Image Slider

Cat Luar Rumah Warna Grey Blue, White & Black

Thursday, July 20, 2017
2 minggu lepas lama Fiza menyepi lansung tak update instagram dan facebook. Cuma sempat lah juga update beberapa entri di kala masa tengah ada idea. Sibuk dengan kerja design dan juga sibuk siapkan mengecat luar rumah. Ku sangkakan sekejap je cat luar rumah. Kononnya mula hari sabtu dan siap hari ahad. Tapi tak! Mula mengecat hari sabtu dan siap hari selasa.

Dia punya penat mengecat jangan cakaplah. Barai! Kalau mengecat dalam rumah tak penat sangat memandangkan dalam rumah tak panas. Mengecat luar rumah kena hadap cuaca panas matahari memang mencabar sungguh. Demi menyiapkan proses mengecat, kena gigih jugalah menyiapkan kerja mengecat dengan husband.

Gara-gara cat dinding lama dah mengelupas teruk dari hari ke hari. Kena juga mengecat baru. Dah alang-alang mengecat biar mengecat habis luar rumah. Kalau tak, entah bila ada masa nak mengecat kalau mengecat sikit-sikit. Pening juga nak memilih warna cat luar rumah ni. Macam biasa gunakan perkhidmatan google warna apa yang sesuai untuk digabungkan. Pada mulanya Fiza dan husband pilih warna minty breeze untuk digabungkan dengan grey. Bila dah tengok banyak warna jadi rambang mata pula dan akhirnya Fiza pilih warna river bank (Jotun) jenis matte untuk cat luar rumah. Beli 5 Liter dengan harga RM119. Kemudian kena tambah lagi 5 Liter sebab cat tak cukup. Cat putih pula guna dalam 10 liter juga. Cat putih jenis matte 7 Liter RM3+.

Tips Sebelum Mengecat Rumah

1. Cat masa cuaca panas supaya cat cepat kering dan lebih elok.
1. Bersihkan dinding daripada  habuk dan kikis bahagian yang rosak megelupas dan kikis juga pada bahagian dinding yang mempunyai bintil-bintil lebihan simen.
2. Jika ada lubang atau retakan, tutupkan dengan filler dinding terlebih dahulu dan biarkan kering.
3. Setelah filler dinding kering, baru mulakan dengan mengecat dasar dengan cat warna putih terlebih dahulu pada semua dinding yang nak di cat.
4. Bila dinding semua dah di cat dasar dengan warna putih dan kering, barulah mula mengecat dengan laspisan akhir cat (top coat). Barulah nampak warna sebenar cat dan cat lebih tahan lama. Pada proses ni biasanya akan buat 2 lapisan cat. Lapisan pertama cat nipis dan kali kedua tebalkan lapisan baru nampak cantik. Kalau tidak, masih nampak cat dasar warna putih tu. Kiranya 3 lapisan la termasuk cat dasar bermakna 3 kali kerja.
Itu baru kerja mengecat dinding, belum lagi kerja mengecat grill sliding door dan pintu pagar. Untuk grill dan pintu pagar, Fiza dan husband pilih warna black onyx (Nippon Paint). Warna black onyx ni dia macam warna hitam ala dark grey sikit. Cat jenis glossy, first gred mirror effect katanya. Cat yang sama juga Fiza gunakan cat pintu kayu dalam rumah sebab cat ni untuk kayu dan juga besi. Alang-alang boleh cat besi, Fiza cat sekali nombor dan frame peti surat ni.

Tema cat luar rumah ni gabungan warna grey blue, putih dan juga hitam. Dinding warna river bank (grey blue), tiang dan frame tingkap warna putih (idea husband) dan grill/gate warna black onyx. Dari dekat river bank ni macam warna soft grey.


Kalau cuaca terang dari luar nampak macam warna grey blue kan? Entahlah nak di sebut warna apa pun tak tahu, janji cantik dan sedap sejuk mata memandang. Settle kerja mengecat, lepas tu misi susun atur pokok bunga pula.

