Fesyen Tudung Raya Popular Tahun 2017

Rambang mata nak memilih fesyen tudung untuk raya tahun 2017 ni. Bermacam jenis tudung ada di pasaran. Yang murah, yang mahal, yang bercorak, yang kosong, yang berbatu-batu, yang ada lace, yang berbunga dan macam-macam lagi ada kalau nak disebutkan boleh penuh satu buku jenis-jenis fesyen tudung zaman sekarang. Yang terkini jenis berbulu ostrich dan lukisan bangunan.

Dengan lambakan berjenis tudung yang ada dan dari permerhatian Fiza, ada beberapa fesyen tudung raya yang popular tahun ni. Mungkin pada pemerhatian kau orang agak berbeza dengan Fiza tapi ini apa yang Fiza terpandang lah.

Tudung Berbulu Ostrich

Antara fesyen tudung yang popular dan glamour untuk digayakan di hari raya adalah jenis tudung berbulu ostrich samada jenis tudung bawal atau shawl. Kebanyakkan butik-butik banyak jual tudung jenis berbulu ostrich ni yang diletakkan di tepi-tepi tudung. Dimana kau orang nak beli tudung berbulu ostrich ni boleh dapatkan di absolute, tudung ruffle dan lain-lain butik yang ada jual.


Kredit foto : absolute.my

 Tudung Silk/Satin Bercorak Bangunan/Abstract

Dari apa yang Fiza perasan, sekarang trending tudung bercorak/lukisan bangunan KLCC dan sebagainya untuk jenis tudung/shawl jenis material satin atau silk. Selain corak bangunan, ada juga yang bercorak abstract, floral dan lukisan tangan. Cantik memang cantik. Tapi kau orang kena faham, jenis kain material silk atau satin ni agak mahal daripada jenis kain chiffon. Kain jenis chiffon takde bercorak macam ni ye. Nampak elegant digayakan masa hari raya nanti dengan baju raya plain. Tapi tak semua orang suka jenis kain satin yang sedikit tebal. Kalau jenis silk okay lagi sebab lembut dan flowy macam kain chiffon. Apa yang penting, si pemakai selesa memakai. Betul tak?

Kredit Foto : Sugarscarf
Ada lagi tak fesyen tudung yang tengah trending sekarang selain dua yang Fiza sebutkan tu? Yang jenis tudung chiffon plain memang berlumba-lumba orang jual sebab tak lapuk dek zaman cuma beza style je la. Tak ketinggalan yang jenis tudung ada batu Swarovski pun semakin ramai yang jual dan of courselah harga tudung mahal disebabkan batu crystal tu sahaja, ditambah pula dengan jenis kain mahal. Memang double mahal jawabnya. Kau orang pilih tudung yang macamana untuk raya nanti?

8 comments:

  1. lisa ada yang klcc ., london.. tpi tula... susah nk gayakan hahahhaha.... londong ni plain je tudung ... just tepi2 ada gmbr london...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau suka pakai shawl jenis loose mesti senang nak menggayakannya. Lisa pakai okay je kan :)

      Delete
  2. Adehhh tudung yg atas sekali tu paling dasyat.. Ada jugak yek camtu tudungnye.. ekekeke

    ReplyDelete
  3. aida tgk thn ni byk kuar tutorial pakai tudung.
    which is something good, fiza. seolah2 menggalakkan org pakai tudung.
    and menunjukkan bertudung tu tak susah dan boleh jadik cantik bergaya.
    aida thn ni beraya dgn bawal AJ dan few bawal satin tak berjenama.
    beli kat spital :)
    anak2 dara aida ber shawl jer.
    semua simple aje. and murah ajer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam-macam tutorial tudung ada kan kak. kita pulak jadi rambang mata nak pilih gaya yang mana. okaylah tu janji ada. raya tak pandang yang murah atau mahal :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.