Image Slider

Udang Campur Kacang Panjang Goreng Berlada

Wednesday, May 31, 2017
Bulan Puasa, Fiza memilih untuk masak makanan yang ringkas dan mudah nak di sediakan. Biasanya kalau masakan yang mudah dan ringkas ni setengah jam sebelum berbuka baru masak sebab suka makan makanan yang panas-panas baru lah rasa nikmatnya makanan. Tapi tengok juga jenis menu nak di masak tu. Kalau jenis menu yang leceh sikit kenalah masak awal. Tapi kalau jenis tumis-tumis sikit, campak-campak dah siap masak 5 minit sebelum berbuka pun sempat lagi nak masak.

Ye, lain orang lain citarasa. Lain cara hidup lain juga caranya. Jadi surirumah kalau fikirkan bab masak ni hari-hari pun boleh buat pening kepala memikirkan nak masak apa setiap hari. Salah satu menu yang ringkas, cepat dan mudah ialah masak udang campur kacang panjang goreng berlada. Senang menu 2 in 1. Menu utama dengan sayur sekali. Jimat tenaga dah nak masak lauk lain. Ada lauk macam ni pun dah sedap untuk bersantap. 

Udang Campur Kacang Panjang Goreng Berlada

Bahan-Bahan

Udang
kacang panjang 
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Beberapa tangkai cili api
1/2 inci kunyit hidup
2 sudu minyak masak
garam

Cara Masak

1. Kisar bawang merah, bawang putih, cili api dan kunyit hidup. Kalau malas nak blend, potong hiris kecil-kecil pun boleh.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah di kisar tadi sehingga sedikit garing.
3. Masukkan udang yang telah dibasuh bersih dan biarkan masak
4. Bila udang hampir masak, masukkan kacang panjang yang telah dipotong serong. Kalau tak nak potong, nak patah² kan pun boleh.
5. Kemudian masukkan garam secukup rasa dan kacau rata. Biarkan masak seketika.

Kalau ikut cara Fiza masak, kacang panjang tu Fiza masak sekejap je sebab lebih suka makan kacang panjang rangup². Kalau layu sangat hilang khasiat pula. Udang pula sejenis makanan laut yang cepat masak. Jadi, sekejap sangat masak udang campur kacang panjang berlada ni. Macam Fiza cakaplah tadi, 5 minit sebelum berbuka pun sempat lagi. Tapi dengan syarat semua bahan dah siap sedialah. Kalau rasa nak makan panas-panas masa berbuka. Siapkan bahan dulu, lagi 10 minit nak berbuka tu baru masak. Ini antara menu yang Fiza rajin masak kalau nak cepat masak dan dalam masa yang sama menu tu sedap.


Baju Raya Harga Mampu Tengok

Hari ni dah masuk hari kelima semua umat Islam berpuasa. Tapi dia punya semangat raya lagi hebat daripada semangat berpuasa. Fiza maksudkan bab bermain mercun. Lepas waktu maghrib tu agak sakan bunyi mercun sana sini. Memang boleh buat terkejut masa terawih. Itu belum lagi merium buluh keluar. Kusss semangat! Selain kemeriahan bunyi mercun, di dinding-dinding facebook dan instagram tak kurang meriahnya dengan pelbagai fesyen baju raya.

Ahh sudah, mana satu nak pilih baju raya ni? Tahun ni Fiza mengamalkan pembelian secara online je. Malas betul nak bersesak dengan orang ramai beli baju raya. Lagi-lagi bulan puasa. Jadinya, cuci mata online dulu lah. Tapi nanti kena juga pergi shopping mall sebab nak beli baju raya encik suami juga. Untuk baju raya lelaki memang kena beli offline la jawabnya. Takut beli nanti tak termuat. 

Macam Fiza dah biasa beli baju online. Jadi, takde masalah untuk beli online. Nak alter pun cuma potong mana yang terlabuh je lah. Sambil-sambil berehat di bulan puasa ni memang syok dok scroll-scroll cuci mata di facebook dan instagram. Memang banyak lah muncul pelbagai jenis fesyen baju raya untuk tahun ni. Rambang mata nak memilih dibuatnya. Ada yang berkenan tapi tengok harga terus putus harapan.

Apa yang Fiza perasan setiap tahun harga baju raya mesti makin mahal dan semakin mahal dari tahun ke tahun. Kalau tengok fesyen baju, baju kurung biasa pun boleh cecah harga RM200 ke atas. Ada yang fesyen stail sikit pun dah sampai harga RM400 lebih. Mak aihhh..harga mampu tengok je lah jawabnya. Telan air liur macam seolah-olah tengok makanan sedap tapi tak dapat merasa.

Kredit foto : google
Bagi kita yang bukan sejenis yang ada-ada memang mampu tengok je lah. Bagi mereka yang ada-ada tak hairan lah. Well, orang kata tepuk dada tanya selera. Ikut lah bajet masing-masing. Ada duit, beli. Takde duit, beli ikut mana yang termampu. Kalau takde lansung, pakai je yang baju yang masih elok. Zaman sekarang kena faham kenapa harga sesuatu tu jadi mahal.

Baju raya mahal ni bukan apa. Kena tengok jenis kainnya, kalau jenis kain beli oversea memanglah mahal. Lepas tu, tengok pula fesyen baju tu macamana. Kalau fesyen ikut trending memang kadang-kadang mahal juga. Selain tu, tengok juga jenama dan designer baju tu. Kalau jenama yang gah di pasaran, mahal mana pun orang tetap beli juga kan. Kalau nak beli pun, kena beli awal sebab kalau beli lambat confirm habis. Terlajak laris lah katakan walaupun mahal disebabkan faktor-faktor yang fiza sebutkan tadi tu. Bukan baju raya je mahal tau, tudung pun sehelai ada yang harga beribu-ribu. Apepun, sila tengok poket masing-masing besar ke kecil. Faham?



Puding Caramel Antara Menu Wajib Bulan Ramadhan

Tuesday, May 30, 2017

Siapa yang suka sangat puding caramel, angkat tangan. Yes, kita geng! Fiza memang hantu puding caramel. Walaupun suka tapi tak mampu nak makan banyak sebab caramel yang manis. Cuma suka makan dalam kuantiti yang sikit. Maksudnya kalau sehari sepotong puding caramel pun boleh. Dengan cara tu, makan hari-hari pun takpe. Eh, tak boleh juga sebab perlu kurangkan manis dalam makanan. Lebihkan manis dalam senyuman takpe.

Puding caramel ni antara menu wajib ada dalam bulan Ramadhan sebagai pemanis mulut orang kata. Nak makan puding caramel tak perlu tunggu bulan ramadhan pun, boleh je anytime makan. Cumanya bulan ramadhan ni senang nak di beli di mana-mana sebab ramai peniaga bazaar ramadhan jual puding caramel. Cuma kena pilih yang mana kena dengan selera aje lah.

Disebabkan Fiza ni bukan sejenis yang suka bersesak pergi Bazaar dan lebih suka masak sendiri. Makanya dengan kerajinan disebabkan teringin nak makan dan kebetulan semalam kakak ipar dan anak buah datang berbuka puasa di rumah, Fiza teruskan misi buat puding caramel.

Fiza lebih suka puding caramel bakar daripada kukus sebab senang nak masak dan lebih sedap tak hanyir bau telur. Agak leceh nak uruskan pengukus tu. Untuk bakar, gunakan kaedah Bain Marie atau Steam Bake dengan cara letakkan bekas adunan puding ke dalam loyang berisi air. Kalau kurang jelas macamana, sila google perkataan tersebut.

Puding caramel bukan setakat sedap, malah senang nak buat dan bahan-bahan pun mudah je. Cara Fiza masak senang je. Tak perlu mixer bagai. Gunakan blender dah boleh buat dah. Biasanya Fiza akan guna acuan 4x8 inci je sebab biasa buat sikit je.

Untuk buat kuantiti sikit macam Fiza boleh guna resepi puding caramel bakar ni yang mudah sangat

Bahan-bahan

3 biji telur gred A
3 keping roti putih gardenia
115ml fresh milk ( Fiza gunakan susu fresh milk dalam kotak kecil) atau boleh guna susu cair
Air 1 cawan
5 sudu susu pekat
secubit garam
1 sudu kecil esen vanilla
5 sudu gula pasir

Cara-cara

1. Masukkan semua bahan kecuali gula dalam blender dan blend je. Kemudian ketepikan
2. Untuk buat caramel. Letakkan acuan atas dapur, panaskan dan masukkan gula. Kacau sehingga gula cair keperangan kekuningan. Pastikan tak hangus hangit ye. Kalau tak nanti pahit.
3. Bila dah cair, angkat dan masukkan adunan blend tadi ke dalam loyang caramel kemudian masukkan dalam oven dengan kaedah steam bath. Fiza gunakan suhu 200°C dan bakar selama 45 minit. 
4. Dah masak, kikis tepi-tepi puding caramel yang melekat di loyang kemudian terbalikkan puding caramel dalam pinggan. Siap!


Senang kan? Boleh cuba buat untuk pencuci mulut berbuka petang ni. Mungkin ada yang tak suka puding caramel bakar sebab nanti ada kesan hangus pada permukaan. Tapi tak terlalu hangus pada Fiza. Kalau tak suka bakar, boleh guna kaedah kukus macam biasa. Masa memasak pun 45 minit juga. Selamat mencuba.

Menu Sahur Yang Mudah dan Ringkas

Monday, May 29, 2017
Alhamdulillah, syukur masih di beri kesempatan bertemu hari ketiga di dalam bulan Ramadhan. Macam mana puasa kau orang semua? Harap-harap masing-masing terus tabah dan bersabar di dalam bulan Ramadhan walau apa pun cabaran yang di hadapi.