Calathea Lutea Plant Serikan Laman Rumah

Wednesday, July 19, 2017
Akhir-akhir ni asyik ternampak pokok hijau tinggi berdaun macam pokok pisang dalam drama TV yang rumahnya cantik-cantik tu. Eh, macam cantik pulak pokok ni. Biasanya nampak ditanam atas tanah dalam halaman rumah. Kalau tak nampak kat TV, ternampak dalam gambar halaman rumah orang dalam instagram. Bila dah asyik ternampak je nampak macam cantik je pula kalau di tanam di halaman sendiri juga kan.

Tak tahu nama sebenar pokok tersebut, lansung pergi Seremban Lanscape & Nursery pergi cari pokok yang di idamkan. Jenuh juga mencari pokok tu. Ada ternampak pokok seakan-akan sama tapi di tanam di dalam tanah bukan polybag. Tokey kata pokok tanam dalam tanah tak jual dan dia sebutkan nama pokok tu "Heliconia"dan katanya ada stok di luar lanskap dia orang. Menujulah kami berdua pergi mencari. 

Yes, finally jumpa juga pokoknya seperti yang kami orang nampak tadi tu. Berdekatan dengan pokok heliconia tu ada beberapa pokok lain yang lebih kurang sama dan Fiza ternampak pokok yang Fiza nak tu dan bukannya pokok heliconia. Pokok heliconia tu berdaun macam daun pisang juga tapi tak lebar dan ada bunga macam paruh burung enggang. Pokok yang Fiza nak berdaun lebar, batang kecil dan tidak berbunga. Terperasan macam pokok kunyit pun ada. Tapi versi besar.

Akhirnya, misi mencari pokok yang di cari jumpa juga. Lupa nak tanya tokey nama pokok tu. Balik rumah Fiza google dengan nama Heliconia kemudian ada keluar gambar pokok yang Fiza beli tadi. Setelah di siasat, barulah di ketahui pokok ni spesis Calathea. Spesis Calathea ni ada bermacam jenis dan macam spesis pokok keladi pun ada juga. Entahlah nak, tak tahu nama sebenarnya pokok ini.


Pening nak hadam maklumat sebenar. Selain ada banyak jenis calathea dan pokok ni termasuk dalam Calathea Lutea. Dan Calathea Lutea pula ada beberapa jenis lagi. Aduhhh. pening sudah. Cukup setakat situ je lah maklumat yang Fiza cari. Tak mampu nak hadam lagi. Setakat tahu nama dah cukup. Selain Calathea Lutea, dikenali juga dengan nama Havana/Habana Cigar Plant

Inilah Calathea Lutea Plant yang berjaya di cari dan bakal menyerikan laman rumah Fiza. Buat masa ni beli 2 pokok je dulu. Beli 2 pokok RM15. Tanam dalam pasu dulu memandangkan rumah takde tanah. Bila dah berdaun banyak nanti, baru jalankan projek lanskap buat tembok rendah sikit letak tanah dan tanam pokok sebaris. Bila dah merimbun dia akan jadi cantik macam dalam gambar bawah ni. 

Gambar ihsan dari google

Selain menyerikan laman rumah, boleh di jadikan pagar sempadan kalau takde pagar atau tembok. Pokok ni juga sedap mata memandang warna hijau dan redup sebab daun dia lebar-lebar kan. Calathea Lutea Plant sesuai kalau tanam untuk lanskap taman. Lagipun pokok ni tak nampak semak sebab batang dia halus. Jadi pangkalnya pun tak nampak semak dan senang dibersihkan. Yang bercita-cita nak buat lanskap tepi rumah ke depan rumah ke, boleh cuba tambahkan seri halaman rumah kau orang dengan tanam Calathea Lutea Plant



Cat Repellent Berkesan Elak Kucing Berak Merata

Siapa ada masalah kucing jiran berak atau kencing di halaman rumah kita bukan halaman rumah tuan dia? Kita geng! Masalah berzaman yang tuan punya kucing tak fikir pun itu satu masalah sebab kucing dia tak berak kat rumah dia sendiri. Kalau tak pandai jaga kucing, jangan jaga kucing. Di sebabkan tak nak jadi masalah, kamiorang pun tak bawa kekucing kamiorang duduk rumah ni. Biarkan mereka duduk di kampung je. 

