Perempuan Mesti Ada Tudung Warna Hitam

Setuju tak kalau Fiza kata setiap orang perempuan mesti ada tudung berwarna hitam. Tak kisahlah apa jenis tudung kesukaan kau orang sekalipun. Mesti ada tudung warna hitam. Betul tak? Tudung hitam yang sangat berguna pada bila-bila masa sekalipun. Kenapa mesti ada tudung hitam? Masing-masing ada sebab kenapa perlu ada tudung warna hitam ni bergantung kepada keperluan masing-masing. 

Perempuan Mesti Ada Tudung Warna Hitam

Tak Nampak Kotor

Ye, tak nampak kotor tu penting sangat sebab biasanya kalau zaman sekolah, aktiviti luar atau lakukan aktiviti lasak mesti pakai tudung hitam sebab tak nak nampak kotor. Memang tudung akan kotor tapi selepas di basuh pun, kesan kotoran tu tak nampak. Takde lah rasa segan nak pakai semula tudung hitam tu nanti kan. Kalau kau malas basuh sekali pun orang tak kan tahu tudung tu dah kotor dan di pakai. Eh, janganlah sampai tak basuh pula. Malas sangat tu. Tapi kalau kecemasan, terpaksa pakai juga.

Sesuai dengan Semua Baju

Tudung hitam boleh disesuaikan dengan apa-apa warna baju sekalipun. Agak-agak pening nak fikir nak sesuaikan baju dengan tudung warna apa. Pakai je warna hitam, sesuai je. Bak kata warna yang selamat untuk di sesuaikan dengan apa-apa jenis warna baju sekalipun.

Tudung Kecemasan

Kecemasan yang di maksudkan adalah di saat kalau nak cepat siap. Terus capai tudung warna hitam yang boleh disesuaikan dengan baju apa sekali pun. Warna selamat lah katakan.

Tak perlu Gosok 

Saat nak cepat siap tapi tak banyak masa nak bersiap. Lansung tak sempat nak gosok tudung. Nah, pakai je tudung warna hitam yang berkedut sejuta. Tak perlu risau sebab kedutan sejuta tu tak nampak pun. Cantik elok je pakai tanpa di gosok sekalipun. Orang pun tak perasan tudung kita pakai tu tak gosok. Well, rasanya semua perempuan pernah buat kot. Sangat sesuai bawa pergi travel sebab tak perlu bersusah payah nak menggosok bagai. 

Warna Yang Elegan/Professional

Perlu ada tudung hitam ni untuk tujuan nampak professional ataupun korporat. Biasanya sektor professional mengenakan warna hitam untuk nampak lebih elegan dan professional. Nak di katakan warna rasmi pun ada. Kalau dulu ambil gambar kad pengenalan pun kena pakai tudung warna hitam. Warna lain memang tak dibenarkan. 

Banyak sebab lagi kenapa perlu ada tudung warna hitam ni. Pendek kata, tudung hitam adalah tudung serbaguna. Boleh di pakai pada bila-bila masa yang diperlukan. Tapi ada juga tak suka pakai warna hitam. Pun ada. Setiap orang berbeza citarasa dan pendapat.

13 comments:

  1. ai ada banyak tudung warna hitam.. hehehe!

    ReplyDelete
  2. bhahahah setuju setuju wajib ada. dua tiga helai pun xpa janji kena ada. kadang2 penyelamat keadaan bila tak tahu nak kenakan dengan tudung warna apa =D

    ReplyDelete
  3. Betul tu setuju.
    Mrs. A punya tudung hitam bukan setakat 1 atau 2 lebih dari tu dan pelbagai material ngeh! ngeh! ngeh!

    ReplyDelete
  4. Tuudng hitam ni senang nak dipadankan dengan apa jua warna.. :)

    ReplyDelete
  5. tudnung hitam tudung penyelamat. especially kalau nk pergi vacation kan.. bwk 1 tudung dah boleh pkai dgn smua baju ;)

    ReplyDelete
  6. Tudung hitam wajib ada... match semua baju.... kalau wife tanya saya tudung apa yang sesuai, saya cakap hitam je... haha

    ReplyDelete
  7. Hahaha...so true...dulu selalu sambar hitam jer...senang masuk tayah pk panjang =)

    ReplyDelete
  8. btol. sgt setuju :)
    aida ada yg awning & yg bawal.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.