Syukur juga di awal bulan Ramadhan cuaca baik-baik sahaja. Kurang sikit dugaan berpuasa bila cuaca agak sejuk. Apa yang meriah di bulan puasa ni ramai yang berkongsi menu berbuka dan sahur. Dugaan betul bila tengok makanan sedap-sedap. Well, itu semua dugaan berpuasa. Jangan salahkan orang lain kalau diri sendiri tak mampu nak hadapi dugaan berpuasa. Betul tak?

Persiapan menu berbuka dan bersahur Fiza dan suami biasanya menu masakan yang mudah dan ringkas je. Memandangkan berdua sahaja, jadi tak perlu lah nak beria sangat buat macam-macam sebab nanti membazir. Pencuci mulut/pemanis makan kurma je dah memadai. Kalau rajin sikit malam-malam tu buat puding caramel.

Untuk berbuka Fiza hanya siapkan satu menu utama dan sayur cuma berulamkan timun dan sambal belacan. Lagi 10 minit nak berbuka sempat masak lagi tau. Satu lauk je memang sempatlah. Itupun masak untuk berbuka sahaja. Masak pun kuantiti cukup untuk 2 orang dan of course tak kan membazir.

Untuk menu sahur, Fiza tak makan menu yang sama berbuka tadi. Mesti masak makanan baru, baru tak jemu nak makan. Untuk menu sahur pun Fiza sediakan menu sahur yang mudah dan ringkas. Nak bersahur perlu bangun awal untuk sediakan makanan dan juga ambil masa untuk makan. Bila dah ada menu ringkas, kalau bangun lambat masih lagi sempat nak bersahur.

Antara menu sahur yang mudah dan ringkas serta jimat masa.

1. Overnight Oats

Overnight oats menu sahur yang mudah untuk di sediakan. Perlu siapkan malam sebelum sahur. Sebelum tidur tu, kau orang siap-siap buat. Esok nak sahur, terus boleh makan je. Sangat jimat masa sahur. Menu yang sihat dan terbaik untuk memberikan tenaga ketika berpuasa.

2. Sandwich Telur/Tuna

Kalau rajin sikit boleh sediakan sandwich telur tuna. Kalau ikut cara masak Fiza untuk menu yang sihat gunakan roti wholemeal dan goreng telur di tambah dengan tuna in water dalam non stick pan. Tak lengkap sandwich tanpa sayur. Jadi, perlu ada salad, timun dan tomato. Lengkapkan sandwich dengan sos cili dna juga mayonis. Memang sedap dan seronok dapat menu fresh masa bersahur. Cuma perlu bangun awal sikit la nak kena goreng telur tu. Sayur-sayur tu potong siap-siap malam sebelum tidur dan simpan dalam tupperware. Esoknya tinggal susun-susun je dengan roti dan telur.

3. Telur Goreng

Nak masak lauk lain agak leceh. Nak mudah dan ringkas. Masak nasi siap-siap sebelum tidur dan esoknya waktu nak bersahur goreng je telur dan makan bersama kicap. Pun sedap juga.

4. Nasi Goreng

Kalau nak bersahur nasi goreng. Fiza akan masak dahulu sebelum tidur. Masukkan dalam tupperware dan simpan dalam peti ais. Waktu nak bersahur, cuma perlu panaskan dalam microwave je. Jimat masa dah tu kan.

Ini antara menu sahur yang biasa Fiza sediakan dimana bagi Fiza mudah untuk disediakan. Lain orang lain kesenangan nak memasak kan. Bergantung juga pada selera orang lain juga kalau family ramai dan bergantung pada banyak mana masa yang ada. Tapi biasa kalau mak-mak kita memang rajin masak lauk waktu bersahur ataupun masak lebih menu berbuka untuk bersahur sekali. Mak memang terbaik bab-bab sediakan makanan ni. Rindu pula zaman berpuasa kecil-kecil dulu.


Persediaan Menjelang Ramadhan. Selamat Berpuasa!

Friday, May 26, 2017

Salam jumaat 29 Syaaban. Hari Terakhir bulan Syaaban dan umat islam bakal bertemu 1 Ramadhan. Malam ni dah bermula rutin solat terawih dan amalan-amalan menambah pahala di bulan Ramadhan yang penuh berkat dan mulia. Jangan hari pertama je masjid dan surau penuh.

Menjelang bulan Ramadhan ni, dalam masa seminggu ni ramai yang dah buat persiapan awal termasuklah persiapan raya. Perkara biasa lah bila persiapan raya lebih awal daripada persiapan ramadhan. Bulan puasa malas nak bersesak membeli persiapan raya. Bukan setakat shopping mall sesak, beli secara online pun sesak juga. Abang-abang pos laju pun kena sibuk hantar barang sana-sini. Jadi, memang patut buat persiapan raya awal.

Bulan puasa tak perlu susah payah dah kan. Fokus pada bulan puasa je. Menjelang bulan ramadhan juga banyak persiapan dibuat. Yang berniaga Bazaar Ramadhan sudah tentu sibuk dengan urusan stok bahan mentah barang masakan. Tak ketinggalan juga yang tak berniaga, wajib beli bahan masakan untuk bulan puasa.

Rutin Fiza sebelum Ramadhan tiba, settlekan kerja tempahan awal sikit dan cuma ambil tempahan design dan sampul duit raya sikit-sikit bulan puasa nanti. Sediakan bahan masak secukupnya untuk seminggu-seminggu dan sediakan list menu siap-siap untuk sahur dan berbuka. Mudah nak menyediakan stok bahan makanan dan tak pening hari-hari nak masak apa. Semuanya menu ringkas sebab encik suami pun tak cerewet bab makan. Isteri masak apa pun makan je kecuali apa yang dia tak makan lah. Macam biasa masak di rumah dan tidak membeli di Bazaar Ramadhan.

Masak sendiri untuk menu yang sihat dan lebih jimat. Untuk mereka yang sibuk, memang terpaksa ke Bazaar je la kalau takde pilihan.  Hari terakhir bulan Syaaban ni mesti shopping mall dan pasar agak sesak sebab masing-masing buat persiapan beli barang last minit. Lagipun sebab hari ni baru dapat gaji kan. Memang confirm akan sesak. Walau apapun persiapan menjelang Ramadhan, jangan lupa berpuasa. Selamat berpuasa semua untuk umat islam.



Hati-Hati Membeli Buah Kurma

Wednesday, May 24, 2017
Kredit foto : facebook
Kurma dan bulan Ramadhan berpisah tiada. Saat tiba bulan ramadhan, saat itu lah muncul iklan-iklan buah kurma yang ada di pasaran. Nak disebutkan di sini memang ada bermacam-macam jenama dan pelbagai jenis kurma. Baru-baru ni tular di laman sosial gambar kurma yang mengandungi telur lipas. Bagus juga mereka berkongsi cerita, dengan cara ini membuatkan ramai pembeli lebih berhati-hati dalam membeli buah kurma menjelang ramadhan beberapa hari lagi.

Ini salah satu sebab kenapa Fiza tak memilih untuk membeli kurma dalam kotak samada di bungkus rapi atau tidak. Apa yang Fiza pernah lihat kalau di pasaraya ada buah kurma yang jenis berkotak mudah di buka tanpa pita pelekat. Yang tanpa pelekat ni, kebanyakkannya pembeli akan buka sebab nak tengok jenis dan keadaan buah kurma tersebut. Ada yang cuba merasa dan ada juga yang buka sekadar untuk melihat jenis kurma. Bila kejadian ini terjadi, adakah kau orang akan membeli kurma tersebut? Jawapan Fiza memang tak lah. Di khuatiri kurang bersih setelah dibuka ditutup oleh orang ramai dan berkemungkinan juga serangga lain mudah masuk. Cuba bayangkan jika di simpan dalam stor, tidak mustahil lipas boleh bersarang dalam kotak.

Itu kisah yang jenis kotak tanpa pita pelekat. Yang dengan berpelekat pula lain kisahnya. Kisahnya tak seteruk yang tanpa pelekat. Bagi yang berpelekat rapi ni, lebih yakin untuk dibeli tapi kena pastikan tarikh yang terdapat di kotak. Biasanya akan ada tarikh di keluarkan dan juga tarikh luput. Pastikan juga keadaan kotak bersih tanpa habuk. Bukan apa, di khuatiri mereka jual stok yang lama. Kalau stok lama, memang ada potensi lah untuk berkulat atau di masuki serangga jika tidak di simpan dengan cara yang betul dan di tempat yang bersih.

Sememangnya yang dijual dalam kotak di pasaraya lebih murah tapi sanggup ke nak makan kurma beserta telur lipas? Bukan nak kata semua yang dalam kotak tu kotor dan ada lipas. Jangan finah atau kecam ye. Cuma nak ingatkan kita semua supaya lebih memilih buah kurma dengan berhati-hati agar tidak makan benda yang kotor dan tidak rugi membeli. Apa salahnya saling mengingati. Kalau dapat penyakit lain, kita juga yang susah nanti kalau tak menjaga pemakanan kita.

Hakikatnya kurma yang di jual bukan semuanya bersih ye. Fiza pernah terbaca dalam satu artikel yang sebaiknya basuh kurma terlebih dahulu sebelum makan sebab kita tak tahu bagaimana proses pembungkusan kurma dari awal sehingga di jual. Untuk lebih yakin makan makanan bersih, lebih baik basuh.

Bila ada kes macam ni, Fiza memilih untuk membeli kurma jenis timbang di kedai buah kurma. Boleh pilih pelbagai jenis kurma mengikut citarasa. Walaupun jenis timbang ni agak mahal tapi lebih berbaloi membeli. Pastikan juga penjual seorang muslim dan pembersih bukan bangla yang jaga kedai ye.

