Pageviews Blog Sihatimerahjambu Cecah 20 Juta

Eh! Baru perasan macam dah lama tak berkongsi entri kemajuan blog sendiri dalam blog. Almaklumlah sejak terjadi zaman kejatuhan selepas tukar template blog, memang mood nak hadap blog agak merundum. Grrr.. Kalau tahu awal-awal lagi dah pilih template yang sesuai tak payah tukar-tukar dah. 

Menyesal ke tukar template blog hari tu? Tak menyesal tapi sedih sebab trafik blog turun mendadak jatuh gedebak gedebuk berbulan-bulan lamanya. Ayat klise yang biasa kau orang dengar " Setiap yang berlaku mesti ada hikmahnya". Ye, memang ada hikmahnya di sebalik yang berlaku.

Walaupun trafik blog jatuh merundum teruk, tapi banyak benda-benda baik yang terjadi selepas tukar template blog. Antaranya dapat berjaya dapatkan SEO skor 100% di Chkme, bounce rate makin bagus dan perkara terbaik adalah lulus permohonan google adsense. Siapa yang tak seronok wei. Dalam kesedihan ada kegembiraan. Drama sungguh!

Satu lagi berita yang happy dan dalam masa yang sama sedih juga terasa. Kali terakhir Fiza kongsikan pageviews Fiza sebanyak 19 juta pageviews pada bulan Mei 2017 yang lepas. Sekarang bulan Oktober 2017. Bermakna nak dapatkan 1 juta pageviews ambil masa dalam 4 bulan sedangkan sebelum ni dalam sebulan atau sebulan lebih dah boleh dapat pageviews 1 juta. Apapun pencapaian yang bagus juga dah cecah 20 juta untuk rekod pencapaian blog sendiri yang masih bertahan sampai hari ni. Tahniah lah ye Puan Sihatimerahjambu.


Inilah namanya zaman kejatuhan. Bila dah jatuh, ambil masa nak bangun dan kembali cemerlang terbilang gemilang macam dulu. Lagipun masa juga salah satu faktor jarang ambil kisah pasal blog. Bila masa sibuk nak update pun tak menyempat. Apatah lagi nak berblogwalking.

Sekarang dalam proses membaik pulih trafik setiap hari. Alhamdulillah ada peningkatan. Harapnya boleh capai macam dulu. Jom usaha! Sedih-sedih pun takde guna sebab kalau tak usaha, takde hasilnya. Kadang-kadang mood down itu adalah perkara biasa bagi seorang blogger. Betul tak? Bila ada mood, bila banyak masa memang hadap blog je. Sebaliknya, kalau sibuk takde idea semua tu nak hadap blog sendiri pun tak ingin.

21 comments:

  1. Ni dah kira cemerlang ni... lajunya dapat 20 juta... huhu Tahniah ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..Ambil masa yang lama juga tu bertahun-tahun baru dapat

      Delete
  2. Tahniah Fiza!!! Memang pun, you deserve it dear!

    ReplyDelete
  3. wahhhhh TAHNIAHHHHH sis..!!!!!!!!!!!!!

    u deserve it.. <3 ape lagi..celebrate laaa... reward utk diri sendiri..eheheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih banyak²..celebrate usaha lebih je la..hihi

      Delete
  4. tahniah akakk.. banyak tuuu. bezanya dgn busyra.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.ala, xjauh banyak tu Busyra. kejap lagi dah capai tu.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.