Pelik dengan mereka yang anggap kucing berak merata di rumah jiran itu perkara biasa sedangkan boleh ajar kucing berak dalam litter box. Apalah sangat keluar duit sikit demi menjaga kucing daripada ada masalah dengan jiran. Kalau rajin nak tolong cucikan tahi kucing di rumah jiran takpe juga kan.

Kalau dulu-dulu masa kucing jadikan halaman rumah kami sebagai tempat pembuangan wajib dia, rajin juga nak membuang. Bila tempat tu dia dah buat tanda port dia memberak, memang susah nak nak hilangkan tanda tu walaupun dah gunakan berbagai cara. Ehhh tetap juga nak memberak kat situ. Sakit mata tengok dan sakit hidung bau tahi kucing. Jiran membela kucing tetap buat tak tahu. 

Nak tegur beliau memang tak pernah bertegur pun sejak duduk sini, apatah lagi nak tegur pasal kucing. Serba salah dibuatnya haih. Fiza ternampak ada orang kongsi "Cat Repellent Daiso" di facebook yang di katakan berkesan elak kucing berak merata. Inilah rupa bungkusan cat repellent tersebut. Cat repellent berbentuk bar seperti coklat dan tahan lama. 

gambar ihsan dari google

Gigih ajak husband pergi Daiso semata-mata nak membeli Cat Repellent ni. Nak cuba juga mana tahu berkesan dan boleh selesaikan masalah kucing jiran berak di halaman rumah. Tapi malangnya takde kat Daiso. Mungkin habis dah ada orang borong kot. Yang tinggal hanya snake repellent dan insect repellent je. Siapalah yang borong habis terus ni. 

Kecewa tau penat-penat datang tapi takde. Baru je nak happy sebab nak selesaikan satu masalah tapi belum dapat kelegaan lagi. Sudahlah di Seremban ada satu je store Daiso di Palm Mall. Daiso berdekatan rumah kau orang ada tak stok cat repellent ni? Nanti share location ye. Nampaknya kena rajin ke Daiso je lah untuk mencari cat repellent semata-mata. Kalau kau orang ada masalah yang sama, silalah beli Cat Repellent Daiso ni dan cuba sendiri berkesan ke tidak. Harap-harap boleh settle masalah kucing berak merata tu.

Layan T-Rex Game Bila No Internet Connection

Tuesday, July 18, 2017
Internet dan manusia tidak boleh di pisahkan. Dah boleh dah kot guna pepatah tu. Bila takde internet rasa macam dunia kosong je. Err..kau orang rasa? Takde lah kosong sangat cuma bosan je lah takde sumber yang boleh buat kita tak bosan.

Sesekali bila streamyx bual hal takde internet, keluarlah game Dinosour T-Rex offline tu. Apa lagi. Layan lah dulu sementara menunggu internet ada semula. Satu idea yang bagus juga ada game ni. Sekurang-kurangnya tak membosankan sementara menunggu.



T-Rex Dino game ni main secara santai je. Tapi of courselah kena focus main untuk melompat atau tunduk bila sampai di setiap halangan. Paling mencabar bila screen waktu malam tu. Gelap dan kadang-kadang tersilap langkah. 
T-Rex Game
To start the game, press "Space" or tap on the screen which will also jump the Trex dino. ... T-Rex dino gamefrom Chrome offline mode ripped by @Skipser. Press "Space" to start the game and jump your T-Rex. Use down arrow (↓) to duck.
Seronok juga layan T-Rex game ni dan sesuai untuk semua lapisan umur. Agak-agak nak melayan budak-budak nak main game. Cabut je kabel internet dan bagi je main game ni.  Senang tak perlu pakai internet pun. Idea yang bernas juga kan. 