Tips Memilih Kurma Dalam Kotak

1. Pastikan kotak yang dibungkus kemas dengan pita pelekat.
2. Semak tarikh luput.

Tips Memilih Kurma Jenis Timbang

1. Pastikan kedai bersih
2. Pastikan bekas kurma yang di letakkan bersih dan bertutup
3. Pastikan peniaga seorang muslim yang pembersih
4. Pastikan kurma di ambil dengan menggunakan sarung tangan, plastik atau pencedok yang bersih dan diletakkan dalam bekas yang bersih.

Itu sebahagian tips dari Fiza, ada tips lain kau orang boleh tambah komen di ruang kotak komen di bawah. Kalau dah berhati-hati juga memilih dan membeli kurma tapi dapat juga yang ada telur lipas tu, anggap saja bukan rezeki kita. Yang penting, kita dah usaha memilih yang terbaik daripada tak usaha lansung. 

Kadang-kadang mereka yang berniaga hanya fikirkan keuntungan sahaja tak fikir tentang pengguna. Bukan semua peniaga tapi kebanyakkannya begitu. Bulan puasa ramai yang ambil kesempatan ambil untung lebih berniaga tak ikhlas menjual ala kadar sahaja yang penting untung. Sedangkan sepatutnya bulan puasa kita di sepatutnya lebih ikhlas dalam berbuat apa sekalipun. Lagi-lagi berniaga makanan. Banyak sangat kes jual makanan basi, makanan tak habis semalam di jual hari ni. Bukan setakat itu sahaja, berniaga ala kadar makanan tak cukup sifat tapi jual mahal pun ada. Kalau nak disebutkan memang banyak. Harap-harap tahun ni tidaklah begitu. Semoga mereka yang berniaga ikhlas mencari rezeki yang halal. Barulah berkat dan murah rezeki.

Sekadar berkongsi cerita dan pendapat. Tidak berniat untuk menjatuhkan mana-mana perniagaan buah kurma. #jangankecam



Guna Garam Bukit Untuk Kesihatan

Tuesday, May 23, 2017
Sejak terjebak dengan misi kurus, banyak benda yang perlu di ambil kira dari segi pemakanan. Selain kurangkan penggunaan garam, gula dan minyak. Kena tahu juga jenis-jenis garam, gula dan minyak yang perlu digunakan untuk menu yang sihat setiap hari. 

Untuk pengetahuan semua ataupun kau orang sedia maklum yang garam halus putih tidak bagus untuk dicampurkan dalam masakan untuk penyedap rasa kerana ianya garam yang telah diproses menjadi natrium klorida semata-mata. Sebab tu kalau terlebih pengambilan garam seharian akan menyebabkan seseorang menghidapi penyakit darah tinggi.

Sebab tu soal pemakanan ni kena jaga betul-betul. Jadi, jom kita bertukar daripada garam biasa kepada garam bukit untuk kesihatan kita. Ini kerana garam bukit tulen lebih tinggi nilai khasiatnya berbanding garam laut yang kita guna dalam masakan setiap hari tu.


Jangan tak tahu selain bagus untuk masakan, boleh di gunakan dalam perubatan dan juga kecantikan. Khasiat garam bukit ni sangat banyak dan mudah di dapati di mana-mana pasaraya. Tapi pastikan beli yang halal dan juga garam bukit yang bukan di proses. Beli yang asli yang tulen. Yang Fiza jumpa ni jenama Halagel produk bumiputera Malaysia dan Halal. Harga RM2.90 agak mahal dari garam biasa tapi lebih berbaloi beli jika kau orang fikirkan dari aspek kesihatan.


Warna garam bukit tulen ini adalah pink,putih dan sedikit kelabu. Warna pink tu yang buat lagi menarik.


Rasa Masakan Lebih Sedap dan Semulajadi
Setelah bertukar menggunakan garam bukit, masakan Fiza jadi lebih sedap dan rasa cukup rasa yang semulajadi sedap. Macamana nak terangkan pun tak tahu. 

Garam Bukit juga banyak digunakan dalam amalan perubatan islam untuk pelancaran darah, buang toksin, elakkan sihir santau dan pelbagai penyakit lagi. Yang tu Fiza kurang arif nak cerita lebih. Kena tanya kepada yang lebih pakar. Yang Fiza nak fokuskan dalam entri ni berkaitan dengan masakan je la. Jadi lepas ni kalau masak tu, gunakan garam bukit untuk menu yang lebih sihat. Okay?


Adakah Anda Perlu Melabur Dalam Rumah Atas Tanah Atau Pangsapuri


Sekiranya anda mempunyai setengah juta untuk dibelanjakan pada lokasi paling strategik di Malaysia dan berhasrat untuk membeli hartanah di Penang. Yang manakah pelaburan yang paling bijak, rumah atas tanah atau Penang apartment? Sekarang, andaikan kedua-dua pilihan berada pada lokasi yang sama dan harga pada kadar yang sama. Adakah anda merasakan bahawa rumah atas tanah lebih sesuai untuk kediaman sendiri?

Untuk pengetahuan, perkataan “kediaman sendiri” digunakan bagi mewakili sesiapa yang mahu mendiami sesuatu kawasan pada masa yang lama. Ini menunjukkan a landed property will appreciate at a better rate pada jangka masa yang lama berbanding dengan pangsapuri atau kondominium. Kondominium akan kelihatan tidak terjaga dalam jangka masa lama, yang mana fasiliti moden ini akan usang atau tiada penyelangaraan berkala dilakukan, seterusnya nilai hartanahnya akan terus menjunam. Pemilik perumahan mungkin akan tua suatu hari nanti, namun mereka akan rasa lega sekiranya mengetahui nilai hartanahnya meningkat seiring dengan masa. Selain itu, dengan memiliki rumah atas tanah akan memberikan lebih ruang privasi kepada pemilik.

Jika anda rasa dengan membeli rumah atas tanah dapat memberikan pulangan yang pantas, maka anda silap. Kondominium dapat memberikan pulangan pelaburan anda dengan cepat, ini kerana ia senang untuk disewa berbanding dengan rumah atas tanah. Tambahan pula, return of investment (ROI) sewaan kondominium adalah sangat tinggi berbanding rumah atas tanah. Selain itu, anda tidak perlu pening kepala untuk memikirkan berkenaan pengurusan dan pennyelenggaraan rumah yang mana ia diuruskan sepenuhnya oleh pemaju.

Kelebihan dan Kekurangan Memiliki Rumah Atas Tanah

Ada pelbagai jenis rumah atas tanah yang dapat dilihat di Malaysia, seperti teres, semi-D atau bangle dan lain-lain. Jenis perumah ini adalah yang paling disukai oleh para pelabur kerana kelebihanya yang diperolehi untuk jangka masa panjang. Dilihat situasi semasa, adalah benar kondo strata bertingkat-tingkat mendapat permintaan yang tinggi, namun rumah atas tanah juga berterusan mendapat sambutan daripada pembeli.       

Manfaat Dari Memiliki Rumah Atas Tanah

Pembeli akan mendapat keseluruhan pakej yang ditawarkan bila mereka optimis dengan rumah atas tanah, bermaksud house that sits atop the property and the land itself. Selain itu, dengan memiliki tanah dengan nama anda sendiri, ia adalah manfaat utama kepada pembeli dan pelabur. Dengan tanah tersebut, terpulang kepada mereka untuk menukar atau mengubahsuai rumah sesuka hati mereka. Pemilik boleh mengubah landskap luar kepada lapangan, halaman atau taman yang lebih menarik, atau menukar ruang disekitar rumah kepada kolam renang. Mereka boleh menambah lebih bilik untuk tetamu, atau boleh membina rumah haiwan atau tempat berehat selepas mengharungi hari kerja yang teruk.

Pelabur yang bagus dengan cepat dapat menilai rumah atas tanah yang menguntungkan dalam jangka masa panjang berbanding dengan perumahan bertingkat-tingkat. Sebagai contoh, sebidang tanah di Georgetown yang dibeli dengan nilai RM 150,000 sedekat lalu, nilainya boleh melonjak dengan mudah sehingga tiga kali ganda dan malah mampu mencapai kepada empat kali ganda berdasarkan dari nilai pasaran sekarang.  Namun, ia juga bergantung kepada nasib dan lokasi rumah atas tanah tersebut. Perlu diingat, yang tanah sangat berharga, ia adalah terhad dan semakin berkurangan disebabkan oleh pembangunan. Disebabkan itu dikawasan bandar berpopulasi tinggi ia mencapai harga premium.

Secara logiknya, rumah atas tanah lebih bertahan lama bagi jangka masa lama. Ini bukan rahsia, seiring dengan masa, nilai pasaran semua rumah bertingkat-tingkat akan menjadi statik terutamanya bila ianya tidak dipandang bernilai tinggi lagi. Sebaliknya pula berlaku kepada nilai rumah atas tanah yang mana ia akan terus meningkat seiring dengan masa.

Ini adalah sebab utama mengapa individu memilih untuk membeli rumah atas tanah di kawasan sub-utama berbanding membeli kondominium bertingkat di kawasan utama. Tetapi jangan fikir rumah atas tanah tidak ada manfaatnya, kerana ia juga ada kekuranganya.

Manfaat Dari Memiliki Pangsapuri

Mungkin sebab utama ramai pembeli berlumba-lumba untuk membeli condo is that it has better perimeter security berbanding dengan rumah atas tanah. Ini sangat ketara dengan terdapatnya pelbagai kondo rekaan seperti resort atau lifestyle di kawasan utama. Kawalan keselamatan mungkin ada, terutamanya di rumah atas tanah yang selalunya berada di satu kawasan berpagar, namun kawalan keselamatan di perumahan bertingkat adalah yang terbaik. Ia termasuk di dalam pakej yang mana anda akan menikmati pelbagai jenis perkhidmatan kawalan keselamatan dikediaman anda. Kawalan keselamatanya adalah berkualti tinggi, kakitangan keselamatan dengan kawalan yang ketat dan tegas sepanjang masa.  

