Percutian ke Maldives, Bermalam di Villa Mewah

Tiba-tiba jadi viral pula kisah percutian Hanis Zalikha dan Hairul Azreen bersama anak mereka Yusuf Iskandar di Soneva Jani, Maldives. Viral bukan sebab apa, sebab kena kecam berlagak kaya dan membazir oleh netizen. Alahai kau orang pun sebok nak kecam orang. Padahal bukan guna duit kau orang dan tak kacau hidup kau orang pun. Biarlah mereka nak bercuti ke mana sekali pun. Jealous lah tu! Sebelum ni mereka berdua pernah berbulan madu di sini. Jadi, kali ni bercuti bersama Yusuf pula.


Rasanya semua orang pun teringin nak bercuti ke Maldives. Apatah lagi dapat bermalam di Villa Mewah yang di katakan harga penginapan semalam puluhan ribu hampir 100 ribu. Harga penginapan Villa di Maldives berbeza bermula daripada 8 ribu. Untuk ke Villa Mewah yang diberi nama Villa Soneva Jani ni perlu menaiki pesawat Air daripada Lapangan terbang Antarabangsa Male dan mengambil masa lebih kurang dari 1 jam untuk sampai. 

Jangan di tanya kenapa harganya sangat mahal dan mewah. Sebabnya ianya adalah sebuah lagun persendirian yang dikelilingi oleh lima buah pulau yang sangat cantik memukau pandangan mata. Baru tengok gambar dah terpukau, inikan pula kalau dah sampai sana. Memang rasa tak nak balik dah kot.

Memang beruntung dan rezeki mereka yang dah sampai ke sini. Maldives tempat yang paling menarik untuk berbulan madu dan bercuti bersama keluarga. Kalau dah bermalam di sini, memang enjoy dengan suasana di sini. Dapat melihat permandangan kepulauan yang cantik. Bermandi manda sepuas-puasnya. Pada waktu malam pula dapat tengok bintang di langit sambil bersantai di Luar Villa, mahupun di dalam Villa.

Dari hasil perkongsian video Hanis Zalikha, dapatlah tengok suasana Villa Mewah penginapan mereka tu. Tak dapat pergi, dapat cuci mata pun jadi lah ye. Manalah tahu, kot-kot ada rezeki terpijak, durian runtuh ke. Siapa tahu rezeki kita kan. Doa-doa lah semoga kita semua murah rezeki dan dapat bercuti bersama keluarga di tempat-tempat idaman masing-masing. Nak letak Maldives dalam wishlist percutian pun rasa gigil.
with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. netizen...mane pernah molek di mata mereka :D

    ReplyDelete
  2. bila baca komen2 netizen yang kecam dorg ni, menunjukkan betapa sesetengah rakyat negara pasir berdengung kini makin ramai yg "sakit" otak dan akhlaknya.

    bagi kite senang jer, kalau ade duit..pergi jer bercuti kemana2 selagi kita x mintak sedekah dari orang lain. selagi kita ada ahli keluarga bersama kita, happykan dorang. Mana tau esok lusa, mungkin tu last percutian kita dengan yang tersayang.

    kalau tak mampu nak bercuti gi mana2, sebaiknya berlapang dada. rezeki masing2 Allah dah tentukan. Bukan mengutuk sana sini, mempertikaikan org tu x sedekah masjid la..membazir la... mcm2 kesimpulan netizen ni... sabo jer la..huhu

    ReplyDelete
  3. Nangis tengok harga semalam. Tapi memang cantiklah tempatnya ­čśŹ

    ReplyDelete
  4. Cantikkkk sungguhlaaaaa, Geramm aihh~ rezeki depa kan...
    Well, meh join Giveaway untuk asset wanita...cream ja~
    http://nonasani.blogspot.my/2017/08/giveaway-saya-nak-prime-buster-cream.html

    ReplyDelete
  5. tak minat pun mereka ini.. tapi still pelik kenapa orang nak kecam.. rezeki masing-masing..

    ReplyDelete
  6. ada juga follow story ni, series mmg cntik sgt view dekat sana.. Subhanallah, xdpt pegi pun xpa yang penting dpt juga join cucui mata dr video2 hanis skeluarga =D

    ReplyDelete
  7. memang cantik sangat tempat ia. tapi berbaloi la kot gan harganya tu

    ReplyDelete
  8. kalau nak bercuti macam hanis,kenalah kumpul duit banyak2..usaha lebih sikit..tau nak entam orang jelah kan kerjanya

    ReplyDelete
  9. Manusia yang suka kencam ni, dia jeles memanjang dgn kelebihan org lain. Apapun, tempat yang percutian ni memang ohsem pun. Tengok tempatnya, perggghhhhh! Tenang jeeee

    ReplyDelete
  10. they deserves it kan kak. dorang punya bsnes macam mana pulak. mmg mampu laa bercuti macam tuh. kenapa lahh yang kecam kecam ni dengki betul.
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.