Milagro Coffee Penawar Kencing Manis

Friday, January 06, 2017
Umum kita tahu bahawa rakyat Malaysia ramai menghidapi penyakit kencing manis yang merupakan penyakit yang boleh membunuh. Sebabnya? Tidak menjaga pemakanan dan tidak mengamalkan cara hidup yang sihat. Bukan sebab itu sahaja, banyak lagi faktor yang boleh menyebabkan kencing manis. Menakutkan bila dengar tapi itulah hakikat dan realitinya. Sebelum penyakit datang lebih baik kita mencegah dari mengubati.

Disebabkan penyakit kencing manis semakin berleluasa, ada banyak cara merawat dan ubat penawar kencing manis ni. Salah satunya dengan mengamalkan minum Milagro Cofee. Beberapa hari ni Fiza dah mula consume Milagro Coffee. Dah nama pun penggemar kopi, memang Fiza tak lepaskan peluang cuba rasa sendiri Milagro Coffee yang kononnya mmm..sedap ekk... 

Milagro Coffee Patawali

Milagro Coffee 7 dalam 1 kopi pra-campur yang dicampur dengan kopi arabika dan robusta yang berkualiti tinggi dan dipertingkatkan dengan beberapa ekstrak herba khas seperti Tinospora Crispa, Halia, Lada Hitam dan Rock Salt. Hasil daripada gabungan herba ini mampu merawat pelbagai penyakit dan juga boleh meningkatkan sistem imun kita.
Herba utama yang digunakan dalam Milagro Kopi adalah Tinospora Crispa. Tinospora crispa merupakan tumbuhan jenis mendaki dan berada dalam tumbuhan keluarga Menispermaceae. Ia juga dikenali dengan pelbagai nama vernakular seperti "Patawali" atau "Akar seruntum" kepada orang Melayu (Malaysia). Ia boleh didapati di bahagian barat daya China ke Asia Tenggara termasuk India, Indonesia, Filipina dan Malaysia.
Tinospora crispa telah digunakan oleh ramai pengamal tradisional untuk pelbagai rawatan seperti demam, tekanan darah tinggi, luka, cacing usus, jangkitan kulit, dan juga hiperglisemia. Selain daripada itu, Tinospora crispa juga digunakan dalam merawat kencing manis dalam bentuk ekstrak akueus disebabkan oleh kesan hipoglisemik yang boleh mengurangkan paras glukosa darah.
Keunikan Milagro Cofee disebabkan oleh herba patawali ni. Macamana rupa patawali tu tengok dalam gambar di bawah.

Bagi penggemar kopi macam Fiza memang tak sabar nak cuba. Nak juga tahu sedap ke tidak seperti yang di war war kan tu. Apa yang buat Fiza lagi teruja sebab kopi ni bukan sekadar kopi je tapi kopi ubat untuk merawat beberapa jenis penyakit terutamanya penyakit kencing manis, darah tinggi, sakit sendi, anti kanser, keradangan dan demam malaria. 

Alhamdulillah Fiza masih sihat lagi tapi boleh je minum Milagro Coffee ni bukan hanya merawat penyakit yang Fiza sebutkan tadi tu. Boleh menurunkan berat badan, memberikan tenaga dengan cepat, menguatkan saraf dan sistem pertahanan tubuh badan kerana mengandungi antioksidan yang tinggi. Nak turun berat badan tu yang buat Fiza teruja lebih tu. Manalah tahu dapat turunkan sikit berat badan ni.

Milagro Coffee Rasa Kopi Yang Sedap

Okay, cerita dulu tentang rasa Milagro Coffee ni. Bagi Fiza seorang penggemar kopi memang suka kopi pahit yang kaw. Memang boleh telan punya. Pahit mana sekalipun akan ku telan. Cewahhh.. kemain ayat! Sebelum ni tak pernah pun minum kopi pahit sangat. Tapi Milagro Coffee ni lain macam pahit dia. Pahit disebabkan ekstrak patawali tu. Mulanya tak boleh terima tapi minum lagi dan lagi, eh sedaplah pulak. Tak payah nak tambah gula bagi manis ye sebab rasa dia pahit pahit manis sedap dah tu. Kalau tambah gula tu bukan penawar kencing manis dah. Ada faham? 

