke tidak? Since tuan blog kata okay, jadi kira settle design blog software programmer ni. Kalau korang nak tengok full view dan nak tahu lebih lanjut pasal software programmer ni boleh klik link dibawah.

With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
4 Comments
Share :

Facebook Dah Ada Storyline


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Selamat pagi dan selamat berhujung minggu semua. Facebooker mesti dah perasan facebook dah ada storyline macam instagram. Eh, ni facebook ke instagram? Sebab paparan your story tu memang sebiji sama macam instagram. Kalau belum ada storyline tu, korang perlu update applikasi facebook dalam smartphone masing-masing ye.

Bila dah update applikasi facebook, barulah korang nampak paparan storyline pada bahagian atas sekali. Macam biasa lah bila ada sesuatu yang baru, ada yang suka dan ada yang tidak suka dengan kewujudan storyline di facebook ni. Yang tak suka tu mungkin agak leceh nak upload dua-dua kot. Cukuplah upload story di instagram je. Tapi kalau dah jenis rajin, upload juga di facebook. Fiza tengok pun meriah juga storyline di facebook Fiza ni.



Mungkin dengan adanya storyline di facebook, facebooker yang takde instagram tu dapat pengalaman baru macam instagrammer kan. Tapi pada Fiza takde beza sebab Fiza sejenis yang jarang update video atau gambar di story tu sebab rasa lebih suka upload macam biasa di instagram dan link terus ke facebook.

Kalau upload story di instagram tempoh masa tu kejap je. Video dan gambar yang diupload akan hilang dalam tempoh  24jam. Itu juga salah satu faktor kenapa Fiza tak upload any video dan gambar dalam story sebab tak boleh nak tengok semula. Kalau story di facebook ni Fiza tak pasti la berapa lama tempoh dia sebab belum upload lagi dan mungkin juga sama seperti instagram.

Tapi kalau terlebih rajin dan bosan tu, seronok juga update story setiap masa. Yang tak suka orang komen di video dan gambar tu memang meriahlah story dia sebab apa yang diupload dalam story memang tak boleh komen, boleh hantar message je.

Walaupun Fiza jenis tak suka upload video atau gambar di story sendiri tapi suka tengok kemeriahan instagrammer upload di story mereka. Kejap kejap upload video, kejap kejap uload gambar. Tumpang seronok kejap. Layankan je apa yang ada kan. Selamat ber story di facebook.


With ❤,
Azhafizah MN

Azhafizah Md Nor
8 Comments
Share :

DISCLAIMER


All content provided on this azhafizah.com blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of azhafizah.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

Blog Comments Policy

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to :
1. Comments deemed to be spam or questionable spam
2. Comments including profanity
3. Comments containing language or concepts that could be deemed offensive
4. Comments that attack a person individually

This privacy policy statements is made on [January 23, 2017] and may have a change on the futures with or without notice. You should read this privacy policy on this page on the futures when updated.

[name=Azhafizah Md Nor] [img=https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/v/t1.0-1/p160x160/14448782_10210636189243803_7128433474369868727_n.jpg?oh=4425e5a9103abc1ff3665fd0f83feec3&oe=58F1F071] [description=Married.Blogger.Graphic Designer.Johorian.B.Eng (Hons) Electrical & Electronics Engineering.UiTM.Untuk tempahan DESIGN, PENGIKLANAN, COLLABORATION, SPONSORSHIP, GUEST POST dan PRODUK REVIEW boleh emailkan ke :azhafizahmdnor@gmail.com] (facebook=https://www.facebook.com/AzhafizahMdNor) (twitter=https://twitter.com/Azhafizah) (instagram=https://www.instagram.com/azhafizah.mdnor/)

Blog Sihatimerahjambu

Follow @azhafizah.mdnor