Bagi orang yang dah biasa macam game, of course lah rasa bosan game ni. Tapi bagi Fiza yang jarang atau kurang main game kira okaylah layan game ni. Mencabar bila ada yang mencabar markah siapa lagi tinggi. Setakat ni markah Fiza seperti yang ada dalam gambar.

T-Rex game ni akan keluar secara automatik pada browser jika internet offline tak kira menggunakan komputer ataupun smartphone. Bila tiba-tiba takde internet tu, keluarlah game ni. Haaa...layan kan je. Tapi kadang-kadang dapat layan sekejap je sebab bila ada internet dia akan automatik terus pada website yang kita buka tu. Bila tengah syok layan game tiba-tiba ada internet pula. Tak tahu nak seronok ke nak kecewa. Kan!

"I AM ME-DSV" Bakal Popular

Sejak lagu "I AM ME" nyanyian single pertama Dato Seri Vida (DSV) Viral di facebook dan budak-budak kecil pun mengikut menyanyi dengan kedengaran seperti bunyi "Ayam Mee". Maka mak-mak pun bingung lagu apalah yang anak-anak mereka nyanyi. Lepas dah viral baru tahu yang lagu tu lagu " I am Me" rupanya. Nampaknya lagu I am me bakal popular tak lama lagi. Music video pun dah di lancarkan dan netizen macam biasalah kecoh bercerita di media itu ini di media sosial.


Bagi yang suka, sukalah. Yang mengecam pun macam biasa misi mengecam tak sudah-sudah. Well, bagi yang natural, ikut suka dia lah kan nak jadi penyanyi sekalipun. Jangan tak percaya music video di youtube pun dah cecah berpuluh ribu tontonan dah. Nak jadi apa sekalipun, kau orang kena yakin macam DSV. Apa pun boleh jadi. Betul tak semua? Lepas ni mesti ada pengasas produk lain nak mengikut jejak langkah Dato Seri Vida ni kan.

Dua tiga hari ni ligat DSV buat show merata tempat. Wahh, makin popular lah nampaknya DSV lepas ni. DSV pun tak risau kena kecam sebab dah biasa kena kecam katanya.

Lirik Lagu "I Am Me" dari Dato Seri Vida yang didistribusikan label KRU Music. Untuk music video sila ke youtube.

Lirik I Am Me

I Want
I Want You
I Want
I Want You


I Am Fun
I Am Pretty
I Am Beautiful
I’m A Queen


I’m Inspire
Your Desire
I’m A Diva
Living La Vida


Come To Me
Sayang Sayang Sayang
Say With Me
Sayang Sayang Sayang


Come To Me
Sayang Sayang Sayang
Say With Me
Sayang Sayang Sayang


I Am Me
I Am Me
I Am Me


I Am Fun
I Am Pretty
I Am Beautiful
I’m A Queen


I’m Inspire
Your Desire
I’m A Diva
Living La Vida


Come To Me
Sayang Sayang Sayang
Say With Me
Sayang Sayang Sayang


Come To Me
Sayang Sayang Sayang
Say With Me
Sayang Sayang Sayang


I Am Me
I Am Me
I Am Me


I Want
I Want You
I Want
I Want You


I Am Me
I Am Me
I Am Me


I Am Me
I Am Me
I Am Me

Workspace Sihatimerahjambu Bertukar Lagi

Monday, July 17, 2017
Mood selepas raya agak lemau sikit. Err...sikit? Banyak lemau kot. Entah kenapa mood kelaut sangat lepas raya ni. Shuuhh..tolonglah pergi jauh-jauh encik lemau oiii. Makanya, kita tukar mood baru workspace dengan harapan lebih ada mood nak buat kerja. Memandangkan kerja design semua dah siap dapatlah ruang masa untuk workspace bertukar lagi. Workspace masih di tempat yang sama. Cuma ada beberapa yang bertukar kepada yang baru. 

