Kempunan Lontong Gerai Pak Kassim Lontong


Baru je masuk kereta dari sarapan pagi kat Kluang Rail Coffee, tiba-tiba rasa macam nak makan lontong. Encik suami pun google la kedai yang ada jual lontong. Cari punya cari jumpalah Warung Pak Kassim Lontong. Dalam waze Tulis Warung Kedai Pak Kassim Lontong tapi kat banner kedai Gerai Pak Kassim Lontong pulak. Kekeliruan di situ. Takpe, janji sampai.

Niat di hati memang nak makan lontong je sebab tadi dah sarapan nasi lemak. Nasiblah nasi lemak seciput je. Sebab tu rasa macam cepat lapar. Ayat alasan sangat kan. Tak ramai orang kat Gerai Pak Kassim Lontong ni mungkin sebab dah pukul 9 pagi. Orang dah tak sarapan dah. Dah ready makan tengahari kot.

Dah duduk kat kerusi, owner kedai pun datang kat kami. Awal-awal dah bagitau cuma tinggal nasi lemak dengan mee goreng je. Dengar je dia cakap macam tu terus kecewa rasa nak blah je terus. Tapi macam tak best lah kan. Dia kata mee baru je goreng. Jadi, order mee goreng je la. Fiza order air suam dan husband order air milo macam biasa. Kempunan tau nak makan lontong Kluang.


Service yang cepat. Kejap je dah sampai. Almaklumlah tak ramai orang, cepat je la sampai menu yang di order tadi. Mee goreng ni mee goreng kosong. Takde sayur atau isi ayam ke ape. Tapi dia punya sedap memang rasa nak makan lagi je tapi Fiza makan beberapa suap je sebab rasa macam dah kenyang. Senak perut kalau terlebih makan. Alhamdulillah dah mengenyangkan perut lagi sekali. Lain kalilah merasa lontong kat kedai Pak Kassim ni. Mesti sedap kan! Orang Kluang, sila komen sikit. Total semua menu ni dalam RM4 kalau tak silap. 

Terima kasih Kluang untuk Makanan yang sedap-sedap!

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.