Konvokesyen UiTM Ke-86 di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC)

Ehem, baru berkesempatan nak update cerita konvokesyen anak buah Fiza hari isnin lepas di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) UiTM Shah Alam kali ke 86. Tanpa sedar rupanya kejap sangat anak-anak buah dah membesar. Bila datang sini, mulalah nak mengenang kembali kenangan konvokesyen di DATC ni. Masa Fiza konvokesyen, DATC ni baru dirasmikan dan kebetulan masa tu batch kamiorang konvokesyen. Memang teruja lah konvokesyen di dewan baru.

Konvokesyen zaman UiTM sekarang dah tak macam dulu. Kalau dulu konvo mesti di UiTM Shah Alam tapi sekarang dah ada konvokesyendi cawangan masing-masing. Anak buah Fiza ambil Diploma in Textile Technology di UiTM Kuala Pilah. Memandangkan UiTM Kuala Pilah yang tak berapa nak besar tu, haruslah kena konvokesyen di UiTM Shah Alam. Lagipun sekarang tengah sambung ijazah di UiTM Shah Alam.

Bila dah sampai sini haruslah bergambar sakan walaupun bukan hari konvokesyen sendiri. Cukuplah dah meraikan zaman diploma dan ijazah dahulu kala. Amboii nampak macam dah berzaman sangat tu. Takde lah lama sangat pun. Konvokesyen degree tahun 2011. Ala, baru 6 tahun lepas je tapi rasa macam dah lama je.

Special tag dan special baby's breath bouquet untuk anak buah Fiza. Baby's breath Fiza beli awal dari rumah sebab tak nak sama dengan orang lain. Lagipun sekarang trend baby's breath ni. Bunga rose dah terlalu biasa sangat kan. Tag tu buat sendiri je macam biasa. Tersuka dengan tema rustic ni. Tak boleh move on.


Tahniah kakak! Semoga ijazah nanti grad bertambah bintang jadi 3.

Paling seronok masa konvo dapat banyak bunga dan macam-macam lagi pemberian dari orang yang tersayang. 


Family and friends.

Berakhirlah konvokesyen sesi petang. Bila konvokesyen sesi petang ni agak takde masa nak bergambar bersama sebab istiadat konvokesyen tu habis lambat. Bila dah lambat semua nak balik cepat. Lagi-lagi yang dah penat menunggu. Penat-penat pun happy bila dah berkumpul meriah ramai-ramai macam ni. Bulan depan meraikan konvokesyen ijazah abang dia pulak di UiTM Penang. Wahhhh..teruja sebab boleh mengimbas kembali zaman diploma Fiza pulak. UiTM di hatiku sangat.


4 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.