Table Tops & Legs

Meja Fiza tukar kepada yang baru. Daripada meja office permukaan warna kelabu terang kepada table top warna dark brown corak kayu bersaiz 150cm panjang dan lebar 75cm. Lebar 15cm daripada meja sebelum ni. Pilih meja yang lebar sebab ada ruang lebih sikit lepas letak high unit rack yang juga warna black brown. Nampak match dah dengan meja baru. Meja disesuaikan dengan jenis trestle. Nampak ruang bawah meja. Memudahkan kerja pembersihan membuang habuk cuma buat masa ni agak serabut dengan wayar. Kes lupa nak beli cable management sekali. Next time baru settlekan bab wayar serabut ni.


Office Chair

Salah satu faktor kena beli kerusi baru sebab office chair hitam husband yang lama dah patah bahagian sandar tu. Jadi, beli office chair yang comel putih tu untuk Fiza. Sesuailah untuk orang comel-comel macam Fiza kan. Office chair Fiza warna biru turqoise tu dah pindah milik jadi husband punya. 


Kedudukan CPU dan Komputer Lama

Disebabkan meja ni ada ruang yang terbuka pada bahagian bawah. Jadi, decide letak CPU di bawah je. Sebelum ni letak atas meja kecil sebelah kiri. Boleh jimat ruang juga letak di bawah. Tak sesuai letak atas meja sebab nampak serabut tak menambahkan berat meja je. Komputer lama simpan dulu sebab belum sempat service lagi. Dah betulkan nanti fikirkan mana nak letak.

Selamat tinggal mood workspace yang lama.
Fuhh..ambil masa juga nak bertukar mood baru ni. Kalau perasan lebih bertukar meja dan office chair baru ruang nampak lebih luas walaupun lebar meja tu lebih besar dari yang asal. Warna hitam memberikan efek slim juga pada perabot disebabkan warna dinding dan warna lantai lebih terang. Agaknya lah. Tak pandai bab interior design ni. Buat dekorasi carca merba je asal sedap mata memandang je. Dah siap semua nampaklah tema hitam putih bergabung dengan warna soft teal. Bila dah bertukar baru, harap mood kerja bertukar jadi rangup pula ye. Tak payah nak lemau sangat dah.

By the way, meja lama tu Fiza nak jual dengan harga RM50. Boleh self pick di Seremban. Siapa cepat dia dapat. Meja saiz lebih kurang 150cmx70cm. 

Perempuan Mesti Ada Tudung Warna Hitam

Setuju tak kalau Fiza kata setiap orang perempuan mesti ada tudung berwarna hitam. Tak kisahlah apa jenis tudung kesukaan kau orang sekalipun. Mesti ada tudung warna hitam. Betul tak? Tudung hitam yang sangat berguna pada bila-bila masa sekalipun. Kenapa mesti ada tudung hitam? Masing-masing ada sebab kenapa perlu ada tudung warna hitam ni bergantung kepada keperluan masing-masing. 

Perempuan Mesti Ada Tudung Warna Hitam

Tak Nampak Kotor

Ye, tak nampak kotor tu penting sangat sebab biasanya kalau zaman sekolah, aktiviti luar atau lakukan aktiviti lasak mesti pakai tudung hitam sebab tak nak nampak kotor. Memang tudung akan kotor tapi selepas di basuh pun, kesan kotoran tu tak nampak. Takde lah rasa segan nak pakai semula tudung hitam tu nanti kan. Kalau kau malas basuh sekali pun orang tak kan tahu tudung tu dah kotor dan di pakai. Eh, janganlah sampai tak basuh pula. Malas sangat tu. Tapi kalau kecemasan, terpaksa pakai juga.

Sesuai dengan Semua Baju

Tudung hitam boleh disesuaikan dengan apa-apa warna baju sekalipun. Agak-agak pening nak fikir nak sesuaikan baju dengan tudung warna apa. Pakai je warna hitam, sesuai je. Bak kata warna yang selamat untuk di sesuaikan dengan apa-apa jenis warna baju sekalipun.

