Glutafit Coffee Tester Goodies Kenduri Kahwin

Dulu-dulu pergi kenduri kahwin, suka sangat kalau dapat bunga telur. Kemudian, bunga telur tu mak akan simpan dalam satu pasu untuk simpan. Dan bila tiba Maulidur Rasul mak akan recycle semua bunga-bunga jadikan bunga telur yang baru dan masukkan dalam satu pasu bawa ke Masjid. Biasanya setiap yang datang ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul di Masjid kampung akan membawa jambangan bunga telur atau ada menu lain sebagai juadah atau buah tangan untuk mereka yang datang. Tempat kau orang ada buat macam tu tak?

Jadi, bila dapat buat telur dari kenduri kahwin tu boleh di katakan tidak membazir sebab bunga telur tu akan di simpan untuk tujuan pemberian juga. Daripada buang baik di simpan untuk digunakan pada masa akan datang. Selain itu, boleh berjimat cermat daripada buang terus.

Tapi zaman sudah berubah. Nak dapat bunga telur pun susah. Kalau dapat pun mungkin bunga telur daripada bunga pahar di pelamin tu je. Betul tak? Zaman sekarang pemberian bunga telur kepada tetamu dalam majlis kahwin semakin dilupakan. 

Zaman sekarang banyak benda yang boleh diberikan kepada tetamu sebagai buah tangan menghadiri majlis kahwin seperti gula-gula, biskut, kekacang, kicap dalam botol kecil, pop corn, coklat, kuih bahulu yang besar, cupcakes, brownies, kek dalam baling, air kotak, air mineral, sepit kuku, sabung wangi dan bermacam-macam lagi.


Yang terbaru ni family mertua pergi kenduri kahwin saudara dapat Glutafit Coffee dalam pack tester. Agak rare pemberian goodies macam ni kan? Mungkin tuan rumahnya jual Glutafit kopi kot. Semuanya bergantung kepada bajet dan citarasa tuan rumah nak bagi apapun. Sebagai tetamu, terima seadanya. Jangan komplen sebaliknya berikan doa yang baik-baik untuk pengantin dan tuan rumah.

Well, bercakap pasal Glutafit Coffee ni baru pertama kali Fiza Nampak jenama coffee. Entah bila kewujudannya pun Fiza tak pasti. Nampak macam menarik packaging dia ni. Comel pun comel. Hari ni baru sempat merasa kopi ni rasa macam tersuka pula dengan rasa kopi yang agak creamy dan sedap ni. Kurang rasa pahit. Walaupun kurang kick pahit dia tapi tetap sedap. Katanya kopi ni untuk kurus dan cantik. Macam best je tapi takpelah, kita dapat merasa tester pun dah cukup sebab harganya boleh tahan juga. Nak tahu lebih lanjut, sila rajinkan diri untuk mengoogle. Hehe

6 comments:

  1. Macam-macam idea orang buat untuk goodies ni kan... kreatif dan modern...

    ReplyDelete
  2. betul,zaman sekarang memang payah dah nak dapat telur dalam kotak2 macam dulu2 kan..
    rindu pulak.. yang ni memang rare sbb Cik Renex tak pernah dapat kopi dlm goodies bag. menarik idea dia. :)

    ReplyDelete
  3. Suka zaman dapat bunga telur tu, tapi org sekarang x buat.mungkin leceh nak rebus telur semua tu. Order kuih kan senang dh siap.

    ReplyDelete
  4. bestnya dapat coffee macam tu. so far Qekra tak pernah dapat lagi ;)

    ReplyDelete
  5. unik jugak kan.. dapat tester pun ok.. boleh minum. hehe

    ReplyDelete
  6. baru 1st time ni dengar fiza...dah macam-macam kan orang bagi door gift..kreatif dan stratergy marketing betul ni...hahaha

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.