Berbaloi Ke Beli Kek Viral RM1?

Selamat hari isnin. Seronok bercuti hujung minggu yang lama? Of courselah seronok! Part yang tak seronoknya bila dah masuk hari isnin dan bermulah episod kerja. Okay, tajuk entri takde kena mengena dengan soal kerja. Mesti kau orang familiar dengan kek viral RM1 yang agak lama viral sejak tahun lepas kalau tak silap Fiza.

Sehingga sekarang masih ada yang bertahan menjalankan bisnes kek viral RM1. Boleh di katakan setiap negeri mesti ada satu cawangan jualan kek viral RM1 ni. Dulu masa mula-mula viral agak tak percaya juga. Ye lah kan, tak kan orang nak jual RM1 je. Mana nak untung? Macam tipu je. Bila dah ramai yang beli, baru lah percaya. Berbaloi ke beli kek viral RM1 ni? sedap ke?

Teringin nak cuba beli dan rasa tapi tak berkesempatan sebab tak tahu kat mana nak beli. Akhirnya dapat juga beli kek viral RM1 kat Banting Baru. Peniaganya jual kek viral RM1 depan rumah je. Takde kedai. Agak susah nak mencari. Kebetulan ada anak buah yang tahu, jadi mudah lah nak pergi beli. Akhirnya dapat juga merasa.

Tiramisu, Blueberry, Pandan Snow Cheese, Buah-buahan
Tak cukup beli 4 slice je, Fiza beli 2 biji kek oreo dan snow cheese. Untuk 1 biji kek ni dapat 8 potong kek. Sepatutnya RM8 tapi peniaga charge RM10 untuk sebiji kek sebab alas kek dan kotak. Ceh! Kiranya kena bayar lebih RM2 tapi dapat 8 potong kek yang sepatutnya berharga RM8 sahaja. Maksudnya perlu bayar harga alas kek dan kotak yang berharga RM1 setiap satu. Rugi RM2 yang boleh dapat 2 potong kek lagi. 

Agak terkejut masa nak bayar tu sebab ikut kira-kira ada 20 potong kek sahaja dan perlu bayar RM20 tapi peniaga kira RM24. Bila di tanya, itu lah jawapan dia. Nak tak nak bayar je lah RM24 sebab dia dah siap bungkus dah. Orang berniaga kan. Patut kena letak papan tanda kat situ. Mungkin ada tapi tak perasan atau mungkin takde lansung. Entah lah. lupakan saja dan berlalu pergi. Lepas ni kalau pergi lagi, tak payah beli sebiji terus. Baik beli yang dah siap potong satu-satu yang terang-terang harganya RM1 tanpa sebarang harga tersembunyi. 


Jadi, berbaloi ke tidak membeli? Berbaloi lah kalau untuk makan ramai-ramai. Rasanya pun boleh tahan sedap. Tak sedap pun jadi sedap dan meriah bila makan beramai-ramai ni. Boleh pulak kami orang makan style makan nasi ambeng. Sudu sorang satu dan sudukan aje kek ke mulut masing-masing tanpa pinggan. Berebut masing-masing makan. Seronok pulak makan! Sekali hadap je boleh habis cuma tinggal sepotong je la.

Alang-alang dah beli kek tu, sambut sekali birthday anak buah Fiza awal sikit yang sepatutnya minggu depan. Dah berkumpul ramai-ramai tu sekalikan je pun boleh. Bila lagi?

9 comments:

  1. ada cas tersembunyi..xleh jadi ni..nasib la sdap..hihi

    ReplyDelete
  2. Aiyaaa.. harga tersembunyi ni.. Tapi takpalah lain kali boleh lebih berhati2.. Sbb KPDNKK suh letak harga tuk semua barang yang ingin dijuai..tak giteewww..

    ReplyDelete
  3. Nasib baik kek nampak sedap..rasa pun sedap..pejam mata je la jawabnya kan..hehe :D

    ReplyDelete
  4. teringin jugak nak beli tapi pejam mata je lah dulu.

    ReplyDelete
  5. First time siqah dengar pasal kek viral ni. Nampak kek sedap tu :D

    ReplyDelete
  6. Boleh beli banyak-banyak kalau sepotong RM1.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.