Disebalik Lagu Romantik Video Pernikahan FattZura

Wednesday, December 06, 2017

Eh, tak move on lagi ke dengan fattzura ni? Sejak Fazura dan Fattah Amin sah jadi suami isteri ni makin menjadi-jadi viral kemanisan fattzura ni. Ada yang dari tak minat mereka terus tersuka tanpa sengaja. Ada yang yang menyampah muntah hijau tengok pasangan bahagia ni. Well, biasalah pengantin baru. Haruslah sweet selalu dan diamalkan sampai bila-bila. Bukan baru kahwin je kena sweet romantik macam tu. Haruslah juga rindu walaupun masuk toilet sekejap.


Perasan sesuatu tak masa tengok video pernikahan Fazura dan Fattah Amin? Sesuatu yang dimaksudkan adalah lagu romantik dalam video tu yang menggunakan suara kanak-kanak perempuan. Sebenarnya bukanlah suara kanak-kanak sangat, kira remaja lah sebab penyanyi cilik tu baru je berumur 14 tahun yang bernama Harissa Adlynn Halim.


Lagu yang dinyanyikan oleh adik Harissa Adlynn dicipta oleh Aizat Amdan yang merupakan penyanyi dan komposer yang mana menulis lagu untuk Fattah Amin juga. Lagu tu pun dah ada official video music yang diterbitkan oleh Warner Music Official yang dikatakan OST untuk filem "Wanita Terindah" lakonan Fattah Amin dan Fazura sendiri. Wah sagat video dan lagu ni kan. Sangat memberikan kenangan manis untuk pasangan pengantin baru ni.

Apa-apa pun Fiza suka dengan suara Harissa tu. Sangat sesuai untuk tema pernikahan Fazura dan Fattah Amin tu. Kalau nak tahu, Harissa ni memang mempunyai latar belakang dalam bidang seni. Antaranya dia seringkali mewakili Malaysia di luar negara untuk persembahan tarian tradisional dan juga moden.

Harissa juga salah seorang pelajar cemerlang dan aktif dalam akademik. Pernah menyertai Asean Education Challenge di Chiangmai, Vietnam. Tahniah Harissa. Lepas ni ramailah cari Harissa untuk nyanyi lagu macam ni kan. Lagu ni juga ada versi Inggeris, liriknya ditulis sendiri oleh Harissa.

Dengar lagu >>>Harissa Adlynn - Aku Sayang Kamu (Official Music Video)

Lirik Lagu Aku Sayang Kamu -Harissa Adlynn

Dalam sendirian Wajahmu terbayang
Datang akan bulan 
Menemani terang 
Kau pejamkan mata 
Mimpi-mimpi yang terindah 

Aku sayang kamu 
Tiap detik waktu 
Ku ingin selalu 
Dekat di hatimu 
Biar selamanya 
Kekal bahagia 
Ku selalu menyayangimu 
Sayang bersabarlah Ini sementara 
Ku kan bersamamu 
Hingga ke akhirnya 
Jangan bimbang sayang 
Mimpi-mimpi yang terindah 

Aku sayang kamu 
Tiap detik waktu 
Ku ingin selalu 
Dekat di hatimu 
Biar selamanya 
Kekal bahagia 
Ku selalu menyayangimu 

Aku sayang kamu 
Tiap detik waktu 
Ku ingin selalu 
Dekat di hatimu 
Biar selamanya 
Kekal bahagia 

Ku selalu menyayangimu 

Aku sayang kamu 
Tiap detik waktu 
Ku ingin selalu 
Dekat di hatimu 
Biar selamanya 
Kekal bahagia

Ku selalu menyayangimu

kredit : beautifulnara
With Love,
image

2 comments

  1. hmmmm i dont really fancy those two. haha

    ReplyDelete
  2. boleh jd slh 1 lagu wajib majlis kawen selain 1000 years😊

    ReplyDelete

LATEST PHOTOS ON INSTAGRAM

All rights reserved Blog Sihatimerahjambu