Tomato Kecilkan Liang Pori Muka

Monday, July 10, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hai si cantik manis dan yang kacak bergaya. Setiap orang inginkan kulit yang cantik licin dan sihat. Tak semestinya menggunakan produk yang mahal mampu memberikan kulit yang cantik licin. Untuk mereka yang mahu mengecilkan liang pori muka tu, boleh cuba cara tradisional dengan menggunakan buah tomato. Ye, buah tomato mampu memberikan kecantikan kulit yang cantik, licin dan sihat. Bukan sekadar hanya untuk kegunaan memasak. Malahan banyak digunakan dalam produk kecantikan juga.

Sebelum ni Fiza ada kongsikan DIY Scrub tomato dengan membuat seperti kiub air batu. Tapi Fiza ada beberapa lagi petua tradisional yang menggunakan buah tomato untuk tujuan mengecilkan liang pori-pori muka. Untuk masalah pori-pori muka yang agak besar mungkin akan mengambil masa lebih sikit untuk mengecilkannya. Bila menggunakan bahan semulajadi dan petua tradisional ni kau orang kena banyak sabar untuk dapatkan hasil yang seperti di inginkan. Biar selamat janji kulit sihat dan cantik untuk jangka masa panjang. Elakkan penggunakan produk yang berkesan dengan cepat menggunakan bahan kimia yang tinggi yang boleh merosakkan kulit.

Tomato Kecilkan Liang Pori Muka

3 cara untuk kecilkan pori muka dengan menggunakan buah tomato


TOMATO DAN GULA

1. Cuci muka dengan menggunakan air suam untuk membuka ruang pori
2. Potong buah tomato kepada 2 bahagian. 1 bahagian untuk kegunaan waktu pagi dan sebahagian lagi untuk kegunaan waktu malam.
3. Ambil tomato dan letakkan pada gula, kemudian sental terus di muka. Tahap sentalan tu ikut tahan sakit ye. Jangan sampai luka berdarah sudah lah. Biarkan 5 minit, kemudian bilas dengan air biasa/air sejuk dan keringkan dengan tuala bersih.


TOMATO YANG DIBEKUKAN

1. Belah tomato kepada dua bahagian dan masukkan dalam peti ais bahagian beku.Nak lagi bersih masukkan dalam plastik. Takut bercampur bau dengan bahan dalam peti ais pula.
2. Bila dah beku, keluarkan tomato yang dah beku tu dan sental kat kulit pada kulit muka.
3. Selepas 5 minit, bilas dengan air kemudian keringkan menggunakan tuala bersih.

TOMATO ASLI TANPA BAHAN LAIN

1. Pilih tomato yg agak masak, lenyekkan tomato dalam mangkuk
2. Sapukan tomato yang telah di lenyek pada muka
3. Biarkan selama 15-20 minit.
4. Kemudian bilas dengan air besih dan keringkan dengan tuala bersih.

Kau orang boleh cuba 3 cara untuk kecilkan liang pori muka. Ikutlah mana yang senang di buat. Lakukan secara konsisten, inshaAllah berhasil. Selamat mencuba. Jom cantik!
15 comments on "Tomato Kecilkan Liang Pori Muka"
  1. okeuy...boleh start buat la...stock tomato masak banyak dalam fridge

    ReplyDelete
  2. Lepas cuci muka selalu tonyohkan scrub tomato pada muka . Blend tomato simpan bekukan dalam peti ais..wrap pada muka..heaven

    ReplyDelete
  3. wow bagusnya
    anum memang suka makan tomato..

    ReplyDelete
  4. wah..bagus ni..akak pun tak pernah lagi cuba...

    ReplyDelete
  5. boleh try nih..pori2 besar kawah bulan..hehehe

    ReplyDelete
  6. tq for sharing fiza.
    something good and simple.
    boleh la buat utk anak dara sulung aida.
    aida x brape galakkan dia guna pe pe produk.
    baru 12 thn, kan.
    but kulit muka dia da start problem.
    may be boleh la kot buatkan dia mask tomato.

    ReplyDelete
  7. busyra suka gila makan tomato . cumanya tak boleh nak telan makan saja. tp kalau buat kerabu boleh pulak. haha. pelik.

    ReplyDelete
  8. ciktie pernah cuba buat guna tomato je tapi tak boleh la..pedih sangat rasa kulit muka ni

    ReplyDelete
  9. Dulu suka sangat letak tomato kat muka.. since jadi penggemar makan tomato, terus sayang nak letak kat muka.. hehehe..

    ReplyDelete
  10. suka jugak lumur2 tomato ni kat muka.. kasi skrub ;)

    ReplyDelete
  11. xperna guna tomato lagi tp khasiat alam semula jadi mmg xdpt dipertikaikan lagi =)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberikan.

Auto Post Signature

Auto Post  Signature