Tempahan Design Header Blog Cerita Shark


Misi menyiapkan kerja-kerja design masih diteruskan. Agak-agak dah penat, kena berehat seketika. Untuk sesiapa yang nak order sebarang design tu, cepat-cepat contact Fiza ye. Yang betul-betul berminat je. Yang acah-acah berminat pun boleh kalau nak tanya apa-apa. Okay, kali ni Fiza terima tempahan header blog dari Blogger Shark. Eh, bukan Shark dalam air tu. Nama gelarannya Shark dari nama Shakir. Glamour betul namanya kan. Ehehe..

Fiza ni kalau terima tempahan dari blogger lelaki memang agak blur sikit. Tak tahu taste lelaki macamana kan. Biasanya dorang ni suka design yang simple tapi smart. Gitulah yang Fiza faham. Dari apa yang Shark bagi cuma nak tulis Blog Cerita Shark dan Cerita aku pendapat aku. Warna dan lain-lain dia serahkan kat Fiza.

Fikir punya fikir, dapatlah idea nak design macam dalam gambar di bawah ni. Okay tak? Fiza gunakan huruf yang super fancy effect dia. Nampak kena lak dengan tema warna blog Shark. Tulisan lain Fiza gunakan warna yang lebih kurang dan simple je. Tambah gambar shark posing sambil pegang huruf K tu. Setelah beberapa kali draft, Shark pilih design yang ini. 

Tempahan Design Header Blog Cerita Shark
Nak tengok secara live, sila terjah blog Shark
www.ceritashark.com

1 comment:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.