Walaubagaimanapun, pemilik perumahan bertingkat perlu membayar sejumlah wang bulanan sebagai yuran penyelengaraan bagi menikmati kemudahan awam yang selesa dan servis penyelengaraan. Di antara kemudahan yang perlu dibayar adalah kolam renang, ruang pejalan kaki awam, taman, gymnasium dan sebagainya, serta segala jenis aspek pembaikpulihan luaran mahu pun dalaman. Perumahan atas tanah tidak perlu membayar yuran bulanan, namun tidak bermakna permilik tidak perlu menjaga rumah mereka. Mereka perlu bertanggungjawab melakukan semua jenis penyelanggaraan sendiri melibatkan sistem kumbahan, pempaipan dan taman. Kos untuk penyelenggaran di rumah bertingkat adalah lebih tinggi berbanding rumah atas tanah.

Bagi memilih jenis rumah yang mahu di beli, samada jenis atas tanah mahupun bertingkat, secara umumnya bergantung kepada cara hidup dan pilihan pembeli. Jika ia untuk tujuan pelaburan, anda perlu melakukan sedikit penyelidikan bagi mengetahui corak pasaran semasa bagi membantu dalam pemilihan jenis rumah yang terbaik untuk anda. Kutipan sewaan penyewa bagi rumah bertingkat adalah pada harga berpatutan pada penyewa kerana yuran dan deposit sewaan yang rendah, manakala rumah atas tanah pula adalah paling sesuai bagi sesiapa yang mencari sebidang tanah sebagai aset.  

Cara Mudah Tut Pokok

Sunday, May 21, 2017
Salah satu aktiviti kalau balik kampung adalah meninjau pokok-pokok bunga mak. Kalau ada yang berkenan, confirm bodek mak nak ambil benih dan kalau pandai bodek dapat pasu dengan bunga terus. Bagus betul perangai anak dia ni kan. Bukan anak dia dok bodek, kadang-kadang sedara mara atau tetamu datang yang minat dengan bunga pun minta benih bunga. Mak Fiza pun kalau ada berkenan bunga kat rumah orang pun kadang-kadang minta juga tapi sedara-mara je la. Kalau orang tak kenal. segan juga nak minta. Maksudnya minta dengan orang yang dah biasa kenal lah.

Kadang-kadang mood minat bunga tu berubah. Kejap minat orkid, memang eloklah terjaga bunga orkid. Kejap minat bunga kertas, di kahwinkan dengan pelbagai pokok bunga kertas untuk dapatkan pelbagai warna dalam satu pokok. Kejap minat kaktus, pelbagai jenis rupa bentuk kaktus ada. Bila dah minat tu, makanya banyaklah pelbagai jenis pokok bunga di rumah kampung. Dah jadi macam nursery plants. Tapi bila dah banyak jadi tak terurus. Letih juga nak menguruskan semuanya.

Kebetulan encik suami suka juga tanam pokok bunga. Mana bunga yang dia berkenan, rajin pula nak di tut nya. Cara tut ni sesuai untuk pokok yang susah untuk dibiak kan dan jenis kayu keras. Cara tut pokok ni sangat mudah dan lebih cepat untuk pembiakan pokok. Tapi kalau silap tut akan menyebabkan bahagian pokok yang di tut akan mati.

Cara Tut Pokok

1. Kelar keliling batang pokok dalam ukuran 1 inci dengan pisau tajam
2. Buang kulit pada bahagian tersebut
3. Kikis bahagian tersebut sehingga nampak bahagian dalam pokok berwarna putih.
4. Sekiranya tidak dikikis dengan cukup dalam, kemungkinan samada kulit pokok tadi akan tumbuh kembali atau bahagian pokok yang hendak ditut tersebut akan mati. 
5. Bahagian dalam pokok ini dikikis bagi mengelakan nutrien yang dihasilkan pada bahagian daun dihantar kepada bahagian akar, bila nutrien tak dapat dihantar maka akar akan tumbuh pada bahagian tersebut.


6. Sediakan tanah sedikit dan letakkan atas plastik lutsinar
7. Letak air sedikit bagi memudahkan proses mengetut, tanah dalam bentuk tanah liat lagi senang untuk handle berbanding tanah yang berderai semasa mengetut nanti.


8. Letakkan tanah pada keliling bahagian yang dikikis tadi, seterusnya dibalut dengan plastik lutsinar.
9. Ikat pada kedua-dua bahagian bawah dan atas plastik tersebut
10. Pernah terbaca info yang mengatakan perlu ditutup plastik lutsinar tersebut bagi menjaga akar muda yang baru tumbuh daripada sinaran matahari. selain itu, lumut akan tumbuh dalam plastik lutsinar dan akan menyukarkan pemantauan pertumbuhan akar nanti.
11. Dalam beberapa minggu bolehlah pantau pertumbuhan akar tersebut .


Encik suami baru je tut pokok Bunga Zaleha @ Hydrengea. Cantiknya bunga zaleha yang berwarna biru ni. Kita tunggu hasil mengetut ni nanti.



Greek Yogurt Untuk Diet

Saturday, May 20, 2017
Dalam program diet, jangan risau kalau tak dapat makan snek yang sedap-sedap tu sebab korang boleh jadikan buah-buahan sebagai snek ataupun yogurt sebagai snek untuk isi perut sementara menunggu waktu makan seterusnya. Snek di ambil pada 10 pagi atau pada pukul 4 petang. Tapi kadang-kadang dah lapar Fiza bedal je makan snek tak ikut masa. 

Seperti yang dapur eat clean sarankan ambil greek yogurt rendah lemak. Sebelum ni Fiza pernah cuba original greek yogurt. Rasanya masam yang amat. Mujur dia suruh tambah berries dan epal. Kalau tak, memang terkemut-kemut muka tahan rasa masam yogurt tu. Untuk stok yogurt seterusnya kami orang decide beli yang ada buah-buahan sebab tak perlu nak topup buah kalau beli yang original. 

Kebetulan masa nak beli greek yogurt ni ada promosi. Kalau beli yang 100gram tu harga dia RM3.++ tapi kalau beli yang 470gram harga dia RM10.++. Agak jimat juga kalau beli 4 x 100gram tu dah RM12.++ lebih kan. Husband nak bawa bekal pun kena masukkan dalam tupperware kecil sebab kalau beli yang kecil tu terus bawa je. Nak jimat pembelian punya pasal kira takde masalah kalau husband nak bawa bekal. Fiza beli perisa strawberry sebab tak banyak pilihan. Kalau tak silap cuma ada 3 perisa je iaitu original, peach dan strawberry.  Dah tentu lah  pilih strawberry!

Yogurt Rendah Lemak

Yogurt dijadikan sebagai snek untuk mereka yang diet kerana nilai kalori rendah mempunyai lemak yang baik serta probiotik yang membantu mendapatkan usu yang baik. Yogurt juga dikatakan dapat meningkatkan metabolisme badan
Bila beli yogurt yang ada buah, barulah syok makan ada rasa manis buah sikit. Barulah boleh telan. Tapi macam biasalah bukan banyak buah pun. Janji ada rasa, Fiza tak kisah soal berapa buah yang ada pun.


Seeloknya makan 100gram untuk sekali hidangan snek. Tapi kalau sedap, tak kira dah 100gram ke tidak. Main bedal je. Aci tak?

.

5 Sebab Kenapa Anda Tak Boleh Tinggal Sarapan

Friday, May 19, 2017

Jika di Muar, anda jangan pelik jika orang ramai bersarapan sate. Jika berada di pantai timur, jangan pelik jika orang bersarapan dengan nasi campur. Dan memang tak pelik kalau ramai kita lihat orang bersarapan roti canai dan teh tarik. Ia dah menjadi budaya masyarakat yang pelbagai latar belakang dan sedikit sebanyak mempengaruhi

Tidak kira orang tua, orang muda ataupun kanak-kanak semua pasti akan mengambil sarapan. Sarapan ni bukan sahaja satu budaya, tetapi juga merupakan satu keperluan yang kadang kala kerap diremehkan. 

Banyak kajian menunjukkan bahawa dengan bersarapan akan memberikan manfaat dari segi kecergasan minda, menurunkan kadar kolesterol, menurunkan risiko sakit jangtung dan juga kencing manis.

Tapi di Malaysia, ianya bergantung juga kepada sarapan yang anda ambil. Kerana kebanyakan sarapan di Malaysia mempunyai kadar karbohidrat dan lemak yang tinggi. Sebaik-baik sarapan adalah sarapan yang seimbang nutrisinya.

Ok. Ini adalah 5 sebab kenapa kita mesti bersarapan.

Memberikan Tenaga
Selepas tidur selama 5-6 jam, badan kita akan kehilangan banyak tenaga. Tenaga tersebut hendaklah di bekalkan secepat mungkin supaya semua sel dalam badan dapat berfungsi dengan baik.

Nak turunkan berat badan
Pernah dengan tak orang kata bahawa jika nak kurus, jangan lupa sarapan? Fakta ini ada betul nya. Orang yang bersarapan akan lebih mudah untuk patuh kepada diet yang dilakukan berbanding orang yang tidak bersarapan.

Elak makan berlebihan
Anda mungkin menyangka tiada masalah untuk menahan makan sarapan dan terus makan di waktu tengah hari. Ini secara langsung akan menyebabkan kita makan terlalu banyak di waktu tengah hari dan menyukarkan proses berdiet.