Tudung Kecemasan

Kecemasan yang di maksudkan adalah di saat kalau nak cepat siap. Terus capai tudung warna hitam yang boleh disesuaikan dengan baju apa sekali pun. Warna selamat lah katakan.

Tak perlu Gosok 

Saat nak cepat siap tapi tak banyak masa nak bersiap. Lansung tak sempat nak gosok tudung. Nah, pakai je tudung warna hitam yang berkedut sejuta. Tak perlu risau sebab kedutan sejuta tu tak nampak pun. Cantik elok je pakai tanpa di gosok sekalipun. Orang pun tak perasan tudung kita pakai tu tak gosok. Well, rasanya semua perempuan pernah buat kot. Sangat sesuai bawa pergi travel sebab tak perlu bersusah payah nak menggosok bagai. 

Warna Yang Elegan/Professional

Perlu ada tudung hitam ni untuk tujuan nampak professional ataupun korporat. Biasanya sektor professional mengenakan warna hitam untuk nampak lebih elegan dan professional. Nak di katakan warna rasmi pun ada. Kalau dulu ambil gambar kad pengenalan pun kena pakai tudung warna hitam. Warna lain memang tak dibenarkan. 

Banyak sebab lagi kenapa perlu ada tudung warna hitam ni. Pendek kata, tudung hitam adalah tudung serbaguna. Boleh di pakai pada bila-bila masa yang diperlukan. Tapi ada juga tak suka pakai warna hitam. Pun ada. Setiap orang berbeza citarasa dan pendapat.

Cara Check Blog Mobile Friendly

Friday, July 14, 2017
Penting ke blog kita mobile friendly ataupun tidak? Pada Fiza, dah tentu lah penting sebab memudahkan pembaca untuk melayari blog kita dengan paparan yang disesuaikan mengikut smartphone masing-masing. Bila mesra pengguna, secara tak lansung dapat meningkatkan jumlah trafik blog setiap hari. Trafik blog juga penting untuk sesebuah blog.

Terpanggil untuk buat entri post cara check blog mobile friendly ni disebabkan kebanyakkan customer yang nak tempah blog mesti akan tanya template yang dibuat tu mobile friendly ke tidak atau responsive. Okay, bagi menjawab persoalan tu, terus dengan rajin Fiza siapkan entri ni.

Cara nak check blog mobile friendly mudah sangat-sangat.

1. Pergi ke website : https://www.google.com/webmasters/tools/mobile-friendly/
2. Masukkan url blog
3. Klik run test

Cara Check Blog Mobile Friendly

Tunggu sekejap dan kau orang akan dapat keputusannya selepas beberapa saat. Mudah je kan nak check. Lagi satu, sebelum check jangan lupa setting template kepada mobile juga ye. Dashboard>>Theme>>Bahagian mobile tu kau orang tick "Yes. Show mobile theme on mobile devices"

Kenapa blog mobile friendly penting? Pertama sekali untuk mempercepatkan loading blog supaya pembaca tak perlu tunggu lama untuk membaca mencari maklumat dalam blog. Kemudian, ianya akan menjadikan blog kau orang terpapar dengan lebih baik pada skrin telefon dan tidak perlu zoom in untuk membaca teks dengan lebih jelas.

Selain itu, penting juga untuk memaparkan iklan yang di reka khas untuk versi mobile untuk blog menjana pendapatan lebih banyak. Ye lah kan, sekarang ni setiap orang ada telefon pintar. Jadi, boleh baca blog melalui telefon pintar sahaja. Lagi ramai pengguna telefon yang baca, kebarangkalian klik iklan lebih banyak. Dengan itu, lagi banyak lah pendapatan yang blogger dapat. Betul tak? Sangat rugilah kalau blog tak mesra telefon pintar dan rugi juga kalau tak letak iklan untuk mobile.

Jadi, apa tunggu lagi. Jangan lupa check samada blog kau orang mobile friendly atau tidak. Dah tahu keputusannya. Kalau ada error, sila betulkan error yang ada. Kemudian check semula sehingga dapat keputusan yang awesome.

