Belajar Buat Kuih Sopang Nismilan

Pertama kali makan kuih sopang mak mertua den buat. Kalau tak, lansung tak kenal kuih sopang. Orang nismilan a.k.a Negeri Sembilan sebut kuih sopang. Kalau di johor disebut kuih badak berendam. Mulanya fiza ingatkan kuih sopang dengan kuih badak berendam ni sama. Rupanya tak sama lansung cuma lebih kurang sama dari segi bahan bahan je. Jadinya tak boleh lah nak di katakan kuih sopang tu kuih badak berendam. Kan?

Disebabkan lama tak makan kuih sopang, teringin nak cuba buat. Kenapa gigih sangat nak buat? Sebab kuih favourite husband bakal merangkap kuih favourite Fiza juga sebab Fiza suka kuih badak berendam. Lagi satu sebabnya bila dah pandai buat boleh makan bila bila masa kau nak. Menyenangkan kerja juga di masa akan datang. Takdelah masa tu nanti baru nak belajar. Pendek kata, apa yang kau orang suka makan sila belajar masak mulai dari sekarang. Kalau tak menyesal di kemudian hari.

Yang fiza tahu, kuih sopang ni mudah nak buat jika ada bahan bahan secukupnya. Cara masak dengan hanya mengukus je. Nak rasa kuih sopang yang sedap, kena pastikan menggunakan bahan-bahan yang segar contohnya seperti santan segar dan inti kelapa daripada kelapa muda. Itu dari apa yang dapat fiza rumuskan setelah beberapa kali bereksprimen buat kuih sopang ni. Nak tambah lagi sedap dan bau aroma yang wangi, sila alaskan kuih sopang ni dengan daun pisang. Menambahkan lagi selera nak makan kuih sopang.


Tapi yang tak syoknya dan sentiasa failed bab kuah santan tu. Kejadiaanya tak berapa cantik. Tak pekat dan kurang sedapnya. But still masih sedap. Mungkin kena betul betul gunakan pati santan yang betul-betul pekat. Disebabkan di bandar ni kelapa mahal dan nak dapat kelapa parut pun payah, fiza buat mana yang cukup syarat je la. Janji ada rasa kuih sopang.

Nampaknya kena cuba lagi buat lepas ni sampai betul-betul jadi kuih sopang yang sebenar. Barulah terasa nikmatnya makan kuih sopang bersantan berlemak tu.
with love,
Sihatimerahjambu

Comments

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.