Perlu Atau Tidak Bagi Duit Raya

Tuesday, June 20, 2017
Tak seronok raya tanpa duit raya. Budak-budak zaman sekarang, kalau raya ingat duit raya je. Kumpul duit raya nak beli apa yang mereka inginkan tak ubah macam zaman kita dulu-dulu. Zaman kanak-kanak dulu kalau dapat duit raya RM1 beraya satu rumah dah kira banyak dah. Kalau beraya banyak rumah, lagi banyaklah dapat. Dapat duit raya sekali dapat makan kuih sedap-sedap. Zaman sekarang, budak-budak beraya nak duit saja tak ingat nak makan kuih raya pun.

Nak beraya pun tuan rumah tanya dulu. Nak raya ke nak duit raya? Kalau nak duit raya, tuan rumah terus bagi duit raya kalau ada. Memang tak masuk dalam rumah lah beraya. Dapat duit raya semata-mata. Ada juga yang ajak mereka masuk makan kuih raya yang ada. Definisi raya sudah berubah mengikut peredaran zaman sekarang ni. Definisi beraya sebenarnya adalah berkunjung ke rumah saudara mara, rakan-rakan, jiran-jiran untuk mengeratkan silaturahim, bermaaf-maafan dan bergembira di hari raya.
Perlu atau tidak bagi duit raya? Tak perlu bagi pun takpe sebab ianya sekadar adat dan tradisi sejak berzaman. Adat yang di ikut dari amalan kaum cina yang memberi ang pau. Islam itu sendiri tidak memaksa untuk memberi duit raya kerana ianya sekadar adat.
Sebenarnya ianya bergantung kepada bajet masing-masing. Jika ada rezeki lebih, apa salahnya memberikan duit raya kepada anak saudara dan kanak-kanak yang datang beraya. Kebiasaannya duit raya di utamakan memberi di kalangan keluarga yang terdekat. Bagi mak ayah, anak-anak buah, anak-anak sedara dan sepupu-sepupu yang masih kecil. Ada rezeki lebih lagi, baru lah di berikan kepada kanak-kanak yang datang beraya.


Ada sesetengah antara mereka menganggap memberi duit raya itu perlu. Pemberian perlu jika kita manganggap ianya sebagai sedekah. Kalau pemberian duit raya sebagai beban kepada kita yang bukan berbajet besar, lebih baik tidak perlu diberikan. Jika ada, berikan sekadar yang mampu. Jangan jadikan beri duit raya sebagai trend atau untuk menunjuk-nunjuk siapa bagi lebih banyak.

Apa yang Fiza perhatikan, budak zaman sekarang mentaliti mereka telah di ajar bila raya tiba wajib ada duit raya. Ada juga yang di ajar meminta-minta duit raya. Kalau sekadar berniat  untuk bergurau tidak mengapalah. Tapi malu juga rasa kalau tak bagi bila kanak-kanak minta. Jika telah di ajar sebegitu, akibatnya bila tak dapat duit raya mulalah muka masam mencuka atau menimbulkan rasa tidak puas hati pada kanak-kanak atau ibu bapa mereka. Mungkin akan timbul salah faham. Ada cara lain lagi untuk buatkan mereka faham erti raya sebenar dan menikmati kegembiraan di hari raya. Pendek kata, usah biasakan. Yang memberi pulak, pastikan ikhlas memberi.

Bercakap pasal duit, dah tukar duit raya ke belum di bank? Fiza belum tukar lagi. Sedang buat kiraan bajet untuk duit raya nanti.

12 comments on "Perlu Atau Tidak Bagi Duit Raya"
  1. betul tu fiza,akak pun tak ajar anak akak mintak duit raya.tapi tiap-tiap tahun akak akan bajet untuk duit raya,anggap itu sedekah untuk anak-anak yang datang...

    ReplyDelete
  2. Akak memang peruntukkan sekurang- kurang RM500 untuk duit raya, untuk anak buah dan budak- budak yang datang beraya...ini cara bersedekah kan...untuk mak abah kira lain..hehehe

    ReplyDelete
  3. sekadar bersedekah ikut kemampuan. tak salah Qekra rasa..

    ReplyDelete
  4. Dah jadi budaya kita.
    Jadi hulurkanlah duit raya seberapa ikhlas untuk mereka.

    ReplyDelete
  5. betul tu..kebanyakan budak skang selagi tak hulur duit raya, memang takkan balik...duk tunggu je sampai dapat baru balik..dah dapat komplen sikit plak tu..huhu..nak kena ajar anak ni supaya jangan buat camtu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tang komplen tu yang agak menusuk kalbu sikit. takpelah, yg penting kita ikhlas memberi :)

      Delete
  6. bagi aida, ia mcm hadiah buat anak-anak buah.
    sikit ke byk ke, suka ati kita la :) ha ha ha...
    kat umah mak abah, yg aida mcm tak brape suka.
    a grup of anak-anak dtg beraya. tapi x nak makan minum tau, fiza.
    nak duit raya. e'eh??!! aida x rasa ini sesuatu yg betol.
    beraya. kunjung mengunjungi. bersalaman. makan-makan. and at the end, kita kasik token kat anak-anak.
    tu baru konsep.
    ada tu yg dtg umah mak abah berkali-kali.
    siap bwk kawan2 baru... hadoi lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tersalah konsep tu yang payah tu. kena fahamkan mereka dari kecil lagi kan :)

      Delete

Komen yang baik-baik dan jaga adab sebagai komentator. Terima kasih.

Auto Post Signature

Auto Post  Signature