Tak Serik Beli Pokok Bunga Kalanchoe Blossfeldiana

Thursday, January 12, 2017

Tercuti pula semalam tanpa update sebarang entri. Sibuk dengan menyiapkan kerja design, kerja rumah dan kerja mengurangkan label-label yang ada dalam blog. Dua hari Fiza bertungkus lumus buang label yang tak perlu, cuma buat general label untuk setiap entri. Lega dah nampak sikit label-label yang ada. Sedap mata memandang bila keluar kat sitemap tu. Sitemap pun nampak lebih ringkas dan lebih cantik dengan setiap label yang ada. Phew~ berbaloi usaha dua hari tu.

Hari ni baru ada masa untuk jengah compose entri blog sekejap. Lepas ni kena sambung kerja design yang tengah beratur tu. Esok pula nak cuti dah sampai ahad. Nampak tak kesibukan Fiza sekarang ni. Silalah buat-buat nampak ye. Nak cerita pasal pokok bunga Kalanchoe Blossfeldiana  sebenarnya. Dulu pernah beli kat IKEA tapi mati sebab tak pandai jaga. Sedih!

Sumber dari Wikipedia
Kalanchoe blossfeldiana is a herbaceous and commonly cultivated house plant of the genus Kalanchoe native to Madagascar. It is known by the English common names Flaming Katy, Christmas Kalanchoe, Florist Kalanchoe and Madagascar widow's-thrill. Kalanchoe blossfeldiana is a glabrous, bushy, evergreen and perennial succulent plant which (in 2–5 years) can reach an ultimate height of between 30–45 cm (12-18 in.) and an ultimate spread of between 10–50 cm (4-20 in.). K. blossfeldiana has a round habit and a moderate plant density; its growth rate has been described as 'slow'.The plant has green, shiny and textured glossy foliage which stays green all year round.The scallop-edged and ovate leaves are arranged in an opposite/subopposite fashion, are simple in type with crenate margins and an oblong shape. The arrangement of the veins in a leaf (venation) can be absent or very hard to see; the leaf blades are 5–10 cm. (2-4 in.) long.K. blossfeldiana flowers in late autumn to early winter; each flower has four petals and can be one of a wide variety of colours, from the dark reds and pinks to oranges, golds and whites. The ovary is tetracarpellary and apocarpous while stamens are four in number and are epipetalous.The inflorescences are born by peduncles which are higher up than the leaves and are terminal in nature.Parts of Kalanchoe blossfeldiana are poisonous if ingested.
Kali ni beli lagi pokok bunga Kalanchoe Blossfeldiana. Ye, memang tak serik beli sebab Encik suami beria goda-goda isteri dia ni supaya approved beli pokok bunga tu. Eh, terbalik pula. Biasa isteri yang goda suami. Inilah dia Encik suami si pencinta pokok. Hahaha... Fiza sebenarnya nak sangat pokok bunga tu tapi disebabkan tak pandai nak jaga, memang malas nak beli. Takut termati lagi kan. Dah tengok banyak stok kat IKEA tu, Encik suami jadi rambang mata dan nak beli juga. Sebelum tu, dia dah kaji siap-siap macamana nak jaga pokok tu. Okaylah tu, aprroved je la. Untunglah dapat Encik suami pencinta pokok sebab isteri dia ni tak berapa sangat bab pokok bunga ni.

Dah seminggu dah beli pokok bunga Kalanchoe Blossfeldiana ni. Nampaknya takde tanda-tanda yang tak sihat. So far okay je nampak. Harap-harap hidup dengan baik. Sebelum ni beli harga RM7.90. Sekarang dah RM9.90. Jangan kata minyak je selalu naik harga. Barang lain pun  mampu naik harga tau! Nak gunakan istilah berjimat cermat pun tak tahu celah mana dah.  Bertabahlah hadapi harga barang yang semakin naik tak turun-turun. 


Tak sabar nak tengok bunga dia berkembang! Cara nak jaga pokok bunga Kalanchoe Blossfeldiana  ada dekat pasu bunga ni.
1. Low to moderate light. Keep out of direct sun.
2. Keep soil evenly moist at all time.
3. Ensure water flow without retaining it.
4. Fertilizer once in 3 weeks
5. Watering once in 2 days.
Membesarlah dengan bunga yang cantik ye.

6 comments on "Tak Serik Beli Pokok Bunga Kalanchoe Blossfeldiana "
  1. saya rajin jugak tanam pokok tp biasanya x berapa jadik..hahaha...klu incek hubby, mmg tak laa..kalau tak pesan suh dia siram pokok..mmg innalillah laa pokok tu..ekekeke

    ReplyDelete
  2. Ciktie pun memang sukakan bunga2 ni tapi selalu je pokok tu mati huhu..dok pandai nak jaga huhu

    ReplyDelete
  3. Pokok ni memang kena pandai jaga kalau tak cepat aje mati. Heheh.

    ReplyDelete
  4. rasanya pokok ni tak boleh panas sgt kan..

    ReplyDelete
  5. Ju ada plan nak mula tanam bunga ni tp blm ada ksempatan nak mulakan =D

    ReplyDelete
  6. nak menanam,tapi macam xde masa pulak sekarang ni...haha

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberikan.

Auto Post Signature

Auto Post  Signature