Jualan Murah Lazada Sempena Tahun Baru Cina

Sedia maklum beberapa hari lagi kaum cina bakal menyambut Tahun Baru Cina. Makanya memang meriah shopping mall dengan jualan murah sana sini. Kaum lain tak ketinggalan juga memeriahkan suasana jualan murah. Inilah untungnya tinggal di Malaysia yang rakyatnya berbilang kaum menyambut pebagai jenis perayaan. Setiap kali perayaan besar mesti ada jualan murah. Selain shopping mall, Shopping terbesar online Lazada Malaysia pun sedang mengadakan jualan murah terhebat sempena Tahun Baru Cina yang bakal tiba beberapa hari sahaja lagi.


Bila dah ada jualan murah ni, kena terjah website Lazada untuk tengok barangan impian yang penting untuk di beli tahun 2017. Orang kata utamakan barangan yang penting dulu daripada kemahuan kan. Jadi, Fiza memilih 5 barangan yang penting dan juga barang impian di bawah ni dengan harapan dapatlah barangan-barangan tersebut.

1. Hisense HAC-09DJN 1.0HP Air Conditioner


Barang terpaling penting yang Fiza impikan adalah penghawa dingin untuk keperluan di rumah. Memandangkan tahun lepas musim panas yang agak panjang. Jadi, perlu ada penghawa dingin dalam rumah antara barangan yang ingin dibeli untuk 2017 ni. Bersedia awal untuk musim panas akan datang. Tengah berkira-kira juga untuk pasang penghawa dingin dalam rumah. Tengok-tengok dalam Lazada banyak juga pilihan mengikut bajet. Hisense HAC-09DJN 1.0HP Air Conditioner ni antara penghawa dingin yang agak bajet juga.

2. Electrolux Garment Steamer EGS2103

Sebagai surirumah, Fiza rasa sangat perlu kalau mempunyai barangan keperluan rumah yang sangat-sangat memudahkan kerja. Dah lama teringin nak beli garment steamer yang memudahkan kerja menggosok baju. Lagi-lagi baju yang jenis pleated tu. Boleh mendatangkan marah kalau iron tak bekerjasama dengan baik. Jadi, kena bertukar kepada garment steamer yang lebih cepat panas dan mempercepatkan kerja menggosok baju. Tak payah nak mengeluh dah lepas dapat garment steamer ni.

3.Firenzzi High Sunction 3 Fifith Slim Cooker Hood FH902/5EX-BK

Alangkah seronoknya kalau dapur Fiza dapat upgrade pasang Firenzzi High Sunction 3 Fifith Slim Cooker Hood FH902/5EX-BK ni. Tak perlulah nak tambah kerja mengelap bahagian dapur yang terkena percikan masakan tu. Sekarang ni guna kitchen ventilation fan dinding tak berapa nak bagus. Kalau ada cooker hood, dapur lebih bersih dan lebih cepat kerja mengemas dapur siap.Yeay!

4. HuVOR Robotic Cleaner 270


Perkara yang paling menggembirakan seorang isteri adalah bila ada sesuatu yang sangat membantu dalam membuat kerja rumah dengan cepat. Ye, semua kerja rumah kena cepat siap. Selagi pegang status surirumah, kerja tak kan pernah habis. Senangnya dalam hati kalau Fiza dapat memiliki Robotic Cleaner ni. Tak perlu Fiza bersusah payah nak vacuum secara manual. Dah nama pun robot, pandai-pandailah dia buat kerja sendiri. Teringin nak beli sejak nampak ramai yang guna. Rupanya kat Lazada ada jual dengan harga yang berpatutan. Kena dapatkan ni nanti! 

5. Coway Air Purifier Sterilization AS-0110GI



Disebabkan Fiza bekerja dari rumah. Fiza kena pastikan rumah sentiasa kemas, selesa dan bersih untuk menaikkan mood kerja yang baik. Selain itu, bau dalam rumah sangat memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian Fiza. Bau wangi dapat memberikan mood yang bagus untuk Fiza dapatkan idea dalam kerja design dan juga aroma untuk tidur yang lena. Biasanya Fiza akan gunakan pewangi ambi pur je untuk dalam rumah. Kerap juga beli kalau wangian dah habis. Tapi kalau ada Coway Air Purifier ni lagi bagus sebab memberikan udara yang lebih segar dan sihat. Mood pun jadi fresh!

Harap-harap 5 barangan impian Fiza ni akan dapat dimiliki dalam tahun 2017 ni. Kira-kira bajet 5 barangan ni cukuplah RM 2017 seiringan dengan tahun 2017

1. Hisense HAC-09DJN 1.0HP Air Conditioner = RM599
2. Electrolux Garment Steamer EGS2103 = RM 313
3.Firenzzi High Sunction 3 Fifith Slim Cooker Hood FH902/5EX-BK = RM 494
4. HuVOR Robotic Cleaner 270 = RM 332
5. Coway Air Purifier Sterilization AS-0110GI = RM 279
Total = RM 2017

Nak jadi pengguna yang bijak, kenalah shopping online masa tengah jualan murah. Jimat tenaga, jimat petrol, jimat perbelanjaan, tak perlu cari parking dan tak perlu bersesak. Shopping online je di Jualan murah Lazada sempena Tahun Baru Cina. Shopping selagi belum tamat jualan murah. 

5 comments:

  1. pmbeli setia lazada ,,,heheh.tpi rasa lama pulak xshopping dlm lazada ni ...

    ReplyDelete
  2. few months jugak since last time aida log in kat lazada :) ha ha
    mcm nak try log in la.
    seram. sebab nanti mesti membeli tau :)

    ReplyDelete
  3. xpernah beli dekat lazada, btw byk ny promo kan =)

    ReplyDelete
  4. alamat !! tak sempat nak on lazada lagi la

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.