Oishii Mochi

Agak lama juga memendam perasaan ingin mencuba sejenis kuih jepun yang bernama mochi ni. Dalam hati tertanya-tanya oishii desu ka. Ini semua gara-gara blogger Kak Zaza tu lah yang katanya sedap sangat tu. Dia pun terjebak di sebabkan anak dia yang mintak beli kat 7 Eleven. Fiza pulak terjebak dengan kakak Zaza. Eloklah tu, semuanya terpengaruh sama.

Disebabkan rasa keinginan yang tinggi, terpaksa juga turun kereta masuk 7 Eleven mencari mochi yang comel ni. Memang rezeki Fiza haritu sebab tinggal satu je pack mochi ni. Macam tahu -tahu je Fiza nak cuba rasa. Cukuplah ada satu je untuk merasa. Nama pun nak merasa. Kalau sedap baru lah beli lagi nanti. 

Apakah Mochi?

Mochi adalah kuih Jepun yang diperbuat daripada beras, ditumbuk sehingga lembut dan likat, kemudian dibentuk menjadi bulat-bulat kecil. Di Jepun, mochi dibuat dan dimakan ketika menyambut perayaan tradisional mochitsuki atau perayaan tahun baru Jepun. Mochi ini dijual dan dapat diperolehi di kedai-kedai kuih sepanjang tahun.
Yang ada perisa pandan kacang. Fiza tak sure lah kalau ada perisa lain sebab yang tinggal satu pack je kan. Lain kali boleh tengok-tengok kat 7 Eleven kalau ada perisa lain. Eh, macam rajin pula nak singgah selalu.

Harga Mochi Mahal

Pada Fiza, harganya mahal. 1 pack RM3.60 dimana harga sebiji mochi yang kecil molek ni harga dia 90 sen . Sekali ngap je masuk mulut. Kiranya satu pack ni untuk mulut seorang. Tapi kalau kau orang tengok cara nak membuat mochi ni baru kau orang akan faham kenapa harganya mahal. So, jangan komplen kalau sesuatu makanan tu mahal. Salah satu sebabnya sebab susah nak buat. Faham?


Tekstur Mochi Yang Lembut

Rupa bentuk dah lah comel, bila pegang lembut ya amat. Yang putih-putih ni mungkin taburan gula halus macam donut tu lah.


 Oishii Mochi

Bukan setakat lembut di pegang. Mochi merupakan kuih pepejal yang kenyal juga tapi bila di gigit tak melantun lah. Lembut dan of course rasa sedap! Entahlah tak dapat nak digambarkan dengan perkataan sebab tak tahu nak diibaratkan dengan apa. Pada tekak Fiza rasa macam kuih kasturi kacang hijau tu kot tapi versi lembut. Pelik pula rasa kacang hijau padahal inti dalam tu rasa pandan kot. Tekak kau dah kenapa Fiza oi? Yang penting oishii moshi dan puas hati makan. Cuma tak puas hati sebab sekali hadap habis.



I want more please...

10 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.