Memancing Ikan Tepi Parit Pun Boleh

Thursday, January 05, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hari terakhir tahun 2016 berkesempatan juga berjalan-jalan bawak mak abah. Tak kemana pun saja berjalan rumah kakak kat Sabak Bernam. Sesekali mak abah datang rumah anak kan. Gerak dari Seremban awal pagi, sebelum sampai Sabak Bernam sempat singgah Rawang rumah abang. Sekali lalu, singgah la kejap.

Sampai Sabak dah tengahari. Elok je sampai terus makan tengahari. Kakak masak kerang rebus pulak. Kerang fresh sebab Sabak Bernam kan dekat laut. Stok kerang memang ada. Dah lama betul tak makan kerang. Memang melantak kerang je la. Tak sempat rehat, abah dan anak buah cari cacing nak memancing katanya. Abang ipar pulak gigih pergi beli cengkerik. Lepas solat zohor semua semangat nak pergi memancing.

Orang yang paling excited nak memancing. Bukan tunjuk ikan tapi tunjuk umpan cengkerik je. Hasil memancing encik suami dapat sekor je. Kuikuikui...


Masing-masing dah keluarkan joran bersedia untuk bersabar menunggu ikan makan umpan.


Buat pertama kali memancing encik suami dapat ikan kat area ni. Lepas tu hampa tak dapat lagi. Takde rezeki.

A photo posted by Azhafizah Md Nor (@azhafizah.mdnor) on

Lama jugak memancing kat parit ni tak dapat banyak ikan. Dapat kan kecik pun lepaskan semula.

Bila masing-masing dah bosan menunggu ikan pun tak makan umpan, abang ipar bawak pergi memancing kat parit lain pulak. Parit yang lebih besar tapi ikan pun kurang dapat jugak.

Fiza tolong tengok je dorang memancing. Sebenarnya saja je memancing ni. Kalau dapat ikan besar tu rezeki la tu. Tapi dapat ikan besar pun sikit je 2 3 ekor. Yang kecik memang lepaskan je. Aktiviti Fiza ambil gambar je. Bosan juga nak menunggu ikan makan umpan ni. Kalau mancing kejap dah dapat ikan memang seronok tapi kalau lama sangat menunggu memang Fiza cepat bosan. hihi


Kebetulan ada sesuatu yang menarik untuk ambil gambar. Tak lepaskan peluang ambil gambar berlatar belakang kan Topi Polis yang besar ni. Jakun kejap. Ye lah, mana pernah tengok. Orang sini je la hari-hari tengok. Jakun pun jakun lah tetap nak ambil gambar jugak. 

A photo posted by Azhafizah Md Nor (@azhafizah.mdnor) on

Dah hampa tak dapat banyak ikan, gerak balik rumah kakak. Solat asar dan gerak ke Pantai Bagan Nakhoda Omar. Kita sambung next entri ye.

7 comments on "Memancing Ikan Tepi Parit Pun Boleh"
  1. saya kalau mancing dapat ikan saya mau xdapat xmau haha bleh cm2?

    ReplyDelete
  2. Akak pun kalau ikut abah memancing memang akan jadi tukang amik gambar lebih dari tukang teman tunggu pancing dimakan umpan...

    ReplyDelete
  3. wah bestnye memancing. sis last memancing tahun 2012. lepas tue takde dah. rindu plak rasanya

    ReplyDelete
  4. menarik ni fiza.
    famili aida bukan kaki pancing tau.
    aida xpernah ada experience gini.
    member2 opis ada yg giler pancing.
    parit, ke hape ke semua diorang harung aje.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberikan.

Auto Post Signature

Auto Post  Signature