Lontong Kuah Lodeh

Thursday, July 13, 2017
Percubaan pertama masak lontong kuah lodeh ni sebenarnya. Nak beli tak tahu kat mana, sudahnya buat sendiri je la. Cakap pasal lontong ni kalau kat Johor memang biasa makan masa sarapan ataupun masa hari raya. Orang Johor kalau sebut je lontong maksudnya ada kuah lodeh, nasi impit dan sambal tumis @ sambal kacang. Kalau tempat lain, panggil kuah lodeh. Lain tempat, lain panggilannya. Tak tahu sejarah atau panggilan sebenarnya. Lebih kepada tahu makan je.

Walau apapun namanya, asalkan menu sama. Masak menggunakan bahan simple je. Resepi pun ikut resepi yang simple je hasil carian pakcik google. Nasi impit beli ketupat segera je sudah. Sayur tu cuma tak letak sengkuang je. Yang lain cukup dah rasanya. Alhamdulillah ikut selera tekak sendiri. Sambal tumis wajib buat lebih sebab boleh makan dengan nasi nanti.

http://www.azhafizah.com/

Sebelum ni dah belajar masak mee kari sebab teringin nak makan, sekarang teringin lontong pulak. Berjaya juga masak. Kalau tak cuba, tak tahu kan.Walaupun masakan ni macam leceh nak sediakan bahan bahan yang banyak tapi kalau dah biasa masak. InshaAllah jadi mudah. 

Kalau teringin, kena rajin rajinkan diri memasak dan secara tak lansung entry makanan ni memberikan korang semangat membuak buak untuk rajin memasak. Tak gitu?

Lontong pula ada 2 jenis seperti yang Fiza tahu lah iaitu lontong berkuah dan lontong kering. Lontong berkuah sayur jawa tu dah biasa sangat makan cuma lontong kering belum pernah jamah lagi rasanya. Sama rasa cuma tak berkuah sangat kot. Walaupun lebih kurang sama, Fiza tetap nak kena rasa juga lontong kering. Kalau susah nak nak dapat, kena cuba buat juga lah nampaknya nanti.

Agak-agak musim rumah terbuka sempena raya ni boleh dapat tak? Siapa buat rumah terbuka ada menu lontong sila jemput Fiza ye. Untuk resepi lontong atau kuah lodeh ni kau orang boleh google je sebab Fiza pun takda resepi sendiri untuk di kongsikan.

Tomato Kecilkan Liang Pori Muka

Monday, July 10, 2017

Hai si cantik manis dan yang kacak bergaya. Setiap orang inginkan kulit yang cantik licin dan sihat. Tak semestinya menggunakan produk yang mahal mampu memberikan kulit yang cantik licin. Untuk mereka yang mahu mengecilkan liang pori muka tu, boleh cuba cara tradisional dengan menggunakan buah tomato. Ye, buah tomato mampu memberikan kecantikan kulit yang cantik, licin dan sihat. Bukan sekadar hanya untuk kegunaan memasak. Malahan banyak digunakan dalam produk kecantikan juga.

Sebelum ni Fiza ada kongsikan DIY Scrub tomato dengan membuat seperti kiub air batu. Tapi Fiza ada beberapa lagi petua tradisional yang menggunakan buah tomato untuk tujuan mengecilkan liang pori-pori muka. Untuk masalah pori-pori muka yang agak besar mungkin akan mengambil masa lebih sikit untuk mengecilkannya. Bila menggunakan bahan semulajadi dan petua tradisional ni kau orang kena banyak sabar untuk dapatkan hasil yang seperti di inginkan. Biar selamat janji kulit sihat dan cantik untuk jangka masa panjang. Elakkan penggunakan produk yang berkesan dengan cepat menggunakan bahan kimia yang tinggi yang boleh merosakkan kulit.

