Portfolio Art & Design Azhafizah Network

Sunday, September 10, 2017

Rasanya macam dah berbulan Fiza tak kongsikan artwork yang Fiza buat dalam blog ni. Bukan takde tempahan baru, cuma malas nak masukkan dalam blog sebab nanti nak kena membebel tentang design sebab tak nak entri dalam blog hanya gambar semata-mata. Jadi, banyak design baru yang masih terperam. Ikutkan niat sebenar nak masukkan semua design dalam blog je sebab salah satu tujuaannya untuk mempromosikan hasil kerja. Tujuan marketing lah kiranya.

Fiza sudah pun masukkan artwork dalam blog page tapi bila dah banyak jadi berjela-jela pula orang nak scroll. Lagipun kadang-kadang lambat loading sebab gambar terlalu banyak. Jadi, Fiza masukkan artwork dalam facebook page. Tapi macam agak sendu je. Fiza fikir mungkin facebook dah kurang dapat perhatian ramai.

Disebabkan instagram the best medium marketing buat masa ni. Jadi, Fiza terpaksa create instagram khas yang baru untuk segala artwork Fiza dalam tu. Senang juga client nak mencari dan nak tengok portfolio Fiza yang ada akan datang. Senang juga client nak buat rujukan untuk contoh yang ada. Lagipun ramai lebih suka ber instagram daripada facebook sekarang ni kan. Plus, lebih menarik di tambahkan dengah hashtag untuk lebih memudahkan pencarian artwork nanti.


Instagram khas yang baru untuk artwork Fiza, Fiza letak nama 'azhafizahnetwork' sama nama dengan daftar dengan SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia). Mudah untuk nak ingat dan mencari. Lagipun tengah takde idea nak fikirkan nama ig yang menarik.

So bila ada instagram baru ni, kena gigih sikitlah nak setting segala macam dalam tu dan Fiza dah mula upload artwork lama sebagai koleksi kerja Fiza. Harap tak marah kalau spam banyak gambar lalu kat instagram kau orang nanti ye. Artwork lama kena simpan juga untuk kenangan yang ada. Kalau dibiarkan begitu je macam rugi aje kan.

Kalau kau orang ada instagram, sudikanlah sekiranya follow instagram @azhafizahnetwork sebagai sokongan kau orang dalam perjalanan seni design Fiza. Terima kasih daun keladi.
With Love,
image

9 comments

  1. Follower yang ke 79 azhafizah network datang singgah sini.. morning sis fiza..

    ReplyDelete
  2. kalau Fiza yang design nih mesti lawa punya..

    ReplyDelete
  3. Saya pun rasa kat FB makin suram...hehe.. IG lagi memberangsangkan :P
    OK, dh follow fiza.. Good luck in your business ye!

    ReplyDelete
  4. fizah, nak fizah buatkan design blog boleh?

    ReplyDelete

LATEST PHOTOS ON INSTAGRAM

All rights reserved Blog Sihatimerahjambu