Lebih fokus
Apabila badan dah dapat tenaga yang diperlukan diwaktu pagi, kita akan dapat melaksanankan kerja-kerja yang diberikan dengan lebih tenang dan lebih fokus. Orang yang tidak bersarapan lebih sukar untuk fokus kerana perut yang kosong dan juga kekurangan tenaga. Ini adalah sangat penting terutamanya untuk kanak-kanak yang sedang membesar dan bersekolah.

Lebih Jimat
Makanan pada waktu sarapan biasanya lebih murah berbanding makanan yang dijual pada waktu tengah hari. Tambahan lagi, jika anda dah makan sarapan, pada waktu tengah hari anda akan makan lebih sedikit.

Jadi, sarapan memang penting untuk permulaan hari yang lebih baik untuk diri dan kesihatan anda. Tetapi jangan lupa untuk pilih sarapan yang seimbang ye .

Untuk lebih tips-tips kuruskan badan boleh baca di facebook page Kurus Oh Kurus dan kurusdancantik.com

Tempahan Design Kad Raya Dan Printing Murah

Thursday, May 18, 2017

Lagi beberapa hari je lagi nak masuk Ramadhan. Ramai juga dah buat persiapan raya awal macam biasa. Nanti takdelah kelam kabut masa nak raya. Fiza pun buka tempahan sampul duit raya, design kad raya dan printing awal. Jadi, nanti bulan puasa Fiza boleh berehat lebih sikit. Bulan puasa macam-macam boleh buat untuk tambah ganjaran pahala. Bila lagi nak rehat sebulan. Kalau ada yang last minit tempah tu tengok keadaan masa dulu. Kalau ada masa percuma, inshaAllah Fiza akan ambil. Tapi kalau dah sibuk sangat terpaksa tolak. Bukan tolak rezeki tapi kalau keadaan tak mengizinkan, tetap tak dapat buat. Betul tak?

Untuk tempahan sampul duit raya hipster masih lagi dibuka. Stok kraft paper pun Fiza dah ambil. Bolehlah Fiza panjangkan lagi masa ambil tempahan sementara masih ada masa sebelum masuk bulan ramadhan. Selain tu, siapa yang nak tempah design kad raya dan printing sekali pun boleh. Boleh print dengan kuantiti yang sikit dengan harga yang murah

Harga 1 side
20 pcs = RM45
30 pcs = RM53

40 pcs = RM58
50 pcs = RM65

60-70 pcs = RM76
80-130 pcs = RM86

140-160 pcs = RM95
170-200 pcs = RM115

210-250 pcs = RM137
260-300pcs = RM156

350 pcs = RM168
400 pcs = RM181

450 pcs = RM201
500 pcs = RM214


Harga 2 side
20 pcs = RM55
30 pcs = RM63

40 pcs = RM71
50 pcs = RM76

60-80 pcs = RM93
90-100 pcs = RM102

110-150 pcs = RM118
160-180 pcs = RM134

190-200 pcs = RM140
210-250 pcs = RM162

260-300 pcs = RM168
310-350 pcs = RM195

400 pcs = RM209
450 pcs = RM232

500 pcs = RM250

Kos penghantaran percuma untuk seluruh semenanjung dan untuk Sabah Sarawak tambah RM5. Selain percuma kos penghantaran, percuma juga sampul surat berwarna putih. Kalau dah ada design sendiri lebih bagus. Tapi kalau kau orang nak tempah design dengan Fiza pun boleh. Tapi harga design lain ye. Harga di atas untuk kad bersaiz A6 sahaja. Harap maklum.



Gagal Lagi Permohonan Google Adsense

Wednesday, May 17, 2017
Awal pagi hari ni dapat berita yang mendukacitakan hati ini. Bukan hari ni je dapat berita sedih, setiap kali buat permohonan google adsense mesti gagal. Rasanya nak dekat sepuluh kali juga Fiza mohon dan kali ini masih juga gagal.

gagal permohonan google adsense

Sebab-sebab gagal permohonan adsense telah diberitahu dalam email. Alasan yang sama juga setiap kali dapat email sedangkan Fiza dah perbetulkan segala apa yang telah diberitahu. Masih juga gagal??? Siapa yang tak kecewa kalau usaha selama ini gagal.

Usaha mencari maklumat melalui google "Cara Untuk Lulus Adsense" semuanya memberikan tips yang sama. Dan dah tentu Fiza cuba semua tips yang dikongsikan. Ada juga Fiza bertanya pada otai-otai blogger tapi masih kecewa juga sebab belum berhasil juga. Nak tanya mereka lagi macam segan. Jarang orang nak bagi ilmu percuma. Tapi Fiza berterima kasih pada mereka yang berikan tunjuk ajar dan ilmu dengan percuma. Cumanya mungkin belum ada rezeki Fiza bersama adsense lagi. Mungkin akan datang dia akan datang juga agaknya lah.

Buat masa ni Blog Fiza sedang berpantang tanpa iklan nuffnang dan iklan innity yang dua-dua pun sendu sampai sekarang. Kalau tak letak, takde income. Kalau letak earnings tak jalan pun tak mendatangkan faedah juga. Serba salah dibuatnya. 

Cemburu tau tengok rakan blogger lain berjaya bila mohon adsense. Boleh kongsikan tips tak? Setakat ni Fiza dah buang iklan, dah revert to draft mana-mana entri yang berkaitan dengan giveaway, yang banyak gambar, yang tak cukup perkataan, yang ada gambar dan link download. Sampai ada error 404 banyak dalam webmaster tools dashboard. Hari-hari kena clearkan. 

Tak cukup dengan itu, setiap entri Fiza usahakan tulis lebih dari 300 patah perkataan dan letak 2-3 keping gambar sahaja. Apa lagi yang tidak Fiza usahakan? Traffik blog okay je takde masalah. Adakah artikel masih tidak berkualiti lagi? 

Eh, bukan itu saja masalahnya. Siap ada pakej tak boleh letak iklan google adsense di layout blog. Keluar error " Could not save earnings setting"dan bila add iklan secara manual keluar pula "Please correct the errors on this form".Dah macamana nak selesaikan masalah ni?

Semasa mohon adsense kena letak iklan dulu dalam blog kan? Ke selepas approve baru letak iklan tu? Fiza pun dah confused sebab banyak sangat pemahaman dari hasil cariaan google tu. Tak tahu nak rujuk mana satu. Kalau ada yang otai adsense yang sudi membantu, Fiza alu-alukan sangat komen kat bawah ni. Jasa anda amatlah dihargai. Tak nak kecewa dah. Andai kata di kecewakan lagi, masih tetap juga usaha. Tapi kalau dah berpuluh kali usaha, terpaksalah mengaku kalah. Anggap sahaja bukan rezeki.

DIY Ice Cube Tomato Mask

Tuesday, May 16, 2017
Selamat pagi semua. Dua hari sunyi sepi blog Fiza, baru hari ni Fiza muncul update entri. Ini semua gara-gara kekangan idea yang tak berapa nak ada. Jadi, kalau ada idea, terus je update dari dibiarkan sunyi terus. Jadi, pagi ni Fiza update entri DIY Ice Cube Tomato Mask dicampur dengan madu dan juga lemon. Boleh tak kalau Fiza cakap sebenarnya Fiza tak tahu nak sebut mask atau scrub entah. Mana-mana boleh lah ye janji manfaat tomato bagus untuk kulit muka.

DIY tomato mask dah tular juga di media sosial sebelum ni cuma Fiza tak berkesempatan nak buat. Bila ada masa percuma, baru lah terhegeh-hegeh nak mencuba. Lagipun sekarang musim panas, nak melembapkan muka dan menjaga kulit muka, cubalah mask buatan sendiri menggunakan bahan semula jadi.

Disebabkan tak berapa nak rajin nak buat DIY selalu, lebih baik kita gunakan kaedah dengan menjadikan bahan masker dalam bentuk kiub ais. Jadi, bila nak pakai mask dah siap sedia. Tak perlu berleceh bagai buat mask. Menjimatkan masa dan sangat memudahkan. Nak mencuci muka hari-hari dengan tomato pun boleh.


Kalau kau orang nak tahu, banyak manfaat daripada tomato ni untuk kecantikan kulit selain digunakan dalam masakan. Kos pun tidaklah begitu mahal dan nak menyediakannya pun mudah sahaja. Antara kelebihan menggunakan tomato dalam kecantikan adalah mengecutkan jerawat, mencerahkan kulit, mengurangkan bintik-bintik hitam, mengecilkan liang pori kulit muka dan mengatasi kulit kering.

Cara Menggunakan Kiub Ais.

Oleskan kiub ais tomato pada muka dan biarkan kering sehingga 20-30 minit. Kemudian bilas dengan menggunakan air suam. Lakukan 2 kali seminggu dan hasilnya jerawat mengecut dan kulit menjadi licin. Selain itu dapat menyerap lebihan minyak pada muka dan menyejukkan kulit. Rutin ini perlu di lakukan secara konsisten barulah berhasil.

Untuk menghilangkan lingkaran bawah mata atau lebih dikenali sebagai eye bag, hanya perlu lekapkan hirisan tomato bersama yogurt asli dan biarkan selama 15-20 minit kemudian bilas.

Selain untuk kecantikan, tomato juga dikatakan membantu menyingkirkan lemak di dalam badan. Caranya dengan mengamalkan minum jus 2 biji buah tomato sebagai minuman harian setiap pagi sebelum makan makanan berat dan perlu di ambil secara konsisten juga. Ini kerana jus tersebut akan membuatkan rasa kenyang dan mengelakkan makan banyak selepas itu.