Tomato Kecilkan Liang Pori Muka

3 cara untuk kecilkan pori muka dengan menggunakan buah tomato


TOMATO DAN GULA

1. Cuci muka dengan menggunakan air suam untuk membuka ruang pori
2. Potong buah tomato kepada 2 bahagian. 1 bahagian untuk kegunaan waktu pagi dan sebahagian lagi untuk kegunaan waktu malam.
3. Ambil tomato dan letakkan pada gula, kemudian sental terus di muka. Tahap sentalan tu ikut tahan sakit ye. Jangan sampai luka berdarah sudah lah. Biarkan 5 minit, kemudian bilas dengan air biasa/air sejuk dan keringkan dengan tuala bersih.


TOMATO YANG DIBEKUKAN

1. Belah tomato kepada dua bahagian dan masukkan dalam peti ais bahagian beku.Nak lagi bersih masukkan dalam plastik. Takut bercampur bau dengan bahan dalam peti ais pula.
2. Bila dah beku, keluarkan tomato yang dah beku tu dan sental kat kulit pada kulit muka.
3. Selepas 5 minit, bilas dengan air kemudian keringkan menggunakan tuala bersih.

TOMATO ASLI TANPA BAHAN LAIN

1. Pilih tomato yg agak masak, lenyekkan tomato dalam mangkuk
2. Sapukan tomato yang telah di lenyek pada muka
3. Biarkan selama 15-20 minit.
4. Kemudian bilas dengan air besih dan keringkan dengan tuala bersih.

Kau orang boleh cuba 3 cara untuk kecilkan liang pori muka. Ikutlah mana yang senang di buat. Lakukan secara konsisten, inshaAllah berhasil. Selamat mencuba. Jom cantik!

Lain Macam Mood Lepas Bercuti Raya

Thursday, July 06, 2017
Hai. Selamat pagi. Baru nak kembali update blog setelah blog terabai seketika selepas cuti raya lama. Lain macam betul mood lepas bercuti raya ni. Mood apa? Mood sedikit malas dan sedikit kurang idea untuk update blog. Nasib  baik sempat juga lah schedule entri sampai raya kedua hari tu. Lepas tu terus menyepi sampailah ke hari ni. Biasalah kan, bila lama bercuti nak mula bekerja semula memang agak lemau sikit. Well, dua tiga hari yang mendatang kita meroket semula update entri mana yang patut.

By the way, mood raya sebulan masih on lagi kan selagi belum habis raya sebulan. Masih merindui segala menu raya lemang ketupat semua tu. Raya pertama dan kedua tak makan sakan sangat sebab perut tak berapa nak bekerjasama dengan baik. Sakit perut akibat makan macam-macam. Jadinya bila beraya makan sekadar jamah je. Cukup sekadar merasa. Bila dah banyak hari raya berlalu, teringin pula nak makan semua tu puas-puas tapi mood beraya macam kurang je pula. Haishh..lain macam betul mood lepas bercuti raya ni. Semua serba tiada mood.


Tiada mood mungkin sebab cuaca agak panas lately dan mungkin disebabkan itu juga cepat rasa penat gara-gara selepas raya baru nak mengemas rumah. Letih juga nak mengemas rumah sekali harung buat semua benda. Baru nak switch on mood raya di rumah sendiri pula.

Plan lepas raya selain nak meroket update blog, jangan di lupakan puasa enam dan lepas tu membakar lemak yang dah diternak banyak dalam badan ni. Nak bakar lemak punyalah susah. Nak tambah lemak, sehari dah cukup untuk tambah berkilo-kilo. Musim raya ni yang Fiza sendiri rasa sangat kurang minum air masak. Nampaknya kena kerja kuat lagi untuk misi cabaran untuk kurus.

Camne mood lepas bercuti raya kau orang? Confirm tak boleh move on lagi dengan cuti raya kan. Kalau dpat cuti sebulan lagi untung! Mana mungkin lah kan. Mungkin dalam mimpi je dapat bercuti sebulan beraya tu. Jom lah kita mengesot sikit-sikit dari tak move on lansung.

Auto Post Signature

Auto Post  Signature