Sandwich Telur Goreng

Friday, February 17, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Dan bila malam perut buat hal 'lapar' dan di saat itu juga otak ni berfikir apa benda yang boleh di masak dengan cepat dalam masa yang sama makanan tersebut mengenyangkan. Satu cabaran kalau perut lapar tengah malam kan. Padahal tadi bukan tak makan malam pun. Makan je! Tapi itulah, bila perut mengada lebih mintak makanan kena layan juga. Nanti tak pasal lapar teruk lansung tak boleh tidur. Itu kalau Fiza lah, kalau korang maybe dengan cara tidur boleh lupakan perut yang lapar tu.

Kalau korang rasa malas nak masak dan nak makan cepat. Yelah, perut lapar boleh gigil satu badan tahan lapar tau. Memang tak boleh tunggu lama. Fikir punya fikir, buat je sandwich telur goreng yang mudah dan simple. Nak menyediakan pun tak susah mana cuma kalau susah dan malas sikit pun bab goreng telur tu.

Biasanya kalau lapar dan ada roti kosong Fiza lebih suka buat sandwich telur goreng je. Nak buat sandwich telur tu lambat pulak nak merebus dan nak melenyek telur. Jadi buat menu yang ringkas dan cepat untuk di makan. Nak lagi sedap goreng telur biar rangup sikit tepi tu dan telur kuning tu tak overcook sangat. Baru meleleh telur kuning tu. Tabur garam sikit dan black pepper ala-ala Salt Bae. Baru lah sedap Telur goreng dipadankan dengan roti dan sayuran berserta sos cili dan mayonis.


Sayur tu kalau ada salad dan tomato pun dah mencukupi. Dapat sayur yang segar yang segar memang sedap di makan. Untuk kesedapan lebih, gunakan mayonis sos salad coleslaw tu baru sedap! Satu sandwich 2 keping roti ni pun dah cukup kenyang untuk mengisi perut yang lapar. 


Menu sandwich telur goreng boleh dijadikan menu sarapan pagi sebab cepat dan mudah nak sediakan. Susunan bahan-bahan dalam sandwich tu ikut suka hati korang je la ye. Janji ada rasa dan sedap. Tapi pastikan atas roti paling bawah tu letak daun salad dulu. kalau letak sos atau mayonis dulu habis lembik la roti sandwich korang tu. Ala, macam tak biasa buat sandwich pulak kan.

10 comments on "Sandwich Telur Goreng"
  1. Wow..sedap ni..betul Fiza..mudah ringkas dan mengenyangkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap makan masa lapar..masa xlapar pun sedap juga. Alhamdulillah mengenyangkan :)

      Delete
  2. sedapnya kak! salad tu segar tngok.. tp kenapa kita makan sama malam ni. roti dengan telur jgk. cuma versi lain2. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salad tu namanya romano jkalau tak silap..memang fresh..hehe..roti ngan telur memang sedap even versi lain lain

      Delete
  3. serius nampak sedap ... plus, senang pula nak buat ... yum yum yum ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap. ringkas dan cepat siap.perut pun tak payah nak tunggu lama kan..hehe

      Delete
  4. Nampak sedap, meriah sandwish tu Azhafizah..
    Sekali makan tentu terus kenyang..
    Simple & sedap..

    ReplyDelete
  5. mcm burger pun ada ju tgk =D nyum nyum !

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberikan.

Auto Post Signature

Auto Post  Signature