Tanaman Untuk Membersihkan Udara

Udara sangat penting dalam kehidupan kita. Tanpa udara, manusia akan mati. Tapi tahukah korang kita perlu menjaga kebersihan udara yang kita sedut hari-hari tu untuk menjamin kesihatan yang baik. 

Sekarang dah makin banyak pencemaran udara dengan pelbagai aktiviti perindustrian, pembakaran terbuka, asap kenderaan dan sebagainya.

Disebabkan pencemaran itu, udara jadi kotor yang mengandungi benzena, formaldehyde, ammonia dan lain-lain sangat  memberikan kesan buruk kepada kesihatan. Malah memberikan kesan kepada haiwan dan tumbuhan juga. 

Kalau kita sedut udara kotor hari-hari secara tak lansung boleh mengganggu sistem pernafasan kita dan merosakkan paru-paru dan tak mustahil boleh mendatangkan kanser. Takut kan?

Jadi, apa langkah yang perlu kita ambil untuk memelihara udara yang kita sedut untuk bernafas setiap hari tu? Salah satunya kita gunakan tanaman yang terbaik untuk membersihkan udara

Tanaman ini berfungsi untuk menapis udara selain dijadikan perhiasan rumah. Tanaman yang mudah di jaga dan tidak bertoksik. Tak semua tumbuhan boleh dijadikan penapis udara sebab ada antaranya mengandungi toksik yang tidak bagus untuk manusia ataupun haiwan.

POKOK SIRIH GADING

Pokok Sirih gading atau nama lainnya Golden Pothos @ Devils Ivy @ Plant Scindapsus Aureus. Pokok yang paling mudah untuk ditanam dan cepat membesar. Fungsinya menyerap formaldehyde dan toksin-toksin berbahaya lain. Sangat cantik dijadikan perhiasan dalam rumah. 



Selain di tanam menggunakan tanah, boleh juga gunakan air untuk tanaman dan dijadikan perhiasan. Tapi korang kena pastikan nyamuk tidak membiak dalam air ni. Kalau tak, penyakit lain yang datang nanti. Kalau malas nak tukar air, boleh tanam guna tanah je senang.

SPIDER PLANT

Kelebihan besar spider plant ialah ia memiliki daya serap yang sangat tinggi terhadap racun-racun di udara. Dalam masa dua hari, tanaman ini mampu menyerap racun di udara sehingga 90%. 

Spider plant mudah juga di tanam dan sangat cantik bila dan merimbun macam ni. Jadikan perhiasan dalam rumah lagilah cantik. Udara yang disedut dalam rumah pun bersih. Almaklumlah duduk di bandar ni ada bermacam pencemaran udara.

ALOE VERA 

Tumbuhan yang terkenal dengan nama lidah buaya ini mampu membunuh kimia berbahaya di udara seperti benzena dan formaldehyde. Elok ditanam dalam pasu kecil dan diletakkan pada sudut-sudut bilik. 

Selain boleh dibuat perhiasan, boleh juga digunakan untuk tujuan kecantikan. Jadi, sangat berbaloi kalau tanam pokok aloe vera ni.

LIDAH MERTUA

Dengar nama pokok ni macam menakutkan je. Sedang membayangkan lidah mertua yang jahat kononnya. Tapi fungsinya tidak seteruk namanya. 

Pokok lidah mertua ini memberikan manfaat yang sangat baik dengan menyerap racun dalam udara. Ia mampu menyerap racun dan menyegarkan udara.

DRACAENA

Spesies dracaena (sanderiana dan marginata) menjadi penapis kepada udara yang bekuap. Bagi yang tidak boleh buka tingkap dengan kerap, memiliki dracaena di dalam rumah boleh membantu menyegarkan udara dalam rumah. 

Paling sesuai untuk rumah yang mempunyai penghawa dingin sebab kalau ada penghawa dingin, tiada sebarang lubang udara keluar masuk.

MONSTERA DELICIOSA

Monstera deliciosa mampu memperbaiki kualiti dengan mererap karbon dioksida dan menghasilkan oksigen pada waktu malam. Ia juga mampu menyerap formaldehyde dalam udara.

PAKIS BOSTON

Spesies ini mampu membersihkan dan melembapkan udara. Sesuai diletakkan di dalam kamar tidur agar kulit tidak kering. Kalau digantung, lagi cantik.

Dah tahu rahsia untuk dapatkan udara yang bersih dalam rumah, jangan tunggu lagi. Cepat-cepat tanam pokok-pokok tanaman ni ye. Bila udara bersih, kita pun jadi lebih sihat dan alam sekitar pun terjaga. 

25 comments:

  1. Info terbaik, idea menarik untuk jenis-jenis bunga yang boleh saya letak di pejabat... Thanks...

    ReplyDelete
  2. baru tahu pasal ni..ingat nak cari lah untuk tanam nanti


    -Kisahsidairy-

    ReplyDelete
  3. lidah mak mentua tu memang ngeri jer nama dia..bisaaaaaaaa..kite dah tanam dah..akakakakka

    ReplyDelete
    Replies
    1. ngeri tak ngeri lah kan tapi sangat bagus fungsinya. kita punnak tanam nanti

      Delete
  4. Dracaena tu pokok paling senang utk dijaga.. hehe

    ReplyDelete
  5. suka dengar nama aloevera..tak tahu lah kenapa..

    ReplyDelete
  6. lagipun kalau tanam pokok comel mcm ni...secara otomatik kita pun akan rasa tenang dok tengok kehijauannya tu..

    ReplyDelete
  7. Tak pernah tahu pun sebelum ni. Haha. Patutlah ada yang suka letak pokok2 macam ni.

    ReplyDelete
  8. mudah jaga dan mudah juga untuk peroleh jenis2 tanaman ni bagi sesiapa yg baru bmula kan =)

    ReplyDelete
  9. Lidah mertua. Kenapa itu dipilih sebagai nama pokok? Hihi. Siqah tak suka menanam. Tak tahu nak letak pasu kat mana kalau kat rumah tu. Mama siqah suka menanam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..tak tahulah kenapa namanya sebegitu. Bila dah tanam banyak-banyak memang pening nak menyusun tu. ambil masa.

      Delete
  10. Nice sharing Kak Fiza. Dulu mak uyul rajin bercucuk tanam, Uyul nih pulak jenis tangan takde ong. kang taka menjadi tanaman. hehehhe

    JOM KE BLOG UYUL >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  11. Good sharing Fiza.. nanti nak tambah lagi pokok kat rumah Kak Sue..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.