Jangan tak percaya, tomato juga mampu merawat masalah rambut yang kering dan bercabang. Juga boleh mengatasi masalah kelemumur. Untuk rambut yang kering dan bercabang hanya perlu lumurkan rambut dengan jus tomato dan balut rambut dengan tuala selama 15-20 minit. Kemudian bilas dengan air bersih.

Bagi yang mempunyai masalah kelemumur, lenyek tomato dan sapukan pada bahagian kulit kepala. Sama juga perlu biarkan 15-20 minit kemudian bilas dengan air bersih.

Cara buat tomato mask untuk muka

1. Beberapa biji buah tomato +1 sudu lemon + 1 sudu madu
2. Potong tomato dan campurkan semua bahan kemudian blend.


3. Masukkan adunan dalam bekas acuan ais dan guna setelah menjadi kiub ais.


Banyak khasiat tomato ni kalau di kaji dan dibaca lagi. Cukuplah secara am Fiza kongsikan. Kalau kau orang ada masalah-masalah yang disebutkan di atas silalah cuba dulu. Mana tahu berkesan, dah boleh jimat dah beli produk mahal. Kadang-kadang petua dan bahan semulajadi juga berkesan merawat masalah kulit ni. Kalau dah gunakan bahan semulajadi, kau orang jangan fikir kesannya cepat ye. Untuk nampak hasilnya kena gunakan secara konsisten dan mengambil masa.

Hobbit House (Baan Suan Noi Resort) Khao Yai, Thailand

Saturday, May 13, 2017
Kalau dulunya hobbit house sangat terkenal di New Zealand kerana tempat ini merupakan movie set untuk cerita Lord Of The Rings (LTOR). Dah filem nya popular, haruslah tempat ini popular juga. Pada mulanya Fiza ingatkan hobbit house ni menggunakan kesan khas dalam file tapi tidak. Hobbit house ini memang wujud dan diberi nama The Hobbiton Movie Set.

Itu namanya di New Zealand tapi sekarang hobbit house juga berada di Khao Yai, Thailand di beri nama Baan Suan Noi Resort di mana kau orang boleh menginap di sini. Kiranya di jadikan hotel sebagai tempat penginapan untuk pengunjung. Bukan sekadar untuk melawat atau mengambil gambar sahaja. Malah boleh menginap di sini. Mesti lagi seronok.

Dan semestinya hobbit house ini bukan untuk filem. Tapi mana tahu akan datang ada juga cerita di sini kan. Kata orang, tak perlu pergi jauh ke New Zealand untuk melihat dan rasakan pengalaman di hobbit house, datang ke Thailand je lebih dekat. Tapi pada Fiza, tetap nak rasa suasana di New Zealand dan nak juga datang ke sini. Dua-dua pun nak. Tamak tak? Bab bercuti berjalan ke mana saja kena tamak, dapat lihat suasana di negara orang. 


Paling teruja nak masuk hobbit house yang satu ni. Salah satu trademark hobbit house dibina di lereng bukit bawah tanah.  Agaknya kalau masuk dalam ni, boleh bernafas ke tidak ye? Agak menakutkan juga. Ke Fiza seorang je yang paranoid sangat sampai fikir macam tu. Kalau dah sampai sini nak takut apa. Lagi teruja adalah melihat permandangan yang cantik macam ni. Malaysia mana ada. Mungkin satu hari nanti kena buat juga sebagai salah satu daya tarikan percutian menarik di Malaysia. Setuju tak? 

Teruja juga nak menginap dalam hobbit house yang comel ni. Memang sakan bergambar kalau dah sampai di Hobbit House(Baan Suan Noi Resort) Khao Yai, Thailand ni. Apatah lagi kalau sampai di The Hobbiton Movie Set lagi sakan agaknya bergambar. Well, jadi macam jakun tu perkara biasa. 

Kredit foto : Google
Dah bosan asyik ke Krabi atau tempat lain di Thailand, cuba datang dan menginap di sini pula. Rasakan pengalaman yang lain juga. 

Kembara Ke Selatan Malaysia

Friday, May 12, 2017
Perkara paling seronok dalam dunia bila dapat bercuti kembara jelajah sesebuah tempat yang kita teringin sangat nak pergi. Siapa yang tak seronok dan teruja kalau dapat bercuti kan? Sudah tentu semua orang nak bercuti. Ye, kalau boleh dapat bercuti selalu. Tapi disebabkan kekangan masa dan bajet. Kita kena pandai merancang percutian kita. Niat di hati memang teringin nak bercuti di luar Negara. Setakat ini, baru bercuti satu Negara. Tapi niat nak kembara jelajah Malaysia itu lebih teruja lagi sebenarnya. Tak perlu nak jelajah jauh, jelajah Malaysia sudah cukup. Habiskan dulu kembara satu Malaysia, baru tahu seronok ke tidak.

Apa yang Fiza nak kongsikan di sini, sepanjang bercuti di dalam Malaysia ini paling seronok kembara ke Selatan Malaysia iaitu Kluang, Johor sebab banyak aktiviti yang mencabar dan menarik Fiza dapat buat sepanjang 3 hari 2 malam. Susah nak dapat peluang bercuti dengan melakukan banyak aktiviti. Rasanya macam kena datang ke Kluang semula untuk bercuti sebab banyak lagi aktiviti dan tempat-tempat yang tak sempat nak jelajah. Kena bercuti seminggu baru cukup agaknya lah.

Sepanjang Fiza tinggal di Johor, memang ini kali pertama Fiza jejak kaki di bumi Kluang dan sekaligus bercuti. Untuk 3 hari 2 malam, tidur di hotel yang sama disebabkan lebih mudah tak perlu nak berpindah ke hotel lain. Menginap di hotel yang agak murah tapi tak macam hotel murah. Selesa, kemas dan memang puas hati. Cukup lengkap apa yang tersedia di hotel tersebut. Perkhidmatan pekerja pun sangat bagus. Bila penginapan bagus, secara automatik mood bercuti pun bermula dengan baik. Kalau nak booking hotel yang lebih murah dan bajet, sila gunakan perkhidmatan Traveloka.

Sebelum bercuti di Kluang, Fiza dan suami sudah rancang jadual bercuti supaya nanti tak buang masa nak mencari tempat atau baru nak merancang nak ke mana. Rugi! Lebih baik merancang awal. Seperti yang di rancang, awal pagi hari pertama kami lakukan aktiviti yang mencabar dengan mendaki Gunung Lambak, Kluang dengan ketinggian 1400m. Ambil masa 4 jam untuk mendaki dan menuruni Gunung Lambak. Melepas keinginan setelah sekian lama berehat melakukan aktiviti mendaki. Banyak lagi Gunung dan bukit dalam Malaysia yang masih belum di tawan.


Sudah penat dengan aktiviti mendaki, terus kembali ke hotel berehat . Selepas makan tengahari, rehat dan solat zohor Bergerak ke UK Farm Kluang untuk satu lagi aktiviti yang menarik mendekati haiwan-haiwan peliharaan di ladang tersebut. Tapi malangnya, aktiviti jelajah ladang tak dapat nak di laksanakan disebabkan masa tidak mencukupi. Itu sebabnya kena datang Kluang lagi di masa akan datang. Tak perlu nak jauh-jauh ke Sabah untuk nikmati suasana ladang yang cantik. Kalau dapat ke Sabah lagi seronok. Masih dalam Malaysia lagi kan.


Disebabkan kepenatan, balik hotel semula untuk berehat lagi dan bersambung esok nya. Hari terakhir di Kluang menjalankan misi mencari makanan sedap di Kluang. Apa lagi yang di cari kalau bukan nasi lemak. Tak Malaysia lah kalau tak pekena sarapan nasi lemak kan. Singgah makan sarapan di tempat yang paling popular di Kluang iaitu Kluang Rail Coffee yang sentiasa ramai orang. Rugi kalau datang tak singgah sini. Menu dia semua sedap-sedap. Rasa nak makan semua menu yang ada. Tapi cukuplah dapat merasa nasi lemak dan roti yang sedap ini. Seterusnya Fiza jalan-jalan cari makan lagi mencari menu lontong tapi sayangnya habis awal. Ini juga salah satu sebab kenapa Fiza kena datang Kluang lagi. Makanan di Kluang sedap-sedap semuanya. Bukan setakat di Kluang sedap. Di seluruh Malaysia makanan semua sedap-sedap.

Muka Bahagia dapat makan nasi lemak. Hanya di Malaysia
Bila perut sudah kenyang dan bertenaga, teruskan aktiviti jelajah Kluang dengan singgah di Laman Kreatif Kluang di mana ada banyak lukisan dinding yang menarik di sepanjang lorong. Memang seronok melihat semua lukisan yang cantik dan sempat juga bergambar sakan di setiap lukisan yang ada. Lukisan dinding juga sudah menjadi salah satu daya tarikan di setiap negeri dalam Malaysia.


Disebabkan kesuntukan masa untuk balik rumah. Fiza sempat berada di Kluang sampai tengahari dan terus gerak balik rumah. Jadi, masa sangat dengki dengan percutian Fiza. Makanya perlu datang lagi ke Kluang. Ini baru jelajah Kluang belum lagi jelajah banyak tempat-tempat menarik lagi dalam Malaysia. Kalau nak di kongsikan percutian dalam Malaysia ini boleh buat satu buku. Boleh masukkan sekali kisah berbulan madu di Kuantan, percutian di Melaka, Langkawi, Kuala Selangor dan banyak lagi.

Sepanjang berada di Kluang semua aktiviti yang dilakukan memerlukan berjalan kaki lebih sikit daripada biasa. Barulah namanya pengembaraan yang mencabar. Sebelum bercuti, pastikan rancang dulu perjalanan ye.

