Tempah Jahit Baju Murah Seremban

Zaman sekarang dah berkurang orang beli kain pasang dan hantar jahit pada Tailor. Ramai lebih suka memilih untuk beli baju yang dah siap. Tapi tak semua orang suka beli yang dah siap sebab adakalanya tak betul-betul muat pada badan sendiri. Baju-baju yang biasa dijual mengikut saiz standard. Kalau kau orang sejenis yang bersaiz tak standard terpaksalah juga tempah baju pada tailor kan.

Selain saiz tak standard memang ada yang suka tempah baju berbanding beli siap. Boleh pilih kain yang ikut citarasa dan boleh tempah mengikut fesyen apa yang kita nak lebih puas hati. Takdelah baju sama dengan orang lain. Semua itu terpulang pada citarasa dan bajet masing-masing.

Memandangkan zaman sekarang semuanya mahal, semua benda mesti nak cari yang murah dulu kan. Harga tempah jahit baju pun bukan main mahal lagi. Itu sebabnya ramai yang lebih suka beli baju siap-siap je. Kalau beli kain dan upah jahit lagi dah berganda pula kos nya kan. 

Tapi tak semua upah jahit mahal-mahal. Masih ada yang murah, kena pandai cari lah. Kalau kau orang duduk Seremban, kau orang boleh tempah jahit baju murah dengan sitihuzaimahtailor. Gerenti harga murah. Upah jahit blouse RM20 sahaja. Murah ke tidak tu? Murah lah tu kan. Lagipun jahitan kemas.

Jahitan kemas
Bergaya dengan kaftan blouse
Baju kebaya yang dijahit pun cantik dan kemas.
Kredit foto sitihuzaimahtailor

Nampak kurus pula pakai kebaya ni. Saja buat ukuran besar sikit. Tak payah nak ketat sangat kan.
Model kebaya
Bukan 2 helai ni je Fiza pernah tempah. Setakat ni dah tempah 2 helai blouse, set kebaya, sehelai kain dan sepasang baju kurung pahang. Setakat ni sangat puas hati dengan hasil jahitan dan harga. Berbaloi lah kalau tempah banyak tu. Cakap je nak jahit baju fesyen apa, boleh je buat. Dinasihatkan kau orang hantar tempahan awal kalau nak siap awal ye. Kalau last minit, memang tak dapat tolong lah.

Instagram 


with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. mmg murah sgt ni. kalau dekat maunya mama dah tempah

    ReplyDelete
  2. RM20 je? Murah tu! biasa RM30-RM35 blouse sahaja sy tempah...huhu.

    ReplyDelete
  3. Memang nampak sangat kemas jahitannya, dia terima online tempahan tak?

    ReplyDelete
  4. untuk mengayakan model tu..

    mahal ke murah

    saja nak tahu..

    hehehehe

    ReplyDelete
  5. kemas je jahitan dia.. tp mcm jijah selesa beli dah siap.

    ReplyDelete
  6. cantik kebaya tu. skrg ni mmg tempah baju pun dah mahal kan. murah lagi harga kain dari tempah hehe..

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.