Kesan Pengambilan Minum Milagro Coffee

Disebabkan Fiza tak mengalami penyakit yang disebutkan tu. Cuma kekadang tu cepat kebas tu adalah. Jadi, Fiza cerita mana yang berkesan kat Fiza lah selama minum Milagro Cofee beberapa hari ni. Minum satu sachet Milagro Coffee ni memang buatkan kita lebih segar dan bertenaga. Terus celik mata dari mengantuk. Kalau nak minum waktu malam tu kena selangkan beberapa jam sebelum tidur. Kalau tak, memang berjaga sampai ke pagi lah tak boleh tidur disebabkan minum kopi. Tapi kalau jenis korang yang memang nak stay up buat kerja malam, haruslah minum Milagro Cofee. Sangat membantu memberikan tenaga segera.

Kalau minum waktu pagi membantu mengurangkan rasa mengantuk dan penat tu. Pagi-pagi memang Fiza minum Milagro Coffee  tak sempat nak mengantuk dan lebih bertenaga nak buat kerja. Kalau yang drive rasa mengantuk tu sila cuba minum Milagro Coffee ni setiap pagi gerenti hilang mengantuk. Seriously sangat berkesan mungkin disebabkan rasa pahit pahit tu yang tak jadi nak mengantuk. 


Selain bertenaga, Fiza rasa hari-hari membuang air besar je. Kira baguslah membuang hari-hari apa yang tak elok dalam badan tu. Simpan lama mahu jadi sembelit pulak. Bila dah membuang selalu badan pun rasa ringan sikit. Turun ke tidak berat badan tu kena minum banyak lagi ni baru nampak kesan dia. 

Khasiat Milagro Coffee

  1. Membantu penghadaman
  2. Melembutkan dan menyihatkan kulit
  3. Membantu melancarkan pembuangan air besar
  4. Membantu mengurangkan pengumpulan lemak
  5. Membantu mengurangkan tekanan darah tinggi
  6. Mengurangkan bacaan gula dalam badan
  7. Bersifat detoksifikasi, membuang racun.
  8. Menormalkan kadar gula darah, tekanan darah & kolestrol
  9. Meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh
  10. Merawat ghout
  11. Merawat sembelit
  12. Menstabilkan hormon
  13. Membuang toksin-toksin Dalam Badan
Disebabkan dah mencuba Milagro Coffee ni Fiza nak sarankan bagi mereka yang suka minum kopi dan mempunyai masalah-masalah yang dah Fiza beritahu kat atas tu, bolehlah cuba amalkan minum Milagro Coffee. Salah satu usaha dan penawar kencing manis yang lebih mudah untuk kita amalkan. Kopi sebagai ubat. Nak pulih sepenuhnya orang kata memang tak boleh tapi sekurang-kurangnya kita usahakan kawal dan turunkan bacaan gula tu. Dan dalam masa yang sama boleh menurunkan berat badan dan memberikan tenaga. Minum kopi lebih senang untuk amalkan dari makan ubat kan. Gitulah kaedahnya. Yang rajin sangat mengantuk dan kurang bertenaga tu boleh cuba dulu baru tahu. 


Jom sihat dengan Milagro Coffee.


Sebelum Fiza terlupa ada berita baik untuk mereka yang membuat pembelian 1 kotak Milagro Coffee layak masuk peraduan dan menang hadiah cash money RM1500+sekotak milagro cofee+mug. Macam menarik je tu! Beli satu kotak dan join peraduan. Mana tahu ada rezeki menang pulak. Berbaloi².

Untuk maklumat lanjut dan pembelian boleh rujuk link di bawah.

HARGA : RM55/ KOTAK 
HUBUNGI : 03- 50217403 @ 03-50217401 


Syarat Peraduan Milagro Cofee

1. Setiap penyertaan hendaklah dapatkan 1 Kotak “MILAGRO COFFEE”, iaitu wajib beli produk “MILAGRO COFFE” sekurang-kurangnya 1 kotak. 
2. Penyertaan yang mempunyai LIKE & SHARE yang paling banyak dikira pemenang. 

Hadiah yang bakal di menangi

Pertama :
Cash money RM1500 + 1 Kotak Milagro Coffee + Mug
Kedua :
Cash money RM1000 +1 Kotak Milagro Coffee + Mug
Ketiga :
Cash money RM500 +1 Kotak Milagro Coffee + Mug
Saguhati
Cash money RM250 +1 Kotak Milagro Coffee + Mug 


9 comments on "Milagro Coffee Penawar Kencing Manis"

Terima kasih atas komen yang diberikan.

Auto Post Signature

Auto Post  Signature