Kalau nak bercuti secara percuma yang bernilai RM1000, cepat cepat sertai #MyTravelAdventure sekarang dan bakal tamat pada 15 Mei 2017. Terbuka untuk semua blogger. Nak menang? Kena patuhi semua syarat-syarat yang di tetapkan.

Malaysia is Awesome

Nasi Goreng Nasi Ayam

Wednesday, May 10, 2017
Macam dah lama juga tak update entri menu masakan Fiza ye. Tersibuk tanpa sengaja dengan kerja-kerja lain juga. Kerja apa lagi, kalau bukan menyiapkan tempahan sampul duit raya hipster. Blog pun tak berapa nak sempat jengah. Sekadar update entri sehari satu, itupun kalau sempat dan ada idea. Bila tengah takde idea, mood pun automatik mereput gitu je.

Sebelum Fiza membebel panjang lebar, nak ucapkan selamat bercuti untuk semua. Jadilah dapat bercuti sehari. Cuti hari wesak dah disahkan sebagai cuti umum. Jadinya, semua negeri bercuti. Dapat juga berehat sehari. Yang tak bestnya bila cuti sehari waktu tengah minggu. Kalau hari cuti dekat dengan hujung minggu, dah tentulah lebih seronok bercuti panjang.

Hari cuti, macam biasa Fiza tak cuti. Ada je kerja menunggu dah disenaraikan dalam kepala ni ha. Salah satu kerja yang tak pernah cuti adalah memasak. Fiza memang suka memasak daripada membeli di luar kecuali memang waktu makan berada di luar ataupun malas masak. Bila ada kerajinan masak, macam-macam masakan nak di masak.

Semalam tiba-tiba macam teringin makan nasi ayam tapi bahan tak cukup pula. Hentam saja masak tanpa cukup bahan. Ala, bahan yang takde cuma timun dan daun sup je pun. Walaupun tanpa dua bahan pun tetap tidak sempurna kan. Tapi masih sedap!

Tengahari dah makan menu nasi ayam. Makan malam pula Fiza ubah menu menjadi nasi goreng nasi ayam. Lebihan nasi ayam dan ayam goreng madu tu Fiza buat nasi goreng. Caranya dengan masak nasi goreng kemudian campurkan dengan ayam goreng madu nasi ayam tu yang dah di potong kecil-kecil. Gaulkan bersama nasi goreng dalam kuali.  Rasanya dia memang super sedap. Cara tu lebih sedap berbanding hanya letakkan ayam goreng madu bergitu je.


Nasi goreng pedas dan di tambah ayam goreng madu memang kombinasi yang terbaik. Seriously sangat sedap. Tak percaya, sila cuba. Biasanya menu makan malam Fiza dan menu lunch tak sama sebab tu macam jemu kalau makan menu yang sama dalam masa sehari. Sebab tu terfikir nak masak nasi goreng nasi ayam tu. Nasib baik sedap. Kalau tak, tak menjadi la eksperimen masakan Fiza. Kadang-kadang perlu juga cuba sesuatu yang baru. Betul tak?


Kedai Emas Yang Sudah Tersohor Dan Viral Dalam Dunia Online

Tuesday, May 09, 2017
Perempuan dan emas berpisah tiada seperti wanita dan kecantikan juga. Walaupun ada perempuan yang tidak berminat dengan emas sekalipun, sekurang-kurangnya mesti ada satu koleksi emas contohnya cincin. Sedia maklum kita tahu nilai emas makin meningkat mahal sampaikan rasa ada yang tidak mampu memilikinya. Tapi disebabkan adanya emas lelong dan kedai emas murah yang menawarkan harga emas yang lebih murah dan mampu dimiliki, emas dapat dimiliki dengan harga yang murah.

Baru-baru ini Fiza ada perasan satu kedai emas viral Facebook yang menjual emas lelong. Sekarang dah menjadi emas lelong viral di facebook. Salah satu kedai emas lelong MAYA  ataupun kedai emas online yang boleh dipercayai. Boleh rambang mata dibuatnya melihat segala koleksi perhiasan emas yang ada.

Design yang cantik-cantik 

Kenapa Emas Lelong Jauh Lebih Murah

Emas lelong adalah emas-emas yang dilelong yang tidak ditebus oleh pemilik asalnya setelah habis tempoh pajakan. Akan tetapi  EMAS dari KEDAI EMAS LELONG MAYA ini bukan emas pajak yang tidak ditebus atau tidak diambil oleh pemilik asal. Semua barang-barang kemas yang ada di kedai EMAS LELONG MAYA adalah EMAS BARU. Fresh dari 'oven' kilang.

Sebenarnya, pemilik KEDAI EMAS LELONG MAYA menamakan nama ini dengan nama EMAS LELONG dengan harapan untuk memberi persepsi/tanggapan kepada org ramai bahawa dengan perkataan LELONG itu menunjukkan harga emas itu lebih murah daripada harga biasa di pasaran.

Sememangnya harga emas yang kedai emas lelong jual adalah sangat-sangat murah berbanding harga pasaran emas semasa di luar sana. Harga emas semasa hari ini RM190/gm. Tetapi kedai emas lelong hanya menjual RM169.8/gm. Murah kan?

Kebaikan Membeli Emas Lelong

  • Emas lelong dikatakan 10% lebih murah dari harga emas di pasaran dan tiada lansung kos upah. 
  • Emas tetap emas dan tetap berharga sepanjang zaman. Dengan membeli emas lelong ketika murah dan jual ketika harga tinggi dapat memberikan keuntungan.
Disebabkan harga emas semakin meningkat saban hari, membeli emas bukan sekadar untuk perhiasan. Malah kaum lelaki juga berminat untuk membeli emas untuk simpanan masa depan dan juga untuk keuntungan akan datang.  
Tahukah anda?
Pelaburan emas yang terbaik adalah pelaburan emas fizikal. Ianya bermaksud seseorang itu membeli dan menyimpan emas samada dalam bentuk barang kemas / syiling emas / jongkong emas secara fizikal dan bukannya melabur dalam bentuk buku simpanan emas / sijil dan sebagainya. 

Jika ada berminat dalam membeli emas ataupun tak tahu dekat mana emas murah di Terengganu, boleh dapatkan emas lelong murah di kedai emas di Kuala Terengganu. Bukan sekadar memiliki kedai malah merangkap kedai online emas yang ramai pengunjung datang. Kedai emas ini antara kedai emas lelong yang murah di Kuala Terengganu.


Kedai emas murah di Kuala Terengganu ni sentiasa meriah dengan kedatangan pelanggan yang membeli emas lelong murah di Terengganu. Nak melaram dengan perhiasan emas, carilah emas murah di Kuala Terengganu. Semua jenis ada. Murah pun murah. Sekarang ini tengah ada promosi harga lebih murah daripada biasa sempena hari guru yang bakal tiba. Jadi, rebutlah peluang yang ada beli emas. Tak rugi beli emas. Paling menarik di kedai EMAS LELONG MAYA adalah kesemua design emas di kedai ini adalah yang paling TERKINI dan jarang di temui di kedai emas biasa.


Facebook page: KedaiEmasLELONGMaya

Alamat kedai emas lelong maya
No.105A, Jalan Hiliran, 
Chabang Tiga - LOKASI BERHADAPAN PEJABAT POS CHABANG TIGA
21000 Kuala Terengganu
Terengganu

Hotline 
012-910 9215

Website 

Waktu operasi kedai: 10pagi -6petang


Fesyen Baju Raya Popular 2017

Friday, May 05, 2017
Agak-agak kau orang, fesyen baju raya apa popular untuk tahun 2017 ni? Fiza agak baju kurung kebarung, kebaya dan kurung pahang. Dan mungkin baju kurung kedah. Bak kata kembali ke zaman kegemilangan fesyen baju tradisional wanita melayu zaman dahulu. Cumanya ada perubahan pada design mengikut peredaran zaman. Nampak cantik, sopan dan ayu je mengenakan baju kurung semua tu walaupun design yang ringkas.
Baju kurung ialah pakaian tradisional untuk wanita Melayu. Ia menjadi pakaian rasmi untuk negara Brunei, Indonesia, Malaysia , Singapura dan Thailand. Terdapat dua jenis baju kurung iaitu Baju Kurung Teluk Belanga dan Baju Kurung Cekak Musang. Baju ini sesuai dipakai oleh semua golongan masyarakat tidak mengira usia. Baju Kurung juga digunakan untuk menghadiri majlis perkahwinan, majlis agama, dan majlis rasmi. Di Malaysia, secara amnya seluruh wanita melayu memakai baju kurung sebagai pakaian tradisi ini termasuk pakaian rasmi pelajar sekolah rendah dan menengah. Cuma reka bentuk dan potongan baju kurung agak berbeza-beza mengikut negeri.-wikipedia
Rata-rata butik yang ada sekarang dah sibuk keluarkan design baju kurung pahang, kurung kebarung, kebaya dan kurung kedah untuk raya nanti. Perasan tak? Fesyen ini semua Fiza nampak makin trending di laman sosial. Sebab tu Fiza kata ini antara fesyen baju raya yang bakal popular 2017 ni.

Kredit foto : Inhanna

Walaupun semacam design yang ringkas menggunakan kain plain sahaja tapi tetap sekali pandang terus boleh jatuh hati dan hati membuak-buak nak juga dapatkan satu koleksi kurung pahang, kurung kebarung dan kebaya ni. Nampak cantik bila mengenakan kebarung dengan adanya dokoh berantai tu. Tak ubah persis wanita melayu terakhir gitu. Cewahhh...

Fesyen baju yang tak di telan dek zaman. Fesyen yang masih lagi relevan di pakai sepanjang zaman pun. Walaupun dah banyak pengaruh moden dalam fesyen tapi masih dapat mengekalkan keasliaan fesyen tersebut.

Mengikut peredaran zaman, untuk kelihatan moden biasanya akan di tambah labuci, kerawang, sulaman dan sebagainya. Selain itu, potongannya juga sedikit berbeza daripada asal. Antara material yang biasa digunakan adalah satin, organza, chiffon, sutera, batik, linen dan banyak lagi. 

Kredit foto : Inhanna

JENIS KEBAYA

1. Kebaya Nyonya / sulam
Baju Kebaya Sulam dari kain kasa yang digayakan dengan kain batik sarung. Baju ini lazimnya disulam dengan motif bunga cempaka sulaman tebuk terus dan dipakai dengan kerongsang berantai.

2. Kebaya Kebarung

Kebarung adalah gabungan kebaya dan baju kurung. Kebarung sangat sesuai untuk wanita sama ada mereka yang berbadan kurus mahupun gempal. Malah ciri-ciri tersendiri yang terdapat pada kebarung, iaitu berpotongan longgar dan labuh bukan sahaja memberi keselesaan, bahkan memperlihatkan gaya sopan dan anggun si pemakai.

3. Kebaya Labuh

Baju kebaya yang asal direka labuh hingga ke paras lutut ataupun lebih. Tangannya panjang dan lebar. Bahagian badannya mengikut potongan badan dan melebar ke bawah bermula dari bahagian punggung. Bahagian hadapannya pula berbelah dan berkolar sampai ke kaki baju.

4. Kebaya Sunda

Berkolar V juga berasal dari Indonesia. Di negara jiran itu, kebaya Sunda lebih popular dan diminati berbanding kebaya Jawa. Panjang bajunya setengah paha atau lebih, berkancing belakang dan sesetengahnya berkolar bulat. Agar kita nampak berkeyakinan, pilih potongan yang sesuai dengan usia, warna kulit dan postur tubuh. Misalnya, kalau kita berpostur agak gempal, jangan mengenakan bahagian atas yang terlalu ketat.

Baju kurung menjadi pilihan kerana lebih selesa dan manis dipakai selain menampakkan kesopanan gadis Timur dan keunggulan budaya Melayu. Tapi fesyen baju kurung moden pun tak ketinggalan popular raya nanti seperti baju kurung peplum, baju kurung moden dan sebagainya. Mana satu jadi pilihan di hati raya nanti?

Kredit : Nona.my

Sotong Telur Masin

Thursday, May 04, 2017
Akhir-akhir semacam dah kurang update entri menu-menu masakan. Ada yang rindu? Mana mungkin kau orang nak rindu, mesti tak suka tengok gambar masakan sebab secara automatiknya akan rasa terliur kan. Hari ni nak update sikit resepi sotong masak telur masin


Resepi diubahsuai daripada resepi udang goreng butter telur masin. Cuma bahan utama tu digantikan dengan sotong. Konon nak cuba-cuba buat eksperimen resepi baru sedap ke tidak  kalau menggunakan sotong. Yang biasa kita dengan ketam telur masin dan udang telur masin je.

Bahan-bahan
6 ekor Sotong
1 biji Telur masin
1 sudu besar Minyak zaitun
2 ulas Bawang Putih
1 biji bawang besar
6 biji cili api
1 tangkai cili besar merah
125ml susu full cream ( kalau nak berkuah)

Cara Masak
1. Rebus telur masin kemudian hancur-hancurkan. Ketepikan dahulu.
2. Panaskan minyak dan kemudian tumiskan bawang putih, bawang merah, cili api dan juga cili besar yang telah potong kecil. Dah garing dan naik bau sikit, masukkan telur masin. Kalau kau orang nak jenis berkuah boleh letak susu cair. Kalau tak nak jenis berkuah, tak perlu letak susu cair.
3. Masukkan sotong dan gaul rata. Kemudian biarkan masak dan sedikit kering. Sedia untuk dihidangkan.

Bila dah letak telur masin tak perlu letak garam dah. Nanti bertambah masin pula. Bila letak telur masin rasa dia semulajadi sedap rasa masin berasa tu. Tak percaya? Silalah masak menu apa-apa tambah telur masing. Di jamin sedap melainkan kalau kau orang tak makan telur masin.

Rasa macam dah terjebak dengan telur masin je sekarang ni. Semua menu masakan nak diletakkan telur masing. Rosak teruk diet Fiza sekarang ni makan tak menentu. Mentang-mentanglah dah kekurangan beberapa inci lemak. Terus lupa nak berdiet eh Puan Fiza? Jangan risau yang penting amalkan minum air masak secukupnya. Minum air masak secukupnya bukan sahaja boleh kurus cepat tapi menjaga kecantikan secara semulajadi gitu.


Terkini Pageviews 19 Juta Blog Sihatimerahjambu

Wednesday, May 03, 2017
Selama 8 tahun terjebak dalam dunia blog baru sekarang dapat cecah pageviews 19 juta. Ye lah, awal-awal dulu mana nak ada pageviews yang tinggi sebab sekadar suka-suka kalau ada masa. Beberapa tahun lepas je baru serius dalam dunia blog ni. Dari situ lah bermulanya peningkatan pageviews blog sihatimerahjambu ni. Syukur masih ada pembaca dan masih ada pencari google yang melekat masuk dalam blog sihatimerahjambu. 


Tak sikit tak banyak sekurang-kurangnya ada yang membaca dan ada yang mencari maklumat yang boleh di guna pakai. Sekarang ni pun banyak menulis tentang sesuatu yang bermanfaat. Cuma kadang-kadang mengisi blog dengan entri santai. Dah namanya blog personal, tiada niche tertentu. Jadinya ikut suka nak tulis tentang apa yang di rasakan berguna.

Sekarang juga perlu menaikkan traffik blog untuk menjana pendapatan daripada blog. Bila traffik blog dah makin meningkat dan terus meningkat, barulah ada keyakinan orang nak beriklan di blog kita. Memang terpaksa juga jadi gila traffik. Tapi ada kalanya macam tak kisah dah sebab berbalik kepada tujuan asal, berblog kerana minat. Setiap orang lain motifnya kan? Masing-masing juga ada pendapat masing-masing dan setiap blog ada auranya tersendiri. Setuju?

Janganlah rasa blog belum cukup hebat dan sebagainya. Semua boleh jadi hebat. Macam Fiza, walaupun tak menonjol boleh di ibaratkan seperti blogger belakang tabir je tapi masih kekalkan momentum berblog. Ada kalanya takde up entri tu maknanya sibuk ataupun tiada idea. Biasalah pasang surut idea dalam berblog. Bila sibuk memang takde masa nak hadap dan bila takde idea memang hadap lama tu tak menghasilkan apa-apa entri pun. Kau orang sedia maklumlah hidup blogger macam mana kan.

Bila traffik semakin naik itu adalah satu kepuasan daripada hasil penulisan kita. Jadikan juga pageviews orang yang dah berjuta-juta tu yang lebih daripada kita sebagai sumber inspirasi untuk mencapai jumlah yang lebih juga. Sila pandang dari sudut positif, jangan asyik nak kecam blogger kerjanya meriak je. Stay positif sebab kau orang pun boleh cuma waktunya cepat atau lambat sahaja dan rezeki masing-masing berbeza.

Trending Baju dan Seluar Warda Suri Hati Mr.Pilot

Tuesday, May 02, 2017
Peminat lofattah dah boleh move on ke tidak dengan cerita Lofattah yang tak pernah basi-basi tu? Rasanya tak boleh move on lagi kot. Bukan kisah cinta dia orang je jadi hangat sensasi. Setiap apa yang warda pakai dalam Drama Suri Hati Mr. Pilot pun jadi bualan ramai. Salah satunya set pakaian yang warda selalu pakai tu selain gaya tudung Naelofar hijab yang digayakan oleh Neelofa sendiri.

Sejak fenomena warda tu merebak teruk, terus ramai yang tercari-cari di mana nak beli set warda tu. Sampaikan ada yang namakan set warda terus. Tapi ada juga menamakan dengan nama lain. Ni ha set fatimah, set ala warda tapi versi printed. Cantik ke tidak? 

Tertarik dengan set fatimah ni. Lagi-lagi ada pelbagai jenis corak yang menarik. Rambang mata nak buat pilihan yang tepat. Rasa nak pilih semua sebab semua cantik-cantik. Bagi kau orang yang suka berfesyen ataupun yang kerja office dah bosan nak pakai baju yang sama je setiap hari, apakata cuba gayakan set fatimah ni ke office. Confirm ada yang tertanya nanti beli kat mana.


Fiza lebih suka corak yang lebih kecil untuk nampak lebih kurus. Untuk mereka yang kurus, elok pakai yang bercorak lebih besar atau sederhana besar. Ini salah satu tips untuk nampak kurus dan sebaliknya. Tapi kadang-kadang lebih suka pilih ikut corak yang kita suka je kan. Yang nampak kurus tu, tolak tepi dulu kononnya.


Corak bunga-bunga kecil pun menarik. Bukan ada warna ni je kau orang, ada juga corak lain dan warna lain. Kau orang kena siap sedia kat Page Stuffy2u ye sebab stok ni akan di bawa masuk tak lama lagi. Ini sekadar teaser je dulu. Mungkin malam ni akan dikeluarkan. Kalau nak cepat-cepat tau kau orang sebab yang lain pun tak sabar nak booking. Siapa cepat dia dapat kaedahnya. Jangan risau pasal saiz sebab ada saiz M sehingga XXL. Suka tak? Material Cotton Stretch dan harga bawah RM50 untuk satu set. Murah kan?




Auto Post Signature

Auto Post  Signature