Cheesy Bites Betul-Betul Cheesy!

Selamat tengahari semua orang! Dah lunch ke belum? Kalau belum dan takde idea nak makan apa? Sesekali menu lunch boleh cuba makan Cheesy Bites Pizza hut dengan menggunakan perkhidmatan PHD (Pizza hut Delivery) je lebih senang kalau kau orang sejenis yang malas keluar. Boleh jimat tenaga sikit.

Kebetulan tekak tiba-tiba rasa macam nak makan something yang bercheese. Muncul lah idea nak makan Cheesy Bites yang selalu keluar iklan kat TV tu. Kuat betul pengaruh iklan! Kalau iklan makanan yang kau orang suka berlegar-legar kat TV tu macam susah nak tahan godaan selagi tak dapat rasa. Betul tak?

cheesy-bites-betul-betul-cheesy
roti yang lembut dan cheese super nyummy

Rasa Cheesy Bites Betul-Betul Cheesy

Topping cheese yang di letakkan atas pizza tak banyak mana pun cuma paling nikmati makan cheese yang kat tepi-tepi tu. Roti lembut dan memang betul-betul cheesy sebab dalam tu diletakkan cheese. Cuma topping tengah tu agak kurang cheese lah pada Fiza. Ikut nasib lah kalau tukang masak nak terbagi topping cheese lebih untunglah kan.

Tapi bila kau orang dah mula makan yang bahagian tepi bercheese tu macam kau lupa nak makan bahagian tengah tu. Rasa macam bukan makan pizza pula. Macam makan breadstick cheese yang super sedap! Sesuai kot kalau budak-budak macam. Mesti dia orang makan bahagian tepi tu je.

Topped delicious chicken pepperoni, shredded chicken, chicken meatballs. Every bite is filled with cheddar and mozzarella-Pizza Hut

Saiz Cheesy Bites

Didatangkan dalam saiz regular. Kalau kau orang hantu cheese, rasanya cukup-cukup untuk kau orang seorang je. Ada baiknya kau orang beli lebih kalau nak makan beramai-ramai. Tapi kalau sekadar nak merasa, beli 1 je dah mencukupi lah kot. 

cheesy-bites-betul-betul-cheesy
makan sorang tak cukup!

Harga Cheesy Bites

Fiza beli yang promo 1 Cheesy bites + 2 mushroom soup dengan harga RM36. Kalau beli ala carte Pizza Hut Cheesy Bites sahaja, harganya RM35.50. Lebih berbaloi kalau kau orang beli yang set promo tu. Lagi jimat dan tambah RM.50 sen boleh dapat 2 mangkuk mushroom soup. Of courselah lebih berbaloi.

cheesy-bites-betul-betul-cheesy
Terliur tengok gambar!

10 comments:

  1. hari tu makan pizza tapi tak pulak try ni..seingat akak diorang pernah keluarkan cheesy bites ni dulu kan

    ReplyDelete
  2. Baru beli semalam. Order delivery. bile sampai, kecewa sebab kecil. Pastu tak sesedap yang dibayangkan. Pasni tak nak order dah :(

    ReplyDelete
  3. adoii sungguh menggoda . sy peminat cheese, rugi kalau tak cuba ni.

    ReplyDelete
  4. betul la...pengaruh gambo pun ye jugak ni. terpesona dah tengok cheese melimpah keluar tu :D

    ReplyDelete
  5. slalu Qekra beli pizza yang biasa jer, tak pernah beli yg cheezy bites ni.
    nanti nak try la ;)

    ReplyDelete
  6. Sedapnya , baik beli harga promo lg berbaloi

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.