Masalah Widget Follower Blog Error 502

Ada yang perasan tak widget follower blog bermasalah tak? Tak muncul macam biasa tapi keluar error 502. Kenapa ya? Kalau sebelum ni ada masalah follow blog tapi rasanya dah mudah nak follow blog-blog. Fiza perasan widget follower ni tak selalu terjadi. Cuma kadangkala je Fiza perasan error ni muncul. Kalau kau orang refresh semula mungkin ada widget follower tu macam biasa. ataupun kadangkala masih bermasalah.


Well, kau orang tak perlu risau sebab kejap dia okay kejap dia tak okay. Tak payah pening-pening fikir masalah widget ni. Mungkin server google tengah pening. Lagipun widget follower ni blogger tak pandang dah tak macam dulu-dulu "you follow me, I follow you back". Ye ke tak pandang?

Pada Fiza widget follower ni ikut suka kau orang nak letak ke tidak. Blog kau orang sendiri kan. Tujuan letak widget tu ikut niat masing-masing. Ada yang letak untuk kumpul follower dan kawan-kawan. Ada juga yang letak untuk menghargai mereka yang sentiasa support blog mereka dan bermacam-macam tujuan dan niat masing-masing. Fikir positif je sudah lah ye. Tak penat ke nak fikir negatif je lalu pening.

4 comments:

  1. Perasan jugak . 3 4 hari ni follower blog problem . Ingatkan follower blog CCL jer macam tue . Bila singgah blogwalking blogger lain masalah yang sama terjadi .

    ReplyDelete
  2. Saya suka Widget tu sebab saya akan baca latest entri yang ada dalam bloglist... kalau tak ada widget tu leceh nak pergi ke Google+ pula.... harap2 Google pulihkan kembali..

    ReplyDelete
  3. Blog saya pun ada masalah ni juga. Saya biarkan sahaja je buat masa ni sebab ni memang masalah Google. There's nothing that we could do about this.

    ReplyDelete
  4. Masalah yang serius juga..

    Mungkin pihak Google nak buat